Ikan Baung Masak Lemak Cili Api Campur Belimbing Buluh

Ikan baung masak apa sedap? Ikut selera saya, ikan baung masak lemak cili api lah terpaling sedap. Selain tu, ikan baung enak digoreng begitu saja dengan garam dan serbuk kunyit. 

Ikan Baung Masak Lemak Cili Api Campur Belimbing Buluh

Menu cadangan yang lain, boleh masak ikan baung masak asam, ikan baung masak asam tempoyak, ikan baung masak asam pedas dan ikan baung goreng berlada.

Rezeki dapat makan ikan baung berkali-kali, mak bagi bekal ikan baung mentah. Balik rumah, masak ikan baung masak lemak cili api campur belimbing buluh pula. Di kampung tak ada stok belimbing buluh pada pokok, kat rumah kita guna belimbing buluh frozen pun jadi lah.

Pekat memikat kuahnya guna 1 bungkus santan segar. Kat kampung bolehlah kita parut dan perah santan. Dah sampai bandar, beli je lebih mudah. Tak gitu?

Lauk ikan baung masak lemak cili api ni antara lauk rare yang susah nak dapat. Harga belum masak dah mahal, inikan pula yang dah masak.

Sesetengah orang tak makan ikan sungai. Saya bukanlah peminat ikan sungai. Ada juga sesetengah ikan yang saya tak makan. Tengok jenis ikan juga. Biasalah tu kan, ada sesetengah benda memang kita tak boleh telan.

16 comments:

  1. kuah pekat melikat memikat melekat tu gaul dgn nasi panas mmg thoerbaikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terbaiklah kalau masakan lemak cili api kuah pekat. kann...

      Delete
  2. Ikan ni pebret arwah abah k ret ni.. Kitrg mmg x termakan ikan ni hehe.

    ReplyDelete
  3. Ya ampun...sedapnya ikan baung, akak pernah makan ikan tapi tak pernah masak sendiri. Lembut je isi dia kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah kak. Isi ikan baung ni lembut lebih kurang ikan patin.

      Delete
  4. Betul susah hendak jumpa ikan baung.
    Rasanya pernah makan masak lemak cili api sahaja. Nampak sangat jarang dapat makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin masakan cili api yang terpaling sedap dan popular. Ikan ni agak susah nak dapat juga.

      Delete
  5. Replies
    1. Alhamdulillah..sesekali dapat merasa. Bukan selalu dapat :)

      Delete
  6. Kalau jual di kedai memang harga kasar sikit. Tapi kalau sedap takpelah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sal. Kalau betul betul sedap dan berbaloi dengan harganya okaylah kan.

      Delete
  7. Sedapnya ikan baung.
    Dulu sewaktu hayat bapa saudara Encik Suami masih ada, arwah suka memancing dan selalu bagi kami ikan baung. MIL panggil ikan baung ni ikan krokok. Sekarang, bertahun jugalah tak pernah jumpa ikan baung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap rasa ikan baung ni. Ohh ada nama lain jugak ye. Ikan baung ni sejenis ikan sungai rare jugak susah nak jumpa. Sebab tu harganya agak mahal juga.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.