Persediaan Menghadapi Kemelesetan Ekonomi Dunia, Buat Kiraan Perbelanjaan Menggunakan Savings Calculator
Selepas kerajaan mengumumkan fasa endemik, banyak sektor dah mula beroperasi bagi menjana semula ekonomi negara. Sejak Covid-19 melanda dunia, banyak negara mengalami krisis ekonomi dan kejatuhan ekonomi.
Seperti yang kita tahu, ekonomi Sri Lanka jatuh teruk sehingga diisytiharkan muflis. Itu cerita negara. Cerita tentang rakyat bagaimana pula? Ramai yang terkesan akibat wabak COVID-19. Ada yang hilang pekerjaan, hilang pendapatan, hilang keluarga dan banyak lagi kisahnya.
Boleh dikatakan tahun 2022 serba mencabar juga untuk kembali bernafas semula dalam proses pemulihan ekonomi pasca-COVID-19. Ekonomi keluarga juga perlu dijaga. Yang penting semangat tu lah. Sedikit lega bila banyak kelonggaran dah mula diberikan kepada rakyat. Tak seperti PKP, semua aktiviti terhad kena duduk rumah je.
Kita ni baru nak mula hidup semula. Tup, tup banyak pula isu kenaikan harga itu ini. Harga barang naik, OPR bakal naik lagi November lagi, mata wang negara pula semakin jatuh.
Tambah lagi jangkaan ekonomi Malaysia 2023 lebih mencabar seperti yang dikatakan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz yang mana Malaysia akan turut terkesan dalam ekonomi susulan daripada apa yang berlaku di Amerika Syarikat, China dan Eropah.
Apa yang berlaku di AS, China dan Eropah akan memberi kesan kepada ekonomi dunia/global, termasuk lah Malaysia. Keseluruhan ekonomi diramal akan bergerak perlahan pada tahun depan serta perbelanjaan lebih tinggi berbanding bajet yang dibentangkan sebelum ini.
Kita tengok je lah Bajet 2023 akan datang macamana. Sebagai rakyat dah tentu dilanda kerisauan dengan berita kemelesetan ekonomi dunia ni. Apa yang perlu kita buat adalah persediaan menghadapi kemeseletan ekonomi. Orang kata sediakan payung sebelum hujan.
Kebiasaannya kegawatan ekonomi adalah selama 6 bulan. Pernah juga berlaku pada tahun 2002, kemelesetan ekonomi Amerika berlarutan selama 18 bulan.
Jika boleh simpanlah sebanyak mana yang boleh untuk menempuh tempoh ekonomi tidak menentu dalam tempoh yang panjang. Perbelanjaan isi rumah selama 6 bulan adalah amaun minimum yang dicadangkan untuk diasingkan sebagai dana kecemasan.
Sebaiknya, di zaman kegawatan ekonomi ni kita bebas hutang supaya hidup lebih tenang tanpa memikirkan bebanan hutang. Jangan menambah beban hutang dengan membuat hutang baru. Ini bukan masanya untuk beli kereta baru, rumah baru dan sebagainya. Hadkan perbelanjaan untuk mengelak dari masalah di kemudian hari.
Apa juga status, bujang dan berkeluarga tetap ada komitmen masing-masing. Ambil langkah persediaan menghadapi kemelut krisis ekonomi. Rezeki kita berbeza dan jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang kerana hidup ini bukan perlumbaan. Kita bukan Khairul Aming. Eh, nak juga into the scene.
Seperti yang kita tahu, ekonomi Sri Lanka jatuh teruk sehingga diisytiharkan muflis. Itu cerita negara. Cerita tentang rakyat bagaimana pula? Ramai yang terkesan akibat wabak COVID-19. Ada yang hilang pekerjaan, hilang pendapatan, hilang keluarga dan banyak lagi kisahnya.
Boleh dikatakan tahun 2022 serba mencabar juga untuk kembali bernafas semula dalam proses pemulihan ekonomi pasca-COVID-19. Ekonomi keluarga juga perlu dijaga. Yang penting semangat tu lah. Sedikit lega bila banyak kelonggaran dah mula diberikan kepada rakyat. Tak seperti PKP, semua aktiviti terhad kena duduk rumah je.
Kita ni baru nak mula hidup semula. Tup, tup banyak pula isu kenaikan harga itu ini. Harga barang naik, OPR bakal naik lagi November lagi, mata wang negara pula semakin jatuh.
Tambah lagi jangkaan ekonomi Malaysia 2023 lebih mencabar seperti yang dikatakan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz yang mana Malaysia akan turut terkesan dalam ekonomi susulan daripada apa yang berlaku di Amerika Syarikat, China dan Eropah.
Apa yang berlaku di AS, China dan Eropah akan memberi kesan kepada ekonomi dunia/global, termasuk lah Malaysia. Keseluruhan ekonomi diramal akan bergerak perlahan pada tahun depan serta perbelanjaan lebih tinggi berbanding bajet yang dibentangkan sebelum ini.
Kita tengok je lah Bajet 2023 akan datang macamana. Sebagai rakyat dah tentu dilanda kerisauan dengan berita kemelesetan ekonomi dunia ni. Apa yang perlu kita buat adalah persediaan menghadapi kemeseletan ekonomi. Orang kata sediakan payung sebelum hujan.
Persediaan Menghadapi Kemelesetan Ekonomi Dunia
1. Pastikan simpanan kecemasan mencukupi
Ramai pakar kewangan menyarankan supaya mempunyai 3 hingga 6 bulan simpanan perbelanjaan untuk menampung kehidupan jika berlaku kecemasan seperti kegawatan ekonomi.Jika boleh simpanlah sebanyak mana yang boleh untuk menempuh tempoh ekonomi tidak menentu dalam tempoh yang panjang. Perbelanjaan isi rumah selama 6 bulan adalah amaun minimum yang dicadangkan untuk diasingkan sebagai dana kecemasan.
2. Ubah cara hidup kepada normal baharu
Bila berlaku kemelesatan ekonomi, sudah tentu cara hidup kita akan berubah. Keluar dari kebiasaan hidup berbelanja besar, kecilkan perbelanjaan mengikut kemampuan kita tanpa menjejaskan taraf hidup dan masih selesa. Sesuaikan diri dengan kehidupan normal baharu.
3. Berbelanja dengan bijak
Urus perbelanjaan dengan bijak salah satu langkah penjimatan. Buat pelan perbelanjaan tetap dan perbelanjaan boleh ubah setiap bulan. Utamakan perbelanjaan tetap seperti bayaran rumah, kenderaan, pembayaran insurans, pinjaman pendidikan, bil-bil utiliti dan kontrak perkhidmatan seperti air, elektrik, telefon dan Internet serta belanja dapur.Jika ada duit lebih, barulah digunakan untuk perbelanjaan boleh ubah seperti membeli makanan dan juga membeli belah. Ringkasnya, dahulukan keperluan daripada kemahuan. Dengan membuat pelan perbelanjaan secara tidak lansung dapat membantu untuk kita membuat keputusan dalam simpanan dan pelaburan.
- Buat kiraan dengan savings calculator
Savings calculator adalah kalkulator online untuk mengetahui dengan cepatjumlah wang yang akan di simpan dalam tempoh pelaburan yang ditetapkan. Jadi memudahkan kiraan belanja setiap bulan untuk simpanan dan perbelanjaan supaya kita tak terlajak menggunakan pendapatan bulanan.
- Cara menggunakan savings calculator
- Masukkan jumlah permulaan yang telah tetapkan
- Masukkan kadar faedah bersama-sama dengan tempoh untuk pelaburan.
- Seterusnya masukkan jumlah wang yang ingin dideposit kan atau pengeluaran secara berkala.
Sebaik sahaja semua maklumat telah dimasukkan, kalkulator secara automatik akan memaparkan wang yang perlu disimpan sebelum cukai pendapatan, jumlah cukai pendapatan yang anda perlu bayar & jumlah baki wang yang bernilai dalam terma sebenar selepas mengambil kira inflasi.
Dengan itu, kita boleh membuat jadual simpanan dari semasa ke semasa. Selain itu savings calculator ada menyediakan kalkulator tambahan untuk kiraan lain seperti
Dengan itu, kita boleh membuat jadual simpanan dari semasa ke semasa. Selain itu savings calculator ada menyediakan kalkulator tambahan untuk kiraan lain seperti
- Perancangan persaraan (retirement planning - savings calculator retirement)
- Simpanan kolej/pelajaran (college savings calculator)
- Mencapai matlamat simpanan (reaching savings goals)
- Sijil deposit (certificates of deposit calculator)
Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web Savings calculator
4. Kawal perbelanjaan Berjimat Cermat
Perkara utama yang harus dilakukan sewaktu pandemik untuk menghadapi masalah kewangan adalah kawal perbelanjaan dengan berjimat cermat supaya kita akan bertahan lebih lama. Kawal perbelanjaan dengan berbelanja untuk perkara penting sahaja dengan mengurangkan perbelanjaan sebagai langkah berjimat cermat.Jadilah pengguna bijak dengan amalan membeli barangan yang murah dan berbaloi, contohnya membuat pembelian semasa jualan murah. Berjimat cermat dapat mendisiplinkan diri bagi mengatasi kemelesetan ekonomi
Antara langkah berjimat cermat
- Masak sendiri berbanding makan di luar.
- Beli barangan lokal berbanding barangan import
- Kurang membeli belah
- Gunakan pengangkutan/kenderaan yang lebih berekonomi
- Bercuti di di dalam negara yang lebih kos rendah
5. Menabung
Setelah kita downsizing gaya hidup, kawal perbelanjaan, berjimat cermat secara tidak lansung kita akan mempunyai wang lebihan. Tak kira jumlahnya kecil atau banyak yang penting amalkan sikap menyimpan atau menabung supaya dapat digunakan pada masa kecemasan bagi persediaan menghadapi kemelesetan ekonomi6. Kurangkan hutang dan bebas hutang
Sekiranya ada hutang, berusahalah kurangkan jumlah hutang dan tidak membuat hutang baru. Elakkan berhutang yang mengenakan faedah yang tinggi seperti sewabeli kereta, pembiayaan peribadi dan kad kredit.
Hadkan perbelanjaan menggunakan kad kredit untuk mengurangkan hutang kerana kadar bayaran atau caj yang dikenakan adalah tinggi. Pastikan hutang kad kredit tidak terus bertambah dan jelaskan bayaran kad kredit secara berkala mengikut tarikh dan jumlah yang ditetapkan.
Sebaiknya, di zaman kegawatan ekonomi ni kita bebas hutang supaya hidup lebih tenang tanpa memikirkan bebanan hutang. Jangan menambah beban hutang dengan membuat hutang baru. Ini bukan masanya untuk beli kereta baru, rumah baru dan sebagainya. Hadkan perbelanjaan untuk mengelak dari masalah di kemudian hari.
7. Kukuhkan Pendapatan
Wabak COVID-19 mengakibatkan ramai yang kehilangan pekerjaan dan sekaligus mereka hilang punca pendapatan. Bagi yang tidak terkesan, sayangilah pekerjaan sekarang. Bukan mudah untuk mencari kerja baru di zaman pandemik ni.Sejak diumumkan endemik, banyak sektor perkerjaan telah dibuka. Rebut peluang yang ada bagi mengukuhkan pendapatan bulanan.
8. Jana pendapatan sampingan
Dengan kenaikan harga barang, dah pasti gaji bulanan yang rendah tidak mencukupi. Menjana pendapatan tambahan merupakan jalan terbaik untuk menjana pendapatan sampingan menampung perbelanjaan harian.Di zaman teknologi yang serba canggih sekarang ni memudahkan sesiapa juga boleh berniaga secara online tanpa memerlukan kos yang banyak hanya di rumah saja. Tidak perlu bayar kos pengangkutan atau sewa kedai.
Tambahan lagi, sekarang penjualan dan pembelian secara online menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dan murah.
Banyak peluang untuk menjana pendapatan sampingan secara online seperti
- membuka perniagaan online
- menjadi dropship
- berniaga online secara lansung di media sosial
- menyertai program affiliate
- menjadi penulis bebas, penulis upahan, penulis blog, penulis artikel
Selain di atas, apakah langkah persediaan menghadapi kemelesetan ekonomi dunia? Persediaan mental juga penting ye dalam menjalani kehidupan yang sukar ni. Apa apa pun jalanilah kehidupan dengan tenang. Usaha, doa dan tawakal tanpa henti.
Apa juga status, bujang dan berkeluarga tetap ada komitmen masing-masing. Ambil langkah persediaan menghadapi kemelut krisis ekonomi. Rezeki kita berbeza dan jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang kerana hidup ini bukan perlumbaan. Kita bukan Khairul Aming. Eh, nak juga into the scene.
Seram plak baca bab ni kan...tapi memang ebtul pun..akan datang kita tau macam mana merosotnya ekonomi dunia..persediaan kena buat dari sekarang
ReplyDeleteEkonomi gawat ni memang risau dibuatnya. Harapnya semuanya akan baik baik je akan datang.
DeleteMenabung la dari sekarang
ReplyDeleteBegitulah sebaiknya.
Delete