Tahniah Johor Darul Takzim! Juara Sukan Malaysia SUKMA XX MSN 2022 dan Kedudukan Pingat Sukma XX MSN 2022
Tahniah Johor Darul Takzim secara rasminya menjadi Juara Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 yang telah berakhir hari ini 24 September 2022. Sasaran pingat asal Johor pada mulanya 55 pingat emas, akhirnya Johor membawa pulang 77 pingat emas dalam SUKMA 2022.
Johor telah mencatat sejarah dimana buat pertama kalinya dalam sejarah 36 tahun penganjuran Sukma, kontinjen Johor mengungguli carta pingat dengan 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa.
Di ikuti negeri Terengganu Darul Iman dengan 64 emas, 49 perak dan 56 gangsa. Tempat ketiga milik (WiPers) dengan 55 emas, 68perak dan 64 gangsa, diikuti Sarawak dengan 32 emas, 42 perak dan 53 gangsa.
Terengganu turut memenangi Ibu Segala Pingat iaitu dalam sukan Bola Sepak menentang Pulau Pinang.
Johor telah mencatat sejarah dimana buat pertama kalinya dalam sejarah 36 tahun penganjuran Sukma, kontinjen Johor mengungguli carta pingat dengan 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa.
Kedudukan Pingat Sukma Malaysia 2022
Di ikuti negeri Terengganu Darul Iman dengan 64 emas, 49 perak dan 56 gangsa. Tempat ketiga milik (WiPers) dengan 55 emas, 68perak dan 64 gangsa, diikuti Sarawak dengan 32 emas, 42 perak dan 53 gangsa.
Terengganu turut memenangi Ibu Segala Pingat iaitu dalam sukan Bola Sepak menentang Pulau Pinang.
keputusan penuh medal kesuluruhan : sukma2022.nsc.gov.my/medal-keseluruhan
Banyak rekod baru telah dicipta oleh atlet negara dalam SUKMA 2022 kali ini. Sukan kanu muncul sukan paling cemerlang dalam edisi ke-20 temasya dengan mencatat 13 rekod kebangsaan.
Rekod baru SUKMA XX MSN 2022
Sebanyak 8 rekod baharu dicipta dalam kategori wanita, kategori lelaki menyaksikan lima rekod diperbaharui. Antaranya :
Tahniah buat semua atlet. Majulah sukan untuk negara. Tahniah Johor Darul Takzim!
- Sukan olahraga, pelari jarak jauh Pahang, Muhammad Ikbolasen Md. Kamal Hussain memecah rekod berusia 26 tahun milik A. Munusamy pada Sukma Pahang dalam acara 10,000 meter lelaki. Muhammad Ikbolasen Md. Kamal Hussain mencatat masa 31 minit 11.62 saat (s) berbanding rekod lama 31:47.95s.
- Di kolam renang pula, perenang WiPers, Bryan Leong berjaya memecah rekod kebangsaan berusia 13 tahun milik Daniel Bego dalam acara 100m kuak kupu-kupu lelaki menerusi catatan 53.32s, berbanding rekod lama 53.33s.
- Di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan dekat Subang turut menyaksikan trio wanita Johor, Nurul Syasya Nadiah Arifin, Nurul Heryani Arfida Arifin dan Mumtazah Syahiidah Shamsuri mencatat 1,699 mata untuk mengatasi rekod lama, 1,692 mata.
- Dalam sukan angkat berat, atlet Terengganu, Nurul Afiqah Muhammad Zamzuri memecah rekod kebangsaan miliknya sendiri menerusi angkatan 55kg bagi acara snatch dan 80kg untuk clean & jerk
sumber : utusan
anak cousin pun salah sorang peserta sukma ni.. tp xde rzeki dia nak bawa balik pingat kali ni....
ReplyDeleteOh ye? Takpe, cuba lagi akan datang. Mana tahu nanti bawa gold medal pulak. Semoga dia terus bersemangat.
DeleteHi, Johorean datang singgah.. Hehe.. Alhamdulillah... Tahniah negeri, Johor ❤️💙
ReplyDeleteHi Johorean, Alhamdulillah negara kita jadi juara. Eh, negeri kita :)
Delete