Lempeng Cicah Gulai Lemak Sardin
Pengaruh rakan blogger itu benar ye. Tengok post kak SK buat lempeng akibat pengaruh lempeng saya buat rasa nak melempeng lagi sebab masih ada baki lauk sardin masak lemak cili api @gulai tu. Macam sedap je buat lempeng cicah gulai lemak sardin tu kan.
Petang dan menjamu popia goreng inti macam-macam, malam tu tak makan nasi lah. Buat lempeng cicah gulai lemak sardin. Makan malam simple simple sudah. Tinggal nak melempeng je. Kali ni bereksperimen buat bancuhan lain sikit.
Sebelum ni lempeng letak santan, soda bikarbonat dan guna butter untuk dadarkan lempeng. Kali ni tanpa santan dan butter saya campur sekali dalam bancuhan. Lempeng lembut gebu dan rangup di tepinya. Sedap juga macam ni.
Bancuh agak cair dan buat nipis sikit. Cepat sikit lempeng tu masak.
![lempeng cicah sardin lempeng cicah sardin](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0SKnrYEJCJME3dXgaHSlTu5EdHWKhz7asn1h3Wzix_kXZPQa9aaYLC6jIRIUIc9d85rtxIAgPl2qSd7SAPnMAzGEgdUZkNGQPfFZeiPkP9ew9jJagifi7WAi6cKbpcWrONn8MC7KQzdxcU4yjWlGPmECFnj0V1sl5SFEiSiJrcfiYpihY9HwKMQWZNA/s16000-rw/Lempeng%20Cicah%20Gulai%20Lemak%20Sardin.webp)
Resipi lempeng lembut dan rangup
Bahan-bahan
Tepung gandum
butter
garam
air
secubit soda bikarbonat
1 biji telur
Cara penyediaan
- Campur semua bahan dan buat adunan cair sedikit.
- Panaskan kuali dan tuang adunan dengan sukatan satu senduk, kemudian ratakan dengan senget² kan kuali kiri kanan. Apa nama ek perbuatan ni, lenggengkan kuali ke?
- Biarkan adunan masak, bila tepi tepi dah mula tak melekat pada kuali baru terbalikkan dan biar masak.
- Ulang sampai adunan habis.
![lempeng cicah sardin lempeng cicah sardin](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-_abCYzRS7OF8EyQ-qipWubKueiKrUtGjeiSxYzs6J_ubIpqHn2x9NlTGX9EwRjvwYhkNupnW9ypa3wbeseG5vNMG1nfVQ2j8A3q5HrqLHJud1ab5gEaGPpjKdyu98AE7NCMJR27dXyImBBwKFirocjQc7SBGWr68ynVdUj-81nGYCcXDdCUx3pxeFQ/s16000-rw/Lempeng%20Cicah%20Gulai%20Sardin.webp)
Berselera makan malam dengan menu lempeng cicah gulai sardin. Tak ada butter, santan, soda bikarbonat pun takpa. Buat lempeng 4 bahan guna tepung gandum, telur, garam sikit dan air panas pun sedap juga.
Jadi hantu lempeng lah pulak kita asyik melempeng je. Melempeng kalau ada lauk lebih yang sesuai untuk dicicah. Kalau tidak, tak rajin juga nak melempeng. Salah satu cara untuk habiskan lauk yang tak habis. Gitulah...
Adoi, mau menjangkit lagi sekali ni, karangggg. Soda bikarbonat dah lama takde stok kat rumah ni, nanti kalau ke kedai, kena ingat, beli.. tentu ada kelainan rasa bila letak tu, kan. Sardin ada jer, ish ish.. lambat pulak nak tunggu jumaat, hahaha.
ردحذفHihi..takpe jangkit berjangkit kak. Benda mudah dan sedap, ulang banyak kali pun takpe. Soda bikarbonat letak sikit secubit gitu nak bagi rangup dan tak melekat even guna non stick pun saja letakkan.
حذفHaha..tunggu versi lempeng seterusnya :)
lempeng kalau MY buat air suam, garam tepung gandum..tu je. kadang kadang taruk telur dan minyak jagung sikit.
ردحذفGuna bahan asas macam ni pun sedap dah kan KakYan. Campur minyak jagung tu belum pernah cuba lagi. Nanti² boleh cuba. Terima kasih KakYan berkongsi resipi.
حذفaduh sedapnya, dah lama betul tak masak lempeng nih, aritu tengok ada orang buat lempeng jugak terliur dah ini Fizah lak... lagi la terliur
ردحذفMusim lempeng agaknya kot Kak Dana. Saya pun dah ulang beberapa kali dah. Hehe...
حذفNampak lempeng terus akk datang sini hihi ...
ردحذفTapi itulah, belum ada lauk sesuai utk dicicah dgn lempeng. Nak buat sambal tumis malas 🤭
Hehe..itulah tu, kalau kena buat sambal tumis malas juga. Dah ada lauk lebih yang sesuai barulah melempeng.
حذفsy lama dh xmelempeng.. sedap jgk kalo dpt mkn lempeng nyor.. kihkih..
ردحذفkalo lempeng sy kdg2 suka mkn ngn gula.. hee
Lempeng kelapa pun sedap tu Ezy. Berlemak lagi. Nak simple simple makan dengan gula pun layan juga Ezy. Itu pun sedap dah rasa.
حذفlempeng nipis mcm ni sedap..
ردحذفKannn..sedap! Satu tak cukup :)
حذفSelalu buat jemput-jemput untuk habiskan atau cicah.
ردحذفIni yang Fiza buat versi ringkas.
Pun sedap jugak tu kak Wina. Yang mudah mudah je cepat masak cepat makan. Hehe...
حذفsabtu hari tu masak kari, konon nak buat roti jala la petang tu. sekali flat abis....makan ngan roti je la.. x jadi menjala..
ردحذفAdeh, misi buat roti jala tak berjaya. Takpelah kak, nanti nanti dah okay baru buat ye.
حذفkena cuba ni sardin masak lemak. Unik. Lawan pulak dengan lempeng nipis. Nyum
ردحذفCubalah nanti Sal. Buat kuah pekat sikit mesti best buat cicah lempeng nipis :)
حذفCantik lempengnya. Nampak garing. Fizah letak soda bikarbonat rupanya.
ردحذفAlhamdulillah..menjadi..Ye kak Amie, suka letak soda bikarbonat secubit. Sama jugak kalau buat cekodok pisang letak sikit. Kalau Kak Amie letak ENO, saya letak soda bikarbonat :)
حذفSedapnya.. kawankan pula bersama secawan kopi atau nescafe.. Layan..
ردحذفSedap menikmatinya dengan secawan kopi. Memang layan KakSha :)
حذفAmmi first time buat lempeng 3-4 tahun sudah...bangga gila masa tu siap canangkan kat semua grup family hahahahha
ردحذفHihi..faham perasaan tu Ammi. Siapa lagi nak banggakan diri kalau bukan diri sendiri kan. Pasni boleh buat lagi :)
حذفlempeng ni judu apa pun ttp layannnnzzz
ردحذفjudu tu jadi ek? Masak apa pun sodap kan.
حذف