Header Ads

Mi Goreng Untuk Sarapan Dan Bekal Suami

Agak lama ye tak ambil gambar makanan. Mood jatuh menjunam tu lain macam. Bukan setakat writer's block je. Mood lain pun terkait sama. Bila mood dah ada sikit-sikit ni, kita kemas lah sapu sikit sikit sawang studio yang dah lama menyepi.

Semalam dah gambarkan enoki garlic butter, harini giliran mi goreng mamak. Mamak tak berapa mamak sangatlah. Pagi pagi dah kelentang kelentung masak mi goreng untuk sarapan dan bekal untuk suami.

resepi mee goreng mamak

Sebelum masukkan taugeh, asingkan dulu bekal untuk suami tanpa taugeh. Taknak campur taugeh untuk bekal, risau cepat basi. Lepas dah asingkan, baru lah masukkan taugeh untuk sarapan berdua. Sebungkus tu cukuplah portion untuk 4 pinggan.

2 pinggan untuk sarapan, 2 pinggan untuk lunch. Jimat masak untuk sarapan dan lunch sekali masak. Makan malam kita fikir lain. 

Saya masak guna resipi rahsia. Memang sedap! Tak perlu tambah garam kalau dah tambah sos cili, sos tomato, so tiram, ikan bilis dan udang kering itupun dah cukup perisanya. 

baca juga : rahsia mi goreng mamak sedap

Tambah sedap kalau ada rasa pedas pedas sikit. Orang Nismilan dan Johorean mestilah kena pedas kan.

هناك 10 تعليقات:

  1. Wah, biasanya resipi rahsia memang sedap! Macam kita makan Secret Recipe itulah hihihiii.

    ردحذف
  2. of course...suami ammi orang melaka lagi...kalau tak merah mee goreng macam dia tak berminat je. mesti nak bersambal

    ردحذف
  3. sedapnya. wah, resepi rahsia ni. biar encik suami teringat-ingat. hihi

    ردحذف
  4. Rupanya letak segala sos.
    Tidak sangka kena letak udang kering. Udang kering kisar ya?

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.