Teh O Essence Viral Tatagaltier Bulaney Treatment Essence Dah Botol Kedua

Kuat jodoh dengan Teh O Essence Viral TikTok ni. Saya beli pada hujung bulan Julai dan terus mula pakai Tatagaltier Bulaney Treatment Essence dengan konsisten. Dalam konsisten tu ada juga lah missed sekali dua. Itu biasa. 

Disebabkan perubahan yang positif pada kulit saya, saya teruskan lah pakai sampai nyawa-nyawa ikan dah essence ni. Tak tinggal setitis pun!

tatagaltier bulaney treatment essence

Sebelum nyawa dia berakhir, saya beli stok baru botol kedua koleksi tatagaltier bulaney treatment essence. Beli di kedai yang sama dengan harga yang sama, RM39. Untuk 100ml RM89. Beli yang saiz 40ml ni senang nak bawa travel. 

Saya pakai waktu pagi dan malam je. So saiz 40ml ni untuk stok sebulan lebih lah macam tu.

tatagaltier bulaney treatment essence review

Dah tua tua ni lah baru nak jaga kulit muka. Lambat sikit lah proses pemulihan kulit pun. Untung mereka yang ada kulit serba sihat dan cantik. Jenis kulit bermasalah ni jenuh nak tunggu elok.

Selain produk, pemakanan dan minum air masak secukupnya pun membantu mencantikkan kulit juga. Bukan semata-mata mengharapkan produk buat magic. Pakai pakai terus elok. Tidaklah begitu.

tatagaltier bulaney treatment essence review


Ada yang dah terjebak ke dengan Teh O Essence Viral Tatagaltier Bulaney Treatment Essence? Saya tengok di TikTok masing-masing dah pakai 2-3 botol dah, kulit pun bertambah glowing. Nak kulit cantik ni kena konsisten dan sabar tunggu hasilnya. Trust the process!

tatagaltier bulaney treatment essence review

Racun TikTok saya bawa ke blog. 

12 comments:

  1. Umur bertambah takpe..tapi kena pastikan kulit sentiasa glowing..CTM jangan tinggal..

    ReplyDelete
  2. Pelik juga namanya ada teh o. Mula-mula ingat minuman.
    Hehe belum kena racun Tiktok. Tahupun sebab Fiza yang cerita di blog.
    Bagi muka bercahaya ya? Selamat gunakan dengan konsisten.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu hanya gelaran je kak. Nama sebenar dia Tatagaltier Bulaney Treatment Essence.
      Ye, jadikan kulit glowing :)

      Delete
  3. eh..kena cuba ni. saya pun kulit bermasalah. dah 30 lebih pun masih bergaduh dengan jerawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah cuba Sal. Best pakai. Cuba sebotol dulu tengok camne.

      Delete
  4. wahhhhh..kita ni dah lama kena racun, tapi tak jugak beli2 haha. nanti nak kena beli jugak ni

    ReplyDelete
  5. tak pernah nampak brand ni..
    ammi pun dah tua (dah masuk mid 40s) baru hegeh2 nak jaga muka sbb perasan muka jadi kusam je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tahu pun dari TT. Sama samalah kita jaga semampu mungkin :)

      Delete
  6. meracun betul ni.hahaha.. alhamdulillah ada hasillnya.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.