Burger Sandwich, Sarapan dan Bekal Suami

Bila datang mood rajin nak set up props dan ambil gambar tu, kita layankan je. Sebab kalau penyakit malas dah datang, nak ambil gambar pun tak kuasa dah. Hari ni menu burger sandwich untuk sarapan dan bekal suami. 

Semalam dah kita bagi pilihan, dia request burger sandwich je untuk sarapan dan bekal. Okay, no problemo. Buat burger sandwich ni mudah cuma lecehnya nak sediakan satu satu bahan tu.

Dimulakan dengan masak daging burger dulu dengan menggunakan butter. Saya guna daging burger ayam ramly. Sambil tu kita siapkan condiments dia, salad, tomato cherry, timun dan bawang holland. Saya suka guna tomato cherry sebab lebih sedap manis dan tahan lama sikit menyimpan.

Dah siap potong potong condiments, bila daging dah masak baru buat telur dadar dan bungkusan daging burger tu satu persatu. Kemudian baru sapu butter pada roti dan bakar seketika. Baru sedap rasa roti bakar dengan butter dan rangup!

Saya guna roti Gardenia 100% Wholegrain dengan Canadian Purple Wheat. Roti yang mempunyai indeks glisemik (G.I.) rendah, tinggi serat dan rendah lemak. Sesuai untuk pesakit diabetes bagi merancang dan mengamalkan diet rendah G.I. yang perlukan untuk mengawal tahap glukosa dalam darah.

Roti tu memang dah sihat dah tapi daging burger tu kurang sihat ye sebab diproses. Boleh je buat gg burger sandwich. Burger sandwich ideas ikut lah nak guna bahan-bahan apa ikut suka. 

burger sandwich ideas

Nak lagi sedap letak American Cheddar slices yang diperbuat dengan cheddar cheese yang sedap. Sesuai untuk homemade burgers, sandwiches dan toasties. Warna dia kekuningan oren macam tu. Lagi sedap berbanding kuning pucat tu.

Susun ikut suka nak mana atas dan mana bawah. Jangan lupa tambah sos dan mayonnaise. Saya letak sos cili sikit je, mayonnaise tak ada stok. Konon nak buat wanpaku sandwich tapi pembalut kertas tak ada pulak. Lainkali lah kita cuba buat ye.

Tak ada idea nak bawa bekal apa, bolehlah buat burger sandwich bread ni. 

22 comments:

  1. Nampak sedapnya...
    Sukanya saya roti tu..tapi sekarang kat sini payah dah nak jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..sedap mengikut selera kami. Betul tu mama cella, kadang ada kadang takde. Kalau ada memang beli terus sebab susah nak dapat.

      Delete
  2. Aduh cantiknya.. Tak sampai hati nak makan.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...jangan dipandang nanti tak sedap dah. Makan panas panas dan rangup baru sedap.

      Delete
  3. Tengok ni, terus akak rasa nak sarapan lagi sekali 🤤

    ReplyDelete
  4. burger satu kak ikat tepi..sos lebih ye

    ReplyDelete
  5. Sedap! Klu buat burger sendiri cmni mmg kenyang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CikTimm, ikut selera sendiri dan kenyang. Puas hati makan :)

      Delete
  6. sedap tu, roti tu kan banyak serat memang mengenyangkan

    ReplyDelete
  7. Cantiknya! Kombinasi warna yang memikat mata dan terus menggoda selera!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna kuning, hijau dan merah yang menyerlah disebalik kepitan roti. hehe..memukau mata dan selera.

      Delete
  8. Sedapnya. Teringin buat daging burger sendiri tapi belum ada kerajinan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu kalau buat patty burger sendiri. Tapi itulah, lambat jadinya kalau nak buat dari raw.

      Delete
  9. Nampak sedap, belum lagi warna2nya sangat kontras, bikin menaikkan selera 👍😄. Ini bisa jadi bekal untuk suami dan anak saya ke sekolah kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap gabungan daging burger ayam dan roti wheat. Pencinta sayur pasti suka lagi dengan sayur yang banyak. Ya, boleh dijadikan idea untuk bekalan :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.