Resipi Lempeng Lembut Dan Rangup
Sesekali masak ayam masak lemak cili api, beria encik suami makan. Kita yang teringin, dia pulak makan bertambah-tambah. Bila sesekali masak lauk dari kebiasaan memang macam tu. Siapa je yang tak terliur dengan ayam masak lemak cili api dan sayur nangka muda kan.
Mujur juga masak nasi lebih sekali makan malam. Biasa masak 3/4 cup untuk sekali makan berdua. Tiba-tiba masak lebih macam tahu-tahu je encik suami berselera makan. Kita pun ikut sekali berselera makan dengan adanya lauk sayur nangka muda tu.
Bila makan banyak, rasa lapar tu lambat nak muncul. Sudahnya sampai ke malam kenyang. Cakap dengan encik suami, buat lempeng je lah cicah dengan kuah ayam masak lemak cili api atau sambal sardin lebihan masak malam tadinya.
Sejak makan lempeng di kebun haus, rajin pulak saya melempeng kalau ada masak kuah kuah masak lemak. Dulu masak mak buat roti canai, mak suka lawankan roti canai dengan kuah ikan baung masak lemak cili api. Mabeles!

Ada kuah masak lemak ni macam sedap je buat lempeng kosong gebu dan rangup. Suka ada rasa rangup sikit sikit dan gebu.
lempeng kosongJenis-jenis lempeng
lempeng manis
lempeng susu
lempeng pisang
lempeng kelapa
Apa pun jenis lempeng semuanya sedap pada saya. Kalau ada pisang buatlah lempeng pisang. Ada juga lempeng pisang gabung dengan parutan kelapa. Ikut selera dan stok kat rumah masing-masing.

Konon nak buat lempeng kosong je. Tapi macam nak cuba resipi barulah. Nak lempeng kosong dengan bancuhan bahan-bahan lain dari biasa. Nak tambah santan bagi berlemak, tambah butter bagi rasa lemak berkrim dan tambah soda bikarbonat bagi lebih rangup dan tak melekat.
Resipi lempeng lembut dan rangup
Bahan-bahantepung gandum
1 biji telur
secubit soda bikarbonat
1 sudu besar santan (KARA)
air secukupnya
butter
air secukupnya
butter
Cara buat lempeng sedap dan lembut
- Bancuh semua bahan dalam 1 bekas. Kacau rata tak cair dan tak pekat sangat.
- Sapukan butter pada non stick pan. Sapu sekadaran je. Jangan banyak
- Curahkan adunan sikit kemudian angkat pan dan senget sengetkan sampai rata. Saya suka buat nipis dan tak tebal sangat. Tapi masih gebu macam tu.
- Biarkan bahagian bawah masak sampai tepi tepi lempeng tu dah tak melekat pada pan. Kemudian baru terbalikkan. Sebelum terbalikkan tu boleh letak butter sikit.
- Dah terbalikkan, biarkan dia masak sampai garing sikit baru angkat.
- Selepas angkat boleh terus gulungkan atau tak perlu gulung pun takpa. Susunkan selapis selapis pun boleh.
Dari resipi olahan saya ni, ternyata sedap lagi dari biasa. Tambah santan, guna butter dan letak soda bikarbonat tu lagi menepati selera saya. Soda bikarbonat tu letak secubit je jangan banyak-banyak sebab nanti ada akan rasa yang kurang sedap.
Rasa tak cukup pulak makan 2 keping. Kena buat lagi nampaknya. Makan dengan sambal tumis pun sedap!
Dulu mak mak kita buat lempeng kosong tepung gandum tambah garam dan bancuh dengan air pun sedap dah. Itulah, masakan air tangan mak kita sedap lain macam.
Rajin cuba resipi baru.
ReplyDeleteMacam akak suka lemoeng manis macam lempeng pisang. Betul garing-garing sedap.
Olahkan ikut selera sendiri kak. Sedap rasa gebu, lemak santan dan butter dengan rangupnya. Lempeng manis dan lempeng pisang pun sedap.
DeleteMalam tadi macam teringin nak makan lempeng cecah sambal ikan bilis. Bila bangun pagi masuk dapur, tepung gandum tak sampai secawan. Hahahaa.... tinggallah impian tak terlaksana. Masaklah sarapan lain. Sedap tengok lempeng Fizah. Kalau lempeng begini, berkeping-keping masuk perut.
ReplyDeleteMemang berkeping keping masuk perut. Tak cukup satu. Tambah lagi ada dua kuah sedap.
DeleteKena tunggu beli tepung lah baru melempeng nanti kak Amie. Baru puas hati buat lebih sikit.
Akak tak pernah lagi celup lempeng dalam masak lemak cili api. Nantilah, kalau ada masak lemak, boleh cuba melempeng sekali. Nampak sedap sgt lempeng Fizah tu.
ReplyDeleteNanti boleh cuba kak. Mana tahu kena dengan selera juga.
DeleteEh..lempeng pulak...tak boleh jadi ni..
ReplyDeleteOh,terima kasih tips santan dan soda bicarbonat tu
Hihi..tak lama lagi akan ada lempeng di dapur mama cella pulak.
DeleteSama-sama. Nanti boleh cuba :)
saya suka tambah kelapa parut sikit. tapi tulah kata Fizah, mak mak kita buat gak yang sedap
ReplyDeleteTambah kelapa parut lagilah sedap. Tak ada kelapa parut kita letak santan ada rasa lemak santan sikit pun sedap :)
Delete