Pentas Akhir Terpaling Juara Dan Senarai Pemenang

4 Peserta Terpaling Juara TV3 iaitu Hazami, Shaz, Rahmad Mega dan Aqmal layak ke Peringkat/ Pentas Akhir Terpaling Juara. Pentas Akhir Terpaling Juara bersiaran pada hari Ahad, 9 Oktober 2022, pukul 9:00 malam di TV3.

Juga boleh tonton Akhir Terpaling Juara TV3 live (secara lansung) menerusi portal tonton (www.tonton.com.my).

akhir terpaling juara tv3

AKHIR TERPALING JUARA

Waktu siaran : Ahad, 9 Oktober 2022, pukul 9:00 malam
Siaran TV : TV3
Pengacara : Haziq Hussni dan Shiha Zikir
Juri : Dato’ Hattan dan Fauziah Latiff
Kapten : Akim Ahmad (Juara AJL 30), Hael Husaini (Juara AJL 32 & AJL 33), Naim Daniel (Juara AJL 34)

Senarai Pemenang Terpaling Juara

Juara : Rahmad Mega
Naib Juara : Aqmal
Tempat Ketiga : Hazami
Tempat Keempat : Shaz

Rahmad Mega menyanyikan lagu Ku Akui nyanyian Hafiz Suip dan lagu Di Penjara Janji duet bersama mentor Hael Husaini. Rahmad Mega Juara Terpaling Juara berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM100,000 dan piala Terpaling Juara dan sekali gus merangkul Anugerah Persembahan Terbaik Mingguan membawa pulang RM5,000.

Naib juara, Aqmal memenangi wang tunai RM50,000. Aqmal menyanyikan lagu Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir untuk lagu solo dan lagu Di Amaran Mama bagi segmen duet bersama mentor Naim Daniel.

Tempat ketiga pula dirangkul oleh Hazami yang medendangkan lagu Luluh nyanyian asal Khai Bahar untuk lagu solo dan lagu Joget Angan Tak Sudah di segmen duet bersama mentor Akim Ahmad. Beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 ditempat ketiga beserta piala Terpaling Juara.

Tempat keempat diraih oleh Shaz membawakan lagu Gelisah Mimpi nyanyian asal Liza Hanim bagi lagu solo dan lagu Hati di segmen duet bersama mentor Hael Husaini. Bawa pulang RM10,000 beserta trofi.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.