Nikmat Dapat Makan Ulam Daun Selom
Dalam perjalanan pulang ke rumah dari Segamat, singgah pasar Ahad Tanjung Kuala Pilah. Nak beli buah mangga lemak je sebenarnya. Sambil tu boleh cuci mata sekali. Lama juga tak menyinggah pasar tani ke pasar malam ke.
Selain tu nak beli ulam-ulaman kalau ada. Dah lama mencari ulam tenggek burung tak dapat-dapat. Nampak ulam daun selom pun jadilah. Ulam lain tak berapa nak berkenan sangat. Ulam pun tak banyak. Setakat petai, jering, kerdas, pegaga itulah je lah yang banyak orang jual.
Belilah seikat je daun selom sebab dah beli sayur lain. Takut nanti tak termakan pulak. Senang bila ada ulam ni, tak perlu nak masak sayur kalau makan sorang atau berdua. Jimatlah nak membawang menumis bagai.
Ulam daun selom makan dengan sambal gesek dan ikan goreng memang mantap betul. Hidangan penambah nasi ni cerita dia. Berselera makan, tahu-tahu nasi bertambah dalam pinggan. Eh!
Daun selom ni rasa dia macam berangin sikit. Rangup dan sedap dibuat ulam. Daun selom juga digunakan dalam laksa dan nasi kerabu sebagai condiments. Selain dijadikan ulam makan begitu saja, daun selom biasakan dijadikan kerabu atau urap daun selom sebagai hidangan sayur.
Pokok selom (Oenanthe javanica) merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Taburan aslinya meluas di kawasan-kawasan Asia yang beriklim sederhana dan tropika, malah ia juga asli di Queensland, Australia.
Selain tu nak beli ulam-ulaman kalau ada. Dah lama mencari ulam tenggek burung tak dapat-dapat. Nampak ulam daun selom pun jadilah. Ulam lain tak berapa nak berkenan sangat. Ulam pun tak banyak. Setakat petai, jering, kerdas, pegaga itulah je lah yang banyak orang jual.
Belilah seikat je daun selom sebab dah beli sayur lain. Takut nanti tak termakan pulak. Senang bila ada ulam ni, tak perlu nak masak sayur kalau makan sorang atau berdua. Jimatlah nak membawang menumis bagai.
Lama jugak tak makan ulam daun selom. Duduk bandar, lepas tu tak pergi keluar ke pasar memang tak jumpalah ulam ulaman ni. Pasaraya pun tak semua jual ulam ulaman kampung. Kann...
studio masih bercelaru sebab lama cuti, kita ambil gambar biasa-biasa je lah ye |
Ulam daun selom makan dengan sambal gesek dan ikan goreng memang mantap betul. Hidangan penambah nasi ni cerita dia. Berselera makan, tahu-tahu nasi bertambah dalam pinggan. Eh!
Daun selom ni rasa dia macam berangin sikit. Rangup dan sedap dibuat ulam. Daun selom juga digunakan dalam laksa dan nasi kerabu sebagai condiments. Selain dijadikan ulam makan begitu saja, daun selom biasakan dijadikan kerabu atau urap daun selom sebagai hidangan sayur.
Menu kerabu daun selom
- Kerabu daun selom ikan rebus
- Kerabu daun selom ikan bilis
- Kerabu daun selom tanpa kelapa
Kerabu daun selom terdiri daripada ulam dan sayur-sayuran lain seperti kacang botol, daun cekur, kacang panjang, bunga kantan, bawang kecil, dan tauge, dilengkapi dengan sambal yang diperbuat daripada kelapa parut, cili, bawang merah, udang kering dan lain-lain.
Daun Selom
Pokok selom merupakan pokok saka herba yang mampu mencapai ketinggian satu meter. Akarnya berserat dan tumbuh dari semua buku. Bunganya berkelopak lima dengan lima stamen. Daunnya wangi dan glabrus (licin tidak berbulu) dengan tangkai berupih. Anak daunnya berbentuk cuping-cuping kedut. Pokok ini tumbuh liar di kawasan lembap di sepanjang alur dan tepi kolam.
Tumbuhan ini mengandungi bahan-bahan persikarin dan isorhamnetin. Rupa parasnya seperti daun ulam raja. Daun selom vs ulam raja, saya suka daun selom lagi.
Tumbuhan ini mengandungi bahan-bahan persikarin dan isorhamnetin. Rupa parasnya seperti daun ulam raja. Daun selom vs ulam raja, saya suka daun selom lagi.
Daun Selom in english dipanggil water dropwort. Nama lain daun selom, Java waterdropwort, water celery, water dropwort, Chinese celery and Japanese (flat leaf) parsley.
Di Jepun pokok selom dikenali sebagai seri (セリ) dan merupakan salah satu ramuan bagi hidangan simbolik perayaan musim bunga Jepun, Nanakusa-no-sekku. Di Korea pula, pokok selom dipanggil minari (미나리) dan dimakan sebagai sayur namul.
Khasiat daun selom untuk kesihatan dan kecantikan
- Melindungi kesihatan hati
- Mencegah keradangan
- Menstabilkan paras gula dalam darah
- Berpotensi sebagai antivirus
- Baik untuk kesihatan otak
- Mencergaskan badan
- Menyihatkan jantung
- Baik untuk keremajaan kulit wajah
- Meningkatkan kesihatan buah pinggang
sumber info : https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Selom
Daun selom ni kalau buat kerabu kelapa sedapnya. dengan rasa parut kelapa pedas2 cili api manis2 bawang. Kalau buat makan dengan laksa pun sedap
ReplyDeleteSedap kan kalau buat kerabu dengan kelapa parut. Pedas manis dengan lemak kelapa bergabung memang mantap lah rasa kerabu.
DeleteSedapnya ulam daun selom. Saya kalau makan ratah gitu je
ReplyDeleteSaya pun macam Sal. Buat ulam makan camtu je
DeleteSedap buat kerabu
ReplyDeleteBuat kerabu banyak rencah pun sedap juga wak.
DeleteKak Amie pun lama sungguh tak makan daun selom. Di LD memang tak pernah jumpa. Kalau balik kampung, memang selalu cari nak buat ulam.
ReplyDeleteMungkin kat sana popular dengan ulaman lain. Nampaknya kena bawa benih dari kampung nanti tanam kat sana :)
Delete