Resipi Rahsia Ikan Goreng Luar Biasa Sedap. Garing Di Luar Lembut Di Dalam

Resipi ikan goreng simple terpaling mudah guna 2 bahan je, garam dan serbuk kunyit. Orang panggil ikan goreng kunyit. Ikan goreng kunyit sedap memang sedap berbanding goreng dengan garam je.

Tapi ada lagi resipi ikan goreng sedap. Terpaling sedap!

Pernah nampak ada orang kongsi resipi di facebook guna bahan tambahan, iaitu asam jawa. Jadilah resipi ikan gorng asam jawa.

Selain guna garam dan serbuk kunyit, tambah asam jawa ikan goreng jadi luar biasa sedap dia. Tak percaya? Silalah cuba dulu. Dah rasa baru tahu!

Ikan, kalau nak sedap luar garing dalam lembut kena goreng sekejap je jangan dibiarkan terlalu lama nanti isinya akan jadi sedikit keras. Goreng sampai masak tapi tak perlu lama. Nanti isinya lembut juicy rasa ikan.

Lagipun bila letak asam jawa ni kalau digoreng lama-lama, ikan cepat berubah jadi warna hitam. Dapat warna macam ni dah cantik dah pada saya. Ikan pun cepat masak bila digoreng.

resepi ikan goreng sedap

Suka makan ikan goreng dengan garam, serbuk kunyit dan asam jawa. Saya guna pes asam jawa adabi dalam bekas tu je senang. Paling best dapat ikan kembung. Wajib goreng lebih sebab tak cukup seekor. 

Ikan goreng, lawan dia sambal belacan lah! Tapi encik suami bukan pemakan sambal belacan. Kita cicah sambal gesek je lah. 

resepi ikan goreng sedap garing

Tambah lagi ada ulam-ulaman dan curah kicap atas nasi panas sikit. Uishh...menjemput selera sungguh! Ikan goreng ni kalau jenis banyak tulang kena kelar banyak banyak biar tulang dia tu garing terus kunyah senang nak makan. 

Jenis ikan tak banyak tulang, kita kelar ikut suka lah ikut saiz ikan juga. Kalau besar, banyak lah kelar dia. Ada yang kelar serong, ada yang kelar memanjang. Ikutlah nak kelar macamana. Ikut undang undang dapur sendiri.

Kalau masak dapur orang, kena tanya dulu nak kelar macamana. Bukan tak pandai masak tapi lebih menghormati undang udang masak dapur orang. Bukan begitu?


22 comments:

  1. Tak pernah pula bubuh asam jawa.. Menarik untuk dicuba..

    ReplyDelete
  2. Keluarga sebelah Encik Suami kalau goreng ikan, bubuh garam dengan asam jawa saja. Dulu Kak Amie tak biasa, sebab belah Kak Amie bubuh garam dengan kunyit. Jadi, selalulah kalau goreng ikan di rumah mentua, hasilnya hitam dan keras! lama-lama pandailah goreng ikan yang lembik-lembik ikut selera MIL & FIL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh..garam dengan asam jawa sahaja ye. Macam sedap juga begitu. Dia akan jadi hitam dan keras kalau goreng lama. Kena goreng sekejap asalkan masak je kaedahnya. Sedap dapat ikan isinya lembik didalam. Sekarang kak Amie dah master goreng ikan dah :)

      Delete
  3. Ooh..biasa letak garam, kunyit je. Lepas ni bolehlah akak cuba letak sekali pes asam jawa. Nampak sangat menggoda ikan goreng Fiza 😋

    Betul la tu, kalau masak selain dapur kita, apa2 pun kena tanya ikut kebiasaan tuan dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah Kak. Biasa kita letak garam dan serbuk kunyit je kan. Kalau tambah asam jawa bertambah sedapnya kak. Cubalah nanti. Goreng jangan lama-lama, asal masak gitu.

      Ye, begitulah kita ikut peraturan dapur :)

      Delete
  4. Peenah buat sekali...sedap... especially guna ikan kembung... goreng plak time2 nak makan tu kan..sedap makan panas-panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan kak. Ikan kembung terpaling sedap buat goreng macam ni. A'ah, nak makan baru goreng. Barulah sedap macam tu makan panas panas dengan nasi panas.

      Delete
  5. Pernah buat sekali, guna ikan kembung. Memang lain rasanya. Tp selalu bila goreng ikan asyik terlupa je nak letak asam jawa sbb dah terbiasa guna kunyit & garam je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain macam sedap kan kak. Itulah tu, kadang terlupa juga nak ambil pes asam jawa dalam esbok. hehe..pastu menyesal lupa nak letak.

      Delete
  6. My mum pun letak asam jawa kalau goreng ikan. Kita kalau goreng letak garam kunyit aje. jenis pemalas. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap lagi letak asam jawa, kan? Kena beli jenis dalam bekas senang nak gaul sekali. Kalau jenis bungkus ada biji sekali tu agak malas jugaklah nak ambil. hehe...

      Delete
  7. Wah bagus tips tu tp k ret suka makan ikan garing2... Heehe pastu cicah sambal kicap.. Mng 2x la tmbh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goreng sekejap tapi garing yang tak keras. Isi pun lembut. Sedap! Harus tambah nasi lah kan. hehehe...

      Delete
  8. arwah mama penah buat letak asam jawa tapi ada rasa pedas2 juga ikan gorengnya

    ReplyDelete
  9. akak sampai JB ni pelik, kenapa goreng ikan tak letak asam jawa? hahaha..sebab dari kecik memang mak akak letak asam jawa masa goreng ikan..untuk hilangkan bau hanyir juga dan bagi ikan nampak cantik warnanya..mostly keluarga mak kat Bintulu buat camtu..tapi awas, api jangan besar sangat/minyak jangan terlalu panas masa mula2 nak menggoreng sebab nanti boleh jadi hangus..hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya orang Sabah Sarawak memang guna 3 bahan ni untuk goreng ikan. Betul betul, untuk hilangkan hanyir pun ye. Itu yang jadi sedap lagi tu kan. Dia pakej hangus dan hitam kalau tak aware api tu. hihi...

      Delete
  10. menarik jugak letak asam jawa. boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  11. bolehlah cuba nnt. sy mmg hantu ikan goreng. mkn dgn nasi pun dah ckp. tambah kicap sikit hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.