Ikan Baung Masak Lemak Cili Api Campur Belimbing Buluh
Ikan baung masak apa sedap? Ikut selera saya, ikan baung masak lemak cili api lah terpaling sedap. Selain tu, ikan baung enak digoreng begitu saja dengan garam dan serbuk kunyit.
baca juga : resipi ikan baung masak lemak cili api
Sesetengah orang tak makan ikan sungai. Saya bukanlah peminat ikan sungai. Ada juga sesetengah ikan yang saya tak makan. Tengok jenis ikan juga. Biasalah tu kan, ada sesetengah benda memang kita tak boleh telan.
Rezeki dapat makan ikan baung berkali-kali, mak bagi bekal ikan baung mentah. Balik rumah, masak ikan baung masak lemak cili api campur belimbing buluh pula. Di kampung tak ada stok belimbing buluh pada pokok, kat rumah kita guna belimbing buluh frozen pun jadi lah.
Pekat memikat kuahnya guna 1 bungkus santan segar. Kat kampung bolehlah kita parut dan perah santan. Dah sampai bandar, beli je lebih mudah. Tak gitu?
baca juga : resipi ikan baung masak lemak cili api
Lauk ikan baung masak lemak cili api ni antara lauk rare yang susah nak dapat. Harga belum masak dah mahal, inikan pula yang dah masak.
Sesetengah orang tak makan ikan sungai. Saya bukanlah peminat ikan sungai. Ada juga sesetengah ikan yang saya tak makan. Tengok jenis ikan juga. Biasalah tu kan, ada sesetengah benda memang kita tak boleh telan.
kuah pekat melikat memikat melekat tu gaul dgn nasi panas mmg thoerbaikk
ردحذفMemang terbaiklah kalau masakan lemak cili api kuah pekat. kann...
حذفIkan ni pebret arwah abah k ret ni.. Kitrg mmg x termakan ikan ni hehe.
ردحذفOhh..faham faham..Memang ada orang tak makan :)
حذفYa ampun...sedapnya ikan baung, akak pernah makan ikan tapi tak pernah masak sendiri. Lembut je isi dia kan
ردحذفA'ah kak. Isi ikan baung ni lembut lebih kurang ikan patin.
حذفBetul susah hendak jumpa ikan baung.
ردحذفRasanya pernah makan masak lemak cili api sahaja. Nampak sangat jarang dapat makan.
Mungkin masakan cili api yang terpaling sedap dan popular. Ikan ni agak susah nak dapat juga.
حذفHalah.. halah.. sedapnya lauk dia..
ردحذفAlhamdulillah..sesekali dapat merasa. Bukan selalu dapat :)
حذفKalau jual di kedai memang harga kasar sikit. Tapi kalau sedap takpelah kan
ردحذفBetul tu Sal. Kalau betul betul sedap dan berbaloi dengan harganya okaylah kan.
حذفSedapnya ikan baung.
ردحذفDulu sewaktu hayat bapa saudara Encik Suami masih ada, arwah suka memancing dan selalu bagi kami ikan baung. MIL panggil ikan baung ni ikan krokok. Sekarang, bertahun jugalah tak pernah jumpa ikan baung.
Sedap rasa ikan baung ni. Ohh ada nama lain jugak ye. Ikan baung ni sejenis ikan sungai rare jugak susah nak jumpa. Sebab tu harganya agak mahal juga.
حذفhuishhh ada sambal belacan lg syokkkkk
ردحذفBertambah pedas le jawabnya Anies uiii...
حذف