Ikan Baung Masak Lemak Cili Api Campur Umbut Rotan Cara Orang Segamat

Cuti Hari Deepavali balik kampung di Segamat. Macam biasa bila balik Segamat mesti mak abah simpan stok ikan baung. Kalau ikan patin popular di Temerloh. Ikan baung pula popular di Segamat. Ke?

Hidangan tengahari hari pertama di Segamat, ikan baung masak lemak cili api campir umbut rotan. Extra sedap tau kalau masak campur umbut rotan ni. Boleh makan ikan dan sayur sekali. Umbut rotan dahlah susah nak dapat.

Kebetulan ada orang kampung bagi umbut rotan. Mak pun dah siap-siap rebus. Bertambah senanglah kerja memasak ikan baung masak lemak cili api campur umbut rotan. Tinggal masukkan je nanti.

Ikan Baung Masak Lemak Cili Api Campur Umbut Rotan

Umbut rotan nnampak seketul je di situ. Selain dicampurkan dengan ikan baung masak lemak cili api, sedap juga dibuat ulam cicah sambal belacan.

Cara mak saya masak, ikan baung tu nak kurangkan hanyir tu rendam dan basuh dengan asam jawa dan asam keping. Selain tu boleh gunakan limau kesturi atau asam belimbing buluh. Kita guna mana yang ada je di dapur.

Bukan tu je caranya nak kurangkan hanyir ikan sungai ni. Perlu kikis kulitnya dengan pisau. Memang kurang hanyirnya nanti. Kikis dulu lepas tu baru basuh dengan asam. Begitulah cara mak saya. Atau nak rendam kemudian kikis pun boleh. Ikutlah mana yang mudah.

Masak masakan lemak cili api di kampung, santan tu kenalah proses dari awal. Dari kupas kelapa, parut kelapa dan perah santan. Cara tradisional yang agak leceh tapi masakan tu lebih sedap. Santan segar ni lain rasa dia. Sedap lain macam kalau buat masak lemak cili api. Kan...

Ikan baung ni sedap masak lemak cili api. Kisar kunyit hidup dan cili api, leburkan je dalam periuk dengan santan bersama ikan yang dah siap cuci bersih. Masukkan asam keping dan garam. Biarkan atas periuk dan sambil tu kenalah mengacau kuahnya supaya santan tak pecah minyak.

Kadang tak rajin tinggalkan juga. Begitulah...


Resipi ikan baung masak lemak cili api

Bahan-bahan

Ikan baung
Cili api
santan (1 biji kelapa)
Kunyit hidup
asam keping
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara penyediaan

  1. Cuci bersih ikan baung seperti yang diterangkan di atas. 
  2. Masukkan dalam periuk bersama santan, cili api dan kunyit hidup yang dah dikisar, asam keping dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  3. Letak atas dapur dan biarkan sampai masak. Sambil tu boleh kacau kuah santan tu supaya cantik tak pecah minyak dan adjust rasa. Siap!

Kalau ada umbut rotan tu, kena rebus dulu. Lepas tu barulah masukkan semasa kuah mendidih hampir maasak.


20 comments:

  1. Ni memang lauk popular orang Segamat, kan. Ada kawan akak orang sana, memang ni la selalu jadi lauk dia.

    ReplyDelete
  2. sy ddah terbayangkan lauk ni dijudu dgn ikan sepat masin waaarghhhh

    ReplyDelete
  3. baung dah biasa makan tapi umbut rotan saya baru pertama kali tau boleh makan

    ReplyDelete
  4. rasanya seumur hidup tak pernah makan umbut rotan. saya suka cuba masakan kampung gini tapi tulah nak memasaknya kena kerajinan yang tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak jumpa kot Sal. Ini pun ada orang kampung masuk hutan mencari. Dapatlah merasa kalau ada yang jual atau hulur hulur. Bab nak sediakan santan tu leceh. Tapi sebab sedap begitu, kita rajinkan juga.

      Delete
  5. masa ammi ke area Kenyir haritu kat situ bersepah2 kedai jual lauk ikan baung... Segamat dengan Kenyir adik beradik jugaklah agaknya kan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Agaknya popular juga kat sana kot. Hahaha..jauh pulak Segamat dan Kenyir :)

      Delete
  6. Replies
    1. Nanti cubalah wak..kot ada tepi tepi hutan ke. Rebus buat ulam pun sedap!

      Delete
  7. Owh.. rotan pun ada umbut ye.. Baru tahu.. sedap ke rasa dia Fiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ada KakSha. Sedap. Tekstur dia sama je macam umbut lain. Cuma dia ada rasa pahit pahit sikit lah.

      Delete
  8. Kalau ada peluang, saya nak rasa umbut rotan.
    Tak boleh bayangkan, macamana rasanya. Mungkinkah seperti rasa umbut kelapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat pasar pagi tu tak ada orang jual ye kak Amie? Kalau ada kena beli tu. Lebih kurang begitu cuma umbut rotan ni pahit pahit sikit.

      Delete
    2. Memang tak ada Fizah. Sekarang ni jenis-jenis umbut memang susah nak dapat. Umbut kelapa, umbut kelapa sawit pun jarang orang jual.

      Delete
    3. Tak ada orang nak ambil atau tak ada pokoknya kot kak Amie. Umbut ni agak payah jugak nak ambil.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.