Mencendol Di Cafe Raja Cendol Taming Sari Ayer@8, Putrajaya

Bila suami OFFday, inilah masanya untuk kita keluar ambil angin. Weekend memang jarang keluar. Sejenis malas nak hadap jem dan kesesakan orang ramai. Rancang nak membeli belah sambil membeli hadiah untuk anak buah. 

Seusai membeli terus pergi tempat kerja dia, alang-alang dah keluar dan agak dekat nilai ke Putrajaya. Boleh juga jalan-jalan sekali. Kebetulan sampai masa anak buah balik kerja. Dapatlah lepak kejap jalan-jalan kat Ayer @8 Putrajaya.

Jalan jalan tepi tasik, banyak kedai tak buka. Kurang meriah mungkin sebab masih awal. Tasik ni tempat lepak dan riadah seisi keluarga petang-petang. Tak ada apa yang menarik, jomlah kita balik.

On the way balik, terlalu pulak di Cafe Raja Cendol Musang King Taming Sari Putrajaya. Nama pendek dia Cafe Raja Cendol Musang King kot. Cendol asli Taming Sari Melaka bawa ke Putrajaya. Begitulah cerita dia agaknya.

Cafe lengang tak ada orang. Kami masuk duduk kat dalam, sejuk sikit layan aircond. Andai ada angin sepoi sepoi bahasa kat luar, nak juga duduk luar. Tapi cuaca macam panas, duduk dalam lebih baik.

Sistem order melalui QR yang tersedia kat meja. Order dan bayar terus. Boleh juga nak order di kaunter kalau tak nak guna QR code. Ikut mana senang.

Kami order 2 mangkuk cendol pulut yang berharga RM9.90 semangkuk kalau tak silap. 1 untuk anak buah dan 1 lagi kami kongsi je. Saya jarang makan habis, elok share tak membazir. Tahu-tahu diberikan satu mangkuk kosong. Okaylah boleh bahagi dua awal-awal. 

taming sari putrajaya cendol taming sari putrajaya

Dalam semangkuk cendol ada semangkuk kecil pulut, jagung manis, kacang merah, 2 biji isi buah longan, cendol bersama santan dan gula merah. Cukup lengkap dengan segala condiments nya. 

Rasa dia macamana pula? Of course sedap! Rasa lemak santan dan air gula yang tak terlalu manis. Sesekali rasa kemanisan jagung dan kerangupan isi longan. Rasa lemak santan tu menarik macam ada isi kelapa juga. Mungkin dicampur dengan air kelapa juga?

taming sari putrajaya cendol taming sari putrajaya

Yang penting rasa dia sedap tak manis sangat. Kita ni kalau manis sangat memang tak boleh masuk sangat. Kena ada air kosong stand by. Tapi Cendol Taming Sari ni sedap nau nau rasa lemak dan manisnya. Lain kali boleh repeat makan. Rasa dan harganya berbaloilah. 

Service pun pantas dan terbaik. Food plating presentation pun terbaik. Elok je cucun-cucun (ikut suara umar) dalam mangkuk. Barulah cantik digambarkan. Instagrammable sangat.

Cakap pasal Instagrammable, sebenarnya tujuan utama ke Ayer @8 Putrajaya ni nak pergi menjamu selera di INaRA Kafe, instagrammable cafe in putrajaya katanya. Anak buah kata, "ucu mesti suka tempat ni, boleh buat content".

inara cafe putrajaya

Haa yeee...memang suka sangat. Tengok dari luar dah tahu cantik kat dalam tu. Tapi itulah, sayang seribu kali sayang INaRA Kafe rupanya tutup hari Isnin. Hari Isnin dorang tutup dan berkemas kemas kot. Tak ada rezeki lah. Maksudnya kena repeat datang lain kali.

8 comments:

  1. Lama tak pekena cendol.. Tempatnya pun kelihatan menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat dia in real memang menarik. Cuma gambar entrance tu cafe lain.

      Delete
  2. Tidak tahulah Cafe Raja Cendol asal dari Melaka.
    Nasib baik menepati tekak.
    Bagus juga beri mangkuk. Agaknya mereka tahu isi banyak bukan semua boleh habiskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taming sari Bandar Hilir kak. Begitu juga yang saya fikirkan. Atau nampak orang 3 tapi order 2 mesti nak kongsi kot agaknya.

      Delete
  3. Rindunya saya nak makan cendol di Malaya. Di sana banyak pilihan. Sedap-sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Amie. Dah macam-macam jenis cendol sampai tak tahu nak pilih mana satu. Semua nampak sedap. Bukan biasa biasa macam dulu dulu.

      Delete
  4. sedapnya cendol pulut...dahlah lawa pulak tu bowl dia. selalu org guna mangkuk plastik je...kalau kedai mamak guna mangkuk steel tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah bowl dia cantik. Sesuai sangat untuk ambil gambar pun :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.