Bihun Goreng Cepat Masak Sedap Di Makan

Bihun goreng cepat masak sedap di makan. Eh, itu tagline mi maggi. Dah rancang nak masak bihun goreng pagi ni, awal-awal malam tadi dah rendam bihun goreng berbaki separuh bungkus. Kemain awal rendam bihun.

Nak bihun putih ke merah? Tanya saya pada suami. Nak bihun Singapore! Okay baiklah. Saya yang menurut perintah. Lagi mudah dan cepat masak bihun putih atau bihun Singapore ni.

Bihun goreng udang kering

Tumiskan bawang putih, bawang merah, cili api dan udang kering. Semua bahan tu saya tumbuk sederhana lumat. Sambil menunggu bahan tumis garing, saya sagatkan lobak merah sikit. Tiba-tiba bau lain macam. Lahhh terhangus sikit bahan tumis. Terus masuk air sikit.

Pecahkan telur sebiji, kacau kacau. Masukkan bihun. Akhir sekali masukkan lobak merah yang disagat dan serbuk perasa pasti sedap. Kacau rata dan siap! 

Bila dah letak udang kering, tak payah letak garam dah. Itupun dah sedap. Nak sedap lagi letaklah serbuk perasa pasti sedap sikit. Nanti nak cuba mushroom seasoning pulaklah ganti perasa pasti sedap. Lagi bagus katanya.

resepi bihun goreng

baca juga : 

Warna bihun tak nampak pucat putih bila dah letak lobak merah. Okaylah menarik sikit dari dibiarkan pucat. Dah letak lobak merah, malas nak letak sawi bunga dah. Saya suka sawi bunga sebab saiz comel. Senang nak simpan dalam kulkas pun.

Sedap pula makan bihun goreng simple macam ni. Dapat buat 3 porsi je untuk 2 pinggan sarapan dan 1 porsi untuk bekal encik suami. Nak bertambah tak dapatlah. Hehe...

16 comments:

  1. Si Aiyan memang suka bihun yang berwarna gini, kalau akak buat mehun singapura yang putih tu memang dia tak layan sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena berwarna lah gitu baru menarik minat dia makan ye.

      Delete
  2. Bihun goreng kita suka yg btul2 keting hehe.. X suka basah2 tp kura kureng plak udang kering ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka kering. Ini baru angkat dari kuali nampak basah sikit. Saya pulak suka udang kering. Tak geng pulak kita. hehe...

      Delete
  3. Pandai Fiza masak sikit2. Akk kalau masak, terus banyak, tamak.. haha. Sebenarnya nt fikir, boleh simpan dalam peti sejuk dan panaskan kalau lapar atau utk sarapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah biasa masak sikit sikit kak sebab berdua je kan. Nanti masak banyak tak terhabis. hehe...masak banyak panaskan semula tu memudahkan kerja jugak. Senang tak pening nak fikir nak sarapan apa kan.

      Delete
  4. Menu cepat yang selalu saya buat kalo dah bingung nak masak apa lagi 😄. Memang lah selalu enak kak. Apalagi kalo ditambah jamur, baso atau daging slice 👍🤤.lapar jadi nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya stok bihun wajib ada di dirumah kan. Senang nak masak bila tak ada idea nak masak apa. Belum pernah lagi tambah jamur. Mungkin nanti boleh cuba :)

      Delete
  5. Haah nampak berwarna selalu mihun Singapura ini putih.
    Apapun makan sahaja depan mata sama ada mihun Singapura atau minum biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, biasanya putih. Tambah lobak merah menarik sikit warna. Mana mana pun sedap!

      Delete
  6. Jumpa kulkas dan porsi pula dalam entri ini.
    Sedap tu bihun goreng udang kering.Cantik dah warna bihun tu Fizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..pinjam vocab negara jiran :)
      Ye, saya suka guna udang kering. Sedap lagi berbanding ikan bilis.
      Cantik sikit daripada dibiarkan pucat :)

      Delete
  7. wahh mudahnya resepi. boleh dicuba. mesti sedap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat mudah masak bihun macam ni kalau tak ada cili kisar nak buat bihun merah tu. Alhamdulillah, sedap mengikut selera sendiri :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.