RePack Body Mist Bath & Body Works

Bahaya betul kalau Bath & Body Works asyik buat sale. Mujur tak terjebak berkali kali. Sebabnya jenuh fikir macamana nak habiskan stok yang sedia ada ni. Macam lambat je nak habiskan walaupun setiap kali disembur. 

Sembur pun bukan sikit sikit je sebab baunya tak nak kalah. Semerbak! Itu yang lambat habis tu. Nampak ada seller kat Shopee jual body mist Bath & Body Works yang repack tu. Maka timbullah idea nak repack body mist Bath & Body Works dalam botol kaca mini perfume yang biasa orang jual tu.

Saya beli mini glass perfume spray bottle bersaiz 10ml. Sesuai sangatlah untuk diletakkan dalam hand beg. Saiz yang tak makan ruang sebab dia jenis panjang dan slim. Stand by perfume dalam hand beg daripada kena beli perfume mini baru, lebih baik kita berjimat dengan cara begini. 

Sekurang-kurangnya ada langkah penyusutan stok daripada membazir tak guna. Itu yang malas nak beli baru tu selagi yang lama tak habis.

baca juga : a thousand wishes bath & body works | winter candy apple, warm vanilla sugar


Ikutkan nafsu membeli nak je beli lagi dan lagi. Baru-baru ni ada keluar baru eh " Gingham love" Collection dengan Poppy. Ahhh sudahh..dia goda kita pulak bagi email. Sabajap! Bagi habis yang sedia ada dulu.

Ehhh..bukan itu je, sekarang buy 2 free 1! Tapi itu biasa je BBW buat kan. 

Kalau kau orang tak tahu macamana nak habiskan perfume body mist ni bolehlah buat cara macam ni. Repack je dalam mini glass bottle perfume. 1 botol comel kosong harga dia RM0.65 sen sahaja. Boleh beli banyak dan repack banyak-banyak. Boleh dijadikan sebagai gift juga.

Nak bawa travel pun senang. Takpayah lah nak bawa gedabak botol besar tu kan. Lepas ni kalau nak beli body mist kena beli yang travel size tu. 

12 comments:

  1. rasanya kalau bawa yg travel size pun tak cukup hahaha sbb sembur bkn main byk tp tulah tak habis2

    ReplyDelete
    Replies
    1. 100ml ni kira banyak juga nina. Betul betul banyak sembur tu. hehe..

      Delete
  2. suka suka...senang nak bawak gi mana2 kan. good idea!

    ReplyDelete
  3. saya suka kumpul dan beli body shower dia hehe ... suka la bau dia ms mandi tu. sabun dia letak sikit je buih banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah terjebak begitulah kan. Ikutkan nak beli lagi dan lagi. Tapi itulah nanti risau tak terpakai. Bagi habiskan ni dulu. Betul, buih dia banyak dan bau wangi ya amat!

      Delete
  4. Hehe betul kena habiskan.
    Akak punya minyak wangi pun tidak habis-habis gak.
    Bagus idea Fiza. Kena cari satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah habis baru membeli yang lain, baru tak membazir. Nanti cuba repack macam ni boleh bawa kemana saja stand by dalam hand beg.

      Delete
  5. Menariknya idea Fiza ni!
    Nak kena tiru, senang selit kat beg solat jugak.

    Baca entri terkini Fiza, ternampak entri repack ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tiruvasi kak Ujie. At least terpakai dan cepat habis. Nak guna botol gebadak besar tu kat rumah je lambat nak habiskan. Hehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.