Pencuci Muka Aloe Bubble Cleanser Hansaegee Nature Jadikan Kulit Muka Lebih Bersih Dan Lembap

Stress betul kalau tiba-tiba jerawat muncul. Kalau boleh jangan muncul lansung sebab jerawat bukan hanya tinggalkan parut secara fizikal, tetapi juga secara mental. Kita akan jadi kurang yakin dengan diri sendiri bila berhadapan dengan orang. 

Jerawat ni bukan boleh diduga nak muncul. Tahu-tahu ada seketul. Punca jerawat ni ada banyak antaranya :
  • Perubahan hormon ketika datang bulan atau hamil
  • Pemakanan 
  • Faktor genetik 
  • Stress
  • Kurang tidur
  • Cuaca 
  • Pemakaian produk yang tidak sesuai dengan kulit
  • Kulit berminyak menyebabkan pori tersumbat

Jerawat akan terhasil bila pori kulit tersumbat kemudiannya akan mengalami keradangan dan akan naiklah jerawat kecil-kecil tu. 

Kulit kering satu masalah juga. Kulit nampak kusam dan kasar. Kadang rasa bersisik sebab kulit kering menggelupas. Puncanya kulit kurang kelembapan dan selalu terdedah dengan pancaran matahari secara terus tanpa perlindungan.

Yang tak bestnya bila kulit kering ni, nak pakai foundation atau compact powder pun rasa malas sebab akan bercapuk dan tak sekata. Kesan kulit kering tu akan nampak ketara sangat. Ada yang pernah mengalaminya tak?

Cara atasi kulit berjerawat dan kering

Penyelesaiannya, kenalah jaga kulit dengan betul. Benda paling asas dalam penjagaan kulit muka adalah mencuci muka. Paling tidak basuh muka 2 kali sehari (siang dan malam) dan gunakan produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka.

Sejak saya guna pelembap muka Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, kulit muka saya ada perubahan positif, bertambah sihat dan glowing. Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni sejenis krim pelembap water based yang ada niacinamide terbaik untuk kulit berminyak.

Alang-alang dah cuba Korean skin care product Hansaegee Nature, kita cubalah sekali pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature yang berkesan untuk kulit berjerawat dan kering katanya.

aloe ac clean bubble cleanser hansaegee nature

Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature

Aloe AC Clean Bubble Cleanser, sejenis cleanser aloe vera dari Hansaegee Nature menggunakan 11 jenis ekstrak tumbuhan semula jadi dan 6 jenis pati minyak (essential oil). 2 bahan utamanya aloe vera dan tea tree oil yang sememangnya bagus untuk kulit. 

aloe ac clean bubble cleanser hansaegee nature ingredients

11 jenis ekstrak tumbuhan semula jadi

  1. Aloe barbadensis leaf juice
  2. Tea tree leaf oil
  3. Chamomilla recutita (matricaria) flower extract
  4. Monarda didyma leaf extract
  5. Origanum vulgare leaf extract
  6. Lavandula angustifolia (lavender) flower extract
  7. Mentha viridis (spearmint) leaf extract
  8. Geranium maculatum extract
  9. Mentha piperita (peppermint) leaf extract
  10. Salvia officinalis (sage) leaf extract
  11. Mentha rotundifolia leaf extract
aloe ac clean bubble cleanser hansaegee nature ingredients

6 jenis essential oil

  1. Cymbopogon martini oil
  2. Citrus limon (lemon) peel oil
  3. Aniba rosodora (rosewood) wood oil
  4. Citrus aurantium dulcis (orange) peel oil
  5. Cymbopogon schoenanthus oil
  6. Lavandula angustifolia (lavender) oil

Bagusnya, Aloe AC Clean Bubble Cleanser sejenis buih pembersih yang tidak mengeringkan kulit seperti buih pembersih yang lain. Kulit akan rasa lembap dan lembut sebab Aloe AC Clean Bubble Cleanser jenis watery bubble cleanser dan tidak meninggalkan kesan iritasi pada kulit.

Buih pembersih lembut ni juga mampu menyingkiran kotoran dalam pori kulit secara mendalam. Membersihkan kulit dengan berkesan cerita dia.

Didatangkan dalam bentul botol pump Size 5.29 fl, 150ml.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser 

Untuk kulit : Sesuai untuk semua jenis kulit (kulit kering, kulit berminyak dan jenis kulit kombinasi)
Jenis : Tekstur buih lembut
Kegunaan : muka

aloe ac clean bubble cleanser hansaegee nature

Dari rupa paras botolnya, mesti kita akan ingat jenis pencuci muka liquid atau gel. Tapi sebenarnya jenis berbuih.  Bila kita pump, automatik keluar buih lembut yang banyak.

aloe ac clean bubble cleanser hansaegee nature

Buih pembersih aloe AC clean bubble ni tersangatlah ringan, halus dan moisture. Memang syoklah cuci muka dengan buih yang banyak.

aloe ac clean bubble cleanser hansaegee nature

Close-up sikit buih dia yang halus, lembut dan ringan ni. Sebelum pump pencuci muka Aloe Bubble Cleanser Hansaegee Nature, saya akan basahkan dulu muka. Nanti buih akan lebih banyak terhasil semasa kita mencuci muka. Lebih banyak air, lebih banyak buih. 

aloe ac clean bubble cleanser hansaegee nature soft foam

Biasanya jenis buih pembersih ni memang akan buat kulit kita dicuci lebih bersih sebab buih yang terhasil tu akan mencuci dengan mendalam ke dalam liang kulit. Cuma bezanya ada yang menyebabkan kulit kering dan tidak.

Menariknya tentang Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni jenis buih pembersih yang tak mengeringkan kulit lepas dicuci. Selepas menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser, kulit rasa lebih bersih dicuci dan kulit rasa lembap.

Kulit pun tak rasa kering betul dan tak tegang. Selesalah bila pakai jenis pembersih muka yang sesuai dengan kulit. Kadang kulit kering selepas dicuci ni buatkan kulit kita kering dan rasa tegang kan? Kalau lambat pakai mosituriser akan nampak kesan kulit mengelupas dan gatal.

Tapi itu tak terjadi bila menggunakan pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Even kali pertama cuba pakai pun dah best.

aloe ac clean bubble cleanser hansaegee nature

Kelebihan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature

  • Buang lebihan / lebihan sebum dan minyak pada kulit
  • Mengawal minyak di wajah
  • Membersih secara sedalam-dalamnya ke dalam pori-pori kulit
  • Melembapkan kulit, kulit tidak kering selepas digunakan
  • Melegakan kulit yang sensitif 
  • Melembutkan kulit

Aloe AC Clean Bubble Cleanser selamat digunakan

  • Paraben-Free
  • Sulfate-Free
  • Alcohol Free

Cara penggunaan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature

1. Basahkan sepenuhnya muka dan tapak tangan. 
2. Pump keluar buih pembersih
3. Urut lembut secara bulatan pada kulit muka untuk menghasilkan lebih banyak buih.

cara pakai aloe AC clean bubble cleanser hansaegee nature

Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya mereka yang mempunyai kulit sensitif, kulit kering dan berminyak. Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni mampun membuang sel kulit mati, blackhead dan whitehead yang degil tu. Bila pori tak tersumbat, kulit pun bersih, kita pun happy!

Pendek kata, Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature mengurangkan jerawat, membersih secara mendalam dan melegakan kulit. Jenis suka makeup tapi taknak buat double cleansing, sesuai juga gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature ni. Menanggalkan kesan makeup dengan berkesan okay.

aloe AC clean bubble cleanser hansaegee nature

Semacam magic pulak. Senang betul nak hilangkan kesan makeup degil tu. Baru letak aloe AC clean bubble cleanser sikit pun dia boleh tanggal sendiri, belum lagi gosok gosok. Tanggalkan makeup dengan mudah dan cepat!

Untuk kesan yang lebih baik, selepas cuci muka guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser kemudian sapu pula Aqua whitening cream Hansaegee Nature.

aloe AC clean bubble cleanser hansaegee nature

10 comments:

  1. Bagus brand ni, sesuai untuk jerawat dewasa sebab tak macam jerawat remaja punca sebab kulit berminyak. Kesan dekat mental dan adi menyampah nak pakai mekap tu setuju sesangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far sesuai saya pakai. Misi lebihkan skincare daripada makeup :)

      Delete
  2. Ramai yg try brand Hansaegee ni kata bagus. Nampak macam okey, rasa macam nak try pula hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ramai juga yang pakai dan feedback positif. Boleh cuba :)

      Delete
  3. Bagus betul Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Mampu buang sel kulit mati, blackhead dan whitehead yang degil. Kulit pun rasa licin saja kan Fizah. Bila sapu make up rasa selesa dan lebih cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Product skincare yang berasaskan aloe vera memang bagus untuk kulit. Jenis berbuih tu yang mencuci lebih mendalam gitu. Betul tu Kak Amie.

      Delete
  4. Eloklah membersih mendalam. Kadang-kadang lepas cuci rasa ada lekit.

    ReplyDelete
  5. best nyaaaa buih banyak mcm ni. rs mcm bersih sgt kalau pencuci yg byk buih ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..syok cuci muka buih banyak. Betul, dia buih secara mendalam gitu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.