Kelebihan Bacaan Hasbunallah Wanikmal Wakil

Bacaan zikir "Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir” adalah bacaan zikir pendek tetapi memiliki makna yang mendalam. 

Ketika hati sedang gundah gulana dan dalam kegelisahan, bacalah bacalah Hasbunallah Wanikmal Wakil  dengan istiqomah untuk menghilangkan rasa tersebut. Selain itu banyak kelebihan Hasbunallah Wanikmal Wakil.

Kelebihan Bacaan Hasbunallah Wanikmal Wakil

Selepas solat, amalkan zikir Hasbunallah Wanikmal Wakil disertai doa memohon pertolongan kepada Allah SWT. Dengan izin Allah pasti hati lebih rasa tenang serta kegundahan hati akan cepat hilang.

Kalimah zikir Hasbunallah Wanikmal Wakil diambil dari ayat dalam Al-Qur’an iaitu gabungan Ali Imran ayat 173 dan Al Anfal ayat 40.

Surah Ali Imran ayat 173

ٱلَّذِينَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَٱخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَٰنًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ

Allazina qaala lahumun-naasu innan-naasa qad jama’ụ lakum fakhsyauhum fa zaadahum iimaanaw wa qaalụ ḥasbunallaahu wa ni’mal wakil

Makna : “(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang ketika ada orang-orang mengatakan kepadanya, “Orang-orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka,” ternyata (ucapan) itu menambah (kuat) iman mereka dan mereka menjawab, “Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.” (3:173)

Surah Al Anfal ayat 40

وَاِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمُوْٓا اَنَّ اللّٰهَ مَوْلٰىكُمْ ۗنِعْمَ الْمَوْلٰى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

Wa in tawallau fa’lamuu annallaaha maulaakum, ni’mal-maulaa wa ni’man-nasir

Makna : “Dan jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahwasanya Allah Pelindungmu. Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong”. (8:40)

Makna hasbunallah wanikmal wakil

Makna/maksud hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir mengandungi banyak penafsiran secara harfiah atau bahasa. Namun sebahagian besar ulama dan teks-teks Islam memberikan maksud yang sama.

Hasbunallah wanikmal wakil in Arabic dan rumi serta makna


حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ

Hasbunallah wanikmal wakil 

Makna : ”Cukuplah Allah sebagai penolong kami.”
Meaning : “Sufficient for us is Allah, and (He is) the best Disposer of affairs.”

Zikir ini juga memiliki bacaan yang panjang, iaitu :

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir

Makna : “Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong kami.

Kelebihan Hasbunallah Wanikmal Wakil

1. Menenteramkan hati
Membaca hasbunallah wanikmal wakil akan membuatkan hati kita menjadi lebih tenang dan tenteram. Hati yang sedih, jiwa kacau akan segera hilang.

2. Meningkatkan keimanan
Iman adalah keyakinan dan kepercayaan kepada Allah, rasul, kitab, dan sebagainya. Dengan membaca hasbunallah wanikmal wakil akan meningkatkan keimanan kita dan kepatuhan kepada Allah SWT.

3. Meningkatkan ketakwaan
Membaca hasbunallah wanikmal wakil dengan konsisten, maka kita akan dianugerahi kesanggupan mengamati dan menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah SWT. sehingga kualiti keimanan dan ketakwaan kita pun akan meningkat.

4. Merasa rendah hati
Rendah hati adalah suatu keadaan hati yang mana merangkumi kelapangan dan kepatuhan yang tinggi kepada Allah SWT. Orang rendah hati memiliki sikap hidup yang ramah, lembut, bersahaja, tidak ego, tidak sombong dan tidak mudah rasa dukacita.

5. Ketakwaan kepada Allah SWT
Tawakal adalah bentuk penyerahan diri dengan sepasrah-pasrahnya kepada Allah SWT. Dengan membaca zikir hasbunallah wanikmal wakil sebanyak-banyaknya maka kita akan dihiasi cahaya ketawakkalan iaitu adanya keyakinan dimana satu-satunya tempat bergantung yang tidak lain adalah Allah SWT.

Ketika seseorang sudah tawakal, maka dia tidak mudah risau oleh apapun termasuklah masalah rezeki. Segala bentuk ujian dan dugaan sepenuhnya diserahkan kepada Allah SWT.

Wallahu a'lam...
Hanya Allah yang lebih mengetahui...

12 comments:

  1. moga saya pun turut istiqomah dgn zikir2

    ReplyDelete
  2. teringat Kyra dok ajak adik2 dia zikir yang ini dalam kereta masa kejadian wallet abahnya hilang haritu.

    ReplyDelete
  3. Teringat arwah ayahanda ajar kami zikir ini selepas belajar mengaji Quran setiap malam.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih ingatkan semula fadilat ucapan hasbunallah ini. Baca kadang-kadang lupa hayati makna sebenar.

    ReplyDelete
  5. ni antara zikir yg sy asik terlupa je. dah sebut subhanallah tp zikir lain yg keluar😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia macam confused sikit ye. Kena ingat awalan dia tu, lepas tu mesti ingat nak baca.

      Delete
  6. byk zikir2 yg boleh diamalkan.. memang kena hafal walaupun byk kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Zikir pendek pendek mudah ingat dan banyak manfaatnya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.