Lauk Ikan Baung Masak Cili Api Sekali Lagi
Ya, lauk ikan baung masak lemak cili api lagi. Stok terakhir ikan baung. Haritu mak bekalkan ikan baung mentah saya bahagiakan untuk 2 kali masak. Hidup berdua ni pandai pandailah nak adjust untuk sekali hidangan banyak mana.
Nak masak masakan masak lemak cili api ni untuk ikan baung ni lebih sesuai guna santan segar. Baru rasa keasliannya. Sempat haritu beli santan segar di Kuala Pilah. Betul betul santan segar. Sebelum ni pernah beli santan segar tapi macam kena scam je.
baca juga
Tak masak banyak macam dapur orang lain. Sekali masak sekali hidang sekali terus habis. Jarang sekali masak untuk hidangan malam sekali melainkan lauk yang susah payah nak sediakan macam rendang tu. Kadang ikut kerajinan juga.
Tapi biasanya macam tu lah. Makanan tengahari lauk lain dan makan malam lauk lain. Lain dapur, lain caranya. Bukan begitu?
Nak masak masakan masak lemak cili api ni untuk ikan baung ni lebih sesuai guna santan segar. Baru rasa keasliannya. Sempat haritu beli santan segar di Kuala Pilah. Betul betul santan segar. Sebelum ni pernah beli santan segar tapi macam kena scam je.
Sudahnya beli santan kotak KARA yang lebih pekat tu. Tapi untuk masakan masak lemak cili api lebih sedap lagi guna santan segar.
baca juga
Haritu tak sempat nak ambil gambar ikan baung mentah. Beginilah rupanya ikan baung yang telah dikelar beberapa bahagian. Mak tak bekalkan saya kepala ikan sebab saya tak makan kepala ikan. Jadi, mak bagi bahagian ada isi je lah.
Rupa paras dan isinya macam ikan patin. Tapi peliknya saya tak makan ikan patin. Yang bukan bukan je seorang Fiza ni kan. Lebih kurang je rasa ikan tu, kata encik suami.
Tudiaaaa.... nampak kulit ikan baung yang dirindui! Mak mentua pandai siang ikan baung, saya tak pandai hihiiii..... MIL akan siap siang dan bersihkan ikan baung, barulah Encik Suami ambil bawa pulang ke rumah.
ردحذفSaya pun tak pandai siang ikan baung. Kepala keras kena ketuk bagi belah dua. Kalau kena siang sendiri, sikit sikit kena tanya mak macamana nak potong. hehe...Bersihkan pun kena guna asam jawa, limau, asam keping. Lepas tu kikis kulitnya kurangkan hanyir. Untung sangat begitu kak Amie, bawa balik yang dah siap cuci bersih. Tinggal masak je. Selain masakan, kenangan pasti dirindui juga.
حذفOo..rasa dia lebih kurang ke?? Rasa² macam tak pernah makan lagi ikan ni. Ikan patin biasalah cuma tak pernah masak, tau makan je setakat ni
ردحذفSuami kata lebih kurang je. Tak tahulah perbandingan dia sebab tak makan ikan patin tu.
حذفWak pun menu ikan baung hari ni. Masak asam pedas. Tempat sungai wak tengah musim ikan baung sekarang. Tapi ikan baungnya kuning2, tak hitam macam tu
ردحذفSaya tak pernah lagi makan ikan baung masak asam pedas. Kuning kuning jugak ni wak. Closeup dah cuci bersih nampak lain sikit warnanya. Dapat yang fresh sedap tu wak.
حذفUishh... terliur akak dibuatnya.
ردحذفKita gengla... akak pun tak pandai makan ikan patin hahahah
Okay dah jumpa geng! hehe..tak tahulah kenapa tak makan kan..
حذفkeluarga saya pula peminat ikan patin..ikan baung pun makan juga hihi
ردحذفOhh..itu memang favourite orang Pahang kan..
حذفsaya masak sekali je sebab tak rajin. hihi. kalau lauk kita suka, ulang-ulang pun takpe
ردحذفLauk simple okaylah masak berkali kali. Jenis lauk susah masak sekali banyak baru berbaloi lagi.
حذفtak pernah mkn ikan ni. hehe, mungkin di utara tak byk sgt jumpa org jual. tp kalau masak lemak ni memang sedap la!
ردحذفDi utara macam jarang dengar. Rasa macam selatan dan pantai timur je kot popular ikan baung ni. Masakan masak lemak jarang mengecewakan. Kan...
حذفNampak sedap sangat dah tu. Ikan baung memang sedap.
ردحذفBetul, ikan baung memang sedap!
حذفHaha akak lagi tidak pernah siang ikan ini. Selalu dapat makan orang lain masak. Rasanya rumah kitorang tidak pernah beli ikan baung.
ردحذفApapun ikan ini sedap. Akak makan juga ikan patin tapi sekali lagi tidak pernah masak.
Biasa kalau beli kat kedai boleh minta potong terus. Balik rumah tinggal bersihkan dan masak je. Ikan baung memang sedap kak. Tapi itulah, saya tak makan patin. Tak tahu perbandingan sedap dia macamana. hehe...
حذفuuuiiiii ikan patin laa yg plg best!!! 😀 sy mcm mn pun ttp cari santan segar. gn santan kotak bla terpaksa je
ردحذفUiiii..nak buat macam mana Anies. Memang tak termakan..hehe...kalau kat kg memang guna santan segar. Kat bandar ni kena pakai apa yang ada je lah. huhu...
حذفTengok ikan yang belum masak ni pun da terliur..
ردحذفHihi..nampak ikan belum masak dah keluar idea dah nak masak apa kan.
حذف