Dapat Mangkuk PERCUMA Beli 3 Botol Sunlight
Dah lama tak terjebak beli barang dapat free gift. Baru-baru ni nak restock pencuci pinggan Sunlight, pergi ke Giant Kuala Pilah. Kemain jauh pergi restock. Alang-alang membeli barang kat Kuala Pilah. Singgah lah beli stok sekali.
Kat Giant Kuala Pilah ni memang sentiasa ada stok pencuci pinggan Sunlight pelbagai pilihan. Kalau di Family Store atau Zemart Seremban susah nak jumpa stok sunlight lain. Yang ada stok hanya lemon dan lime je kot.
Konon nak beli 2 botol je tapi..eh, macam nak tambah satu lagi jenis yang tak pernah cuba lagi, lemon & mint. So ambillah jadi 3 botol. Lepas tu baru perasan beli 3 dapat mangkuk percuma. Nak bagitahu kat sini, bukan terjebak beli sebab nak dapat free gift. Memang nak beli 3, dapat mangkuk tu bonuslah kiranya.
Mangkuk pun comel. Jenis mangkuk clear dengan pelekat kartun piyomaru.

Sunlight anti-bacterial lemon & mint pertama kali masuk dalam koleksi sunlight. Baunya sedap, segar gabungan lemon dan mint.
Sunglight gentle ni dah beli botol kedua. Bau manis buah grapefruit dan rose. Sekarang tengah pakai Sunlight nature mineral salt & aloe vera. Tapi pencuci pinggan Axion wajib ada buat stand by buat basuh pinggan mangkuk dan tangan kalau masak menggunakan kunyit. Memang cepat hilang guna Axion.
baca juga :
sunlight matcha green tea & lime, mineral salt & aloe veraPencuci sunlight ni senang membersihkan kesan minyak. Kalau basuh tupperware tu, titiskan sunlight dan campur air kemudian goncang bekas. Lepas tu tinggal bersihkan sikit-sikit je. Senang kerja basuh bekal hari-hari.
Bersih tanpa tinggalkan kotoran dan mudah bilas. Wangi pun wangi. Buih pun banyak.
Tengok tu stok dia. Tak pernah tak meriah macam ni. Sentiasa ada kat rak. Kita pulak jadi rambang mata nak pilih mana satu.
Sekali 3 botol. Berapa lama bertahan? Hehe.
ReplyDeleteYe kak, beli 3 sekali buat stok akan datang sebab susah nak jumpa stok yang lain. Lama juga guna kalau sebotol tu.
DeleteSaya suka pakai pencuci sunlight. Tangan tak kasar, cucian pun bersih.
ReplyDeleteSetuju tu Kak Amie. Mesra kulit dan bersih betul.
DeleteBestnya! Dahlah comel mangkuknya tu. Fiza sihat? Lama rasanya tak bertegur sapa hehe. Semoga Fiza sihat2 selalu.
ReplyDeleteKann..comel mangkuknya pun! Alhamdulillah sihat. Terima kasih bertanya khabar dan doanya. Maaf lama tak singgah sana. Nanti saya kayuh pelan pelan ye.
Deleteammi masih setia dengan sunlight lemon... sbb itu je yg ada refill pack (ahakss).
ReplyDeleteA'ah yang tu senang ada refill pack :)
DeleteSy pakai yg ni juga
ReplyDeleteSamalah kita.
Delete