Jacob's Baked Crisps Sour Cream & Onion Terpaling Sedap!

Encik suami tanya nak beli apa apa tak sebelum keluar rumah. Laju saya cakap beli biskut Jacob's Baked Crisps yang haritu. Tapi nak perisa sour cream & onion. Tahu-tahu dia beli 2 bungkus, Sour cream & onion dan cheddar.

Seperti yang blogger Nina cakap, Jacob's Baked Crisps sour cream & onion ni terpaling sedap antara cheddar dan original. Jadi kita cuubalah Jacob's Baked Crisps sour cream & onion.

Selepas merasa sekeping Jacob's Baked Crisps sour cream & onion, saya setuju dengan Nina. Memang sedap! Rasa macam biskut sayur macam tu lah. 

jacobs baked crisp sour cream onion

Jacob's Baked Crisps Sour Cream & Onion
Baked No Fried! irresistible crunchiness and coated with generous seasoning of sour cream & onion. Your guilt-free crispy snack is 100% oven-baked and not fried, tasty yet healthy crunch.

jacob baked crisp sour cream onion

Okay dah cuba 2 perisa. Tinggal perisa original je tak cuba lagi. Ada yang cadangkan cicah dengan mushroom soup pun sedap katanya. Stok mushroom soup pek tak ada stok pulak kat rumah. Kita makan begitu sajalah. Pun dah sedap dah.

Nak cicah dengan air teh atau kopi macam tak sesuai. Mungkin lebih sesuai untuk Jacob's Baked Crisps original agaknya. Okay, next!

18 comments:

  1. cantik gambar, macam iklan professional gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sal. Ada masa lebih kita buat editing sikit :)

      Delete
  2. Ala lupa hendak tengok pada rak biskut. Baru balik dari Lotus.
    Nanti hendak cuba sour cream & onion. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tulis siap siap dalam note phone kak, Nanti taklah terlupa beli :)

      Delete
  3. Sis pun suka ni Fiza, baru jer beli haritu, ada sebungkus belum bukak..

    ReplyDelete
  4. akak paling suka sour cream onion,... sebab rasa masam2 dan bau bawang tu i like

    ReplyDelete
    Replies
    1. bau bawang dan rasa bawang tu yang sedap. Saya pun suka yang ni

      Delete
  5. Wah! dapat review bagus aje ni. Nak cuba jugalah nanti kalau jumpa

    ReplyDelete
  6. Oh, dah ada perisa lain ya. Lama tak beli biskut jacobs ni. Kalau beli nanti asyik makan berkeping2 cicah air milo.. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Yang ni macam menarik lagi macam kudapan keropok gitu. Yang ni kalau nak cicah air milo kena beli perisa original.

      Delete
  7. Kak Amie bawa bekal untuk kudap-kudap di tempat kerja. Makan begitu sahaja, dan minum air kosong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan begitu pun sedap dah sebab perisa sour cream & onion ni dah memang sedap.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.