Resipi Popia Goreng Inti Macam - Macam Ada!

Sambil memasak sardin masak lemak cili api, sambil tu siapkan bahan-bahan untuk masak inti popia. Begitulah perempuan, multitasking kan. Banyak yang boleh menyambil bila memasak tu. 

Rancang nak habiskan kulit popia yang masih berbaki dalam kulkas. Kita gunakan bahan apa yang ada untuk inti popia. Kulit popia saya suka guna jenama KG pastry, kulit popia yang bagus, tahan lama tak mudah koyak dan cepat lembut. 

Ada kulit popia ni boleh diolahkan bermacam-macam jenis popia dan intinya.
  • popia carbonara
  • popia nestum
  • popia sira
  • popia goreng simple
  • popia goreng inti ayam
  • popia goreng inti telur
  • popia goreng inti kentang
  • popia goreng inti sayur
  • popia goreng inti sengkuang
  • popia goreng inti udang
  • popia sardin goreng
  • popia pisang goreng

Popia goreng simple macam orang selalu jual tu, hanya letak taugeh atau lobak merah macam tu. Macam simple sangatlah pulak.  Popia carbonara pun sedap tapi terasa nak makan popia goreng inti ada bawang, udang, telur, kacang panjang dan lobak merah cicah dengan sambal manis pedas. 

Sedap tu buat menu petang. Tengahari kita siapkan semua letak dalam bekas bertutup simpan dalam peti ais. Petang tinggal goreng je senang. Ikutkan nak letak taugeh dan tauhu hancur sekali tapi memikirkan bahan tu cepat basi.

Eloklah kita letak yang boleh tahan lama sikit. Buat lebih untuk stok esok esoknya. 



Resipi Popia goreng Inti udang, telur, lobak merah, kacang panjang.

Bahan-bahan
Butter untuk menumis
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland
Udang cincang
Kacang panjang (potong kecil)
Scrambled eggs (guna 3 biji)
1/2 batang Lobak merah (disagat)
Kulit popia
air atau bancuhan tepung untuk gam bungkus popia

Cara penyediaan
  1. Panaskan butter, buat scrambled eggs. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan sedikit butter untuk tumis bawang holland dan bawang putih. 
  3. Masukkan udang cincang, biarkan masak seketika.
  4. Masukkan kacang panjang dan kacau rata
  5. Akhir sekali masukkan scrambled egg dan perasakan dengan serbuk perasa pasti sedap. Kacau rata, kemudian angkat dan letak dalam penapis untuk tapis minyak. Sejukkan seketika sebelum dibungkus dengan kulit popia.
  6.  Lobak yang disagat letak semasa membungkus popia dengan bahan yang ditumis tadi. Bungkus dan gam dengan air atau bancuhan tepung.

Resipi kuah popia goreng

Bahan-bahan
2 ulas bawang putih
7 tangkai cili besar merah
2 sudu cili kisar
1 biji tomato atau boleh guna air asam jawa
garam
gula
air

Cara buat sambal manis pedas
Kisar bawang putih, cili besar merah, cili kisar, tomato, garam, gula dan air secukupnya. Kemudian masak atas dapur sampai mencapai kepekatan yang diinginkan. Sambil tunggu masak tu boleh adjust gula dan garam. 

Sebelum ni saya buat sambal guna cili kering tapi kalau campur cili besar merah tu lagi sedap rasa dia. Itu ikut selera sayalah. Sukatan tu saya agak-agak je macam gula, garam dan air tu. Kadang adjust lupa berapa sukatan dia.


8 comments:

  1. Baru sekejap makan kuih popia basah. Beli di gerai jalanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu popia basah. Teringat popia Kuala Kangsar yang sedap tu.

      Delete
  2. Meriah inti popianya tu Fizah.
    Firdaus kalau nampak gambar ni mesti terus terliur dia! Apalagi ada sosnya sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka buat inti meriah macam tu. Puas hati makan. Kalau Firdaus request mesti mommy akan buat :)

      Delete
  3. wak tetap kagum dgn hasil fotografi cikfizah nih., ohsem ;p

    ReplyDelete
  4. Hehe suka popia goreng letak sayur.
    Apa jenis popia akak suka. Betul itu ikut selera letak apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Suka popia goreng inti sayur. Extra sayur lagi sedap. A'ah buat ikut selera kita :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.