Salam Maulidur Rasul 2022 : Tema Sambutan Maulidur Rasul 1444H Dan Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW
Salam Maulidur Rasul 2022 1444H. Hari Maulidur Rasul 2022 cuti umum bagi seluruh negeri di Malaysia. Tarikh cuti Maulidur Rasul 2022 Di Malaysia jatuh pada tarikh berikut:
- 8 Oktober 2022 (Sabtu)
- 9 Oktober 2022 (Ahad) (12 Rabiulawal 1443H)
- 10 Oktober 2022 (Isnin) Cuti ganti
Sempena Maulidur Rasul 2022 negeri yang cuti hari Ahad adalah semua negeri. Cuti Hari Isnin pula semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu.
TEMA & SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2022 / 1444H
12 Rabiulawal, tarikh Maulidur Rasul dalam Islam adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi.
Keperibadian Nabi Muhammad sangat terpuji dan perjuangannya perlulah kita renungi kembali dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan yang terbaik.
Sambutan Maulidur Rasul 2022
Di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mengingati Rasulullah SAW.
Sambutan Maulidur Rasul 1444H tahun 2022 peringkat kebangsaan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC) pada hari Ahad, 9 Oktober 2022.
Siaran langsung Sambutan Maulidur Rasul 2022 akan bersiaran melalui saluran televisyen dan radio RTM.
Siaran langsung Sambutan Maulidur Rasul 2022 akan bersiaran melalui saluran televisyen dan radio RTM.
Lazimnya pada hari sambutan Maulidur Rasul akan ada acara perarakan yang diiringi dengan selawat dan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW, program majlis ilmu, forum perdana dan pengisian yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW.
Selain menyertai acara ini, antara amalan yang boleh dilakukan oleh individu ketika menyambut Maulidur Rasul adalah berpuasa.
Tema Maulidur Rasul 2022
Sambutan Maulidur Rasul 1444H tahun 2022 bertemakan “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.Senarai Tema Sambutan Maulidur Rasul dari 2001-2022
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1423H / 2001 : Perpaduan Pemangkin Pemangunan Ummah
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1424H / 2002 : Perpaduan Pemangkin Ummah
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1425H / 2003 : Bersama Hayati Keindahan Islam
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1426H / 2004 : Kedatangan Muhamad Rasulullah Membawa Rahmat Kepada Alam
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1427H / 2005 : Negara Maju Matlamat Kita
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1428H / 2006 : Keunggulan Ilmu Teras Kegemilangan Ummah
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1429H / 2007 : Insan Cemerlang Insan Terbilang
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1430H / 2008 : Insan Cemerlang Insan Terbilang
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1431H / 2009 : Wahdah Pemangkin Khaira Ummah
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1432H / 2010 : Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1433H / 2011 : Satu Malaysia Satu Ummah
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1434H / 2012 : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1435H / 2013 : Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1436H / 2014 : Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1437H / 2015 : Perpaduan Nadi Transformasi Negara
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1438H / 2016 : Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1439H / 2017 : Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1440H / 2018 : Menyantuni Umat Membawa Rahmat
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1441H / 2019 : Negara Rahmah Ummah Sejahtera
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1442H / 2020 : Ummah Rabbani, Negara Harmoni
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1443H / 2021 : Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1444H / 2022 : Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran
Bersempena sambutan Maulidur Rasul 2022, Marilah kita ambil peluang menghayati perjuangan dan mencontohi baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga mencapai kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.
Hidupkan sunnah Rasullullah yang mana mampu untuk kita lakukan. InshaAllah... Semoga ikutan sunnah semakin bertambah cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW.
Jom berselawat! Bukan hanya sempena maulidur rasul tapi jadikan amalan untuk hari-hari biasa juga.
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدSelawat Maulidur Rasul jawi dan rumi serta maksudnya
Sollallahu ‘ala Muhammad
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Sollallahu ‘alahi wasallam
Selawat salam dipohon lagi
Sollallahu ‘alahi wasallam
Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Sollallahu ‘ala Muhammad
Selawat Allah ke atas Muhammad
Sollallahu ‘ala Muhammad
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Sollallahu ‘alahi wasallam
Selawat salam dipohon lagi
Sollallahu ‘alahi wasallam
Selawat salam dipohon lagi
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Ya Nabi Salamun ‘Alaika
َWahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Ya Rasul Salamun ‘Alaika
َWahai Rasul, salam atasmu
Ya Rasul Salamun ‘Alaika
َWahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Ya Habibu Salamun ‘Alaika
َWahai kekasih, salam atasmu
Ya Habibu Salamun ‘Alaika
َWahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Solawatullah ‘Alaika
َSelawat Allah ke atasmu
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Ashraqol badru ‘alaina
Bulan purnama menyinari kita
Solawatullah ‘Alaika
َSelawat Allah ke atasmu
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Ashraqol badru ‘alaina
Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Fakhtafat minhul buduuru
ُHilang segala cahaya
Fakhtafat minhul buduuru
ُHilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Misla husnika maa roainaa
Indah menawan tak pernah dilihat
Misla husnika maa roainaa
Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Qotthu ya wajhas-sururi
Wajah gembira sepanjang hayat
Qotthu ya wajhas-sururi
Wajah gembira sepanjang hayat
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Anta syamsun anta badru
ٌKaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Anta nuurun fauqa nuuri
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
Anta nuurun fauqa nuuri
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Anta iksiirun wargholii
Kaulah rahsia hidup mulia
Anta iksiirun wargholii
Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Anta misbaahus-suduuri
Kaulah menyuluhi jiwa
Anta misbaahus-suduuri
Kaulah menyuluhi jiwa
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Ya Habibi Ya Muhammad
Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Ya ‘Arusal khofi qoini
Wahai pendamping indah sejagat
Ya ‘Arusal khofi qoini
Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
Ya Muayyadu ya mumajjad
Wahai Nabi dijulang dipuja
Ya Muayyadu ya mumajjad
Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Ya imamal Qiblataini
Wahai imam 2 kiblat
Ya imamal Qiblataini
Wahai imam 2 kiblat
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Man ra’A wajhaka yas’ad
Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Ya Karimal walidaini
ِWahai penghulu keturunan mulia
Ya Karimal walidaini
ِWahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Haudukas-sofil mubarrad
Kolam airmu sejuk jernih
Haudukas-sofil mubarrad
Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Wirdunaa yauman-nusyurii
Kunjungi kami pada hari akhirat
Wirdunaa yauman-nusyurii
Kunjungi kami pada hari akhirat
‘Alimussirri wa ahfaa
Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Mustajibud-da ‘awati
Dialah menyahut semua seruan
Mustajibud-da ‘awati
Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Robbi irhamna jamii’a
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
Robbi irhamna jamii’a
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Bijami’is-solihati
Dengan segala amalan soleh
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Wasolatullah ‘ala ahmad
Selawat Allah ke atas Muhammad
Bijami’is-solihati
Dengan segala amalan soleh
Wasolatullah ‘ala ahmad
Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
'Adda tahriris-suthuri
Sebanyak baris kertas ditulis
'Adda tahriris-suthuri
Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmadul hadii Muhammad
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
Ahmadul hadii Muhammad
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Sohibul wajhil muniri
Empunya wajah berseri menawan
Sohibul wajhil muniri
Empunya wajah berseri menawan
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Sollallahu ‘ala Muhammad
Selawat Allah ke atas Muhammad
Sollallahu ‘ala Muhammad
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Sollallahu ‘alahi wasallam
Selawat salam dipohon lagi
Sollallahu ‘alahi wasallam
Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Sollallahu ‘ala Muhammad
Selawat Allah ke atas Muhammad
Sollallahu ‘ala Muhammad
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Sollallahu ‘alahi wasallam
Selawat salam dipohon lagi
Sollallahu ‘alahi wasallam
Selawat salam dipohon lagi
BIODATA RASULULLAH SAW
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
Hukum Sambutan Maulid Nabi
Sungguhpun ia sudah menjadi kelaziman, sesetengah pendapat mengatakan bahawa hukum menyambut Maulidur Rasul adalah bidaah dan patut dihentikan.
Walau bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa sambutan ini adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:
- Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
- Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
- Menutup aurat.
- Tiada unsur maksiat.
- Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW.
- Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.
Kesimpulannya, hari ini menjadi peluang kepada umat Islam untuk menghayati serta mengambil iktibar daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.
Rujukan: https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1048-bayan-linnas-siri-ke-80-hukum-menyambut-maulid-al-rasul
Rujukan: https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1048-bayan-linnas-siri-ke-80-hukum-menyambut-maulid-al-rasul
Bila berselawat beramai-ramai dengan khusyuk...rasa nak nangis..ada satu rasa syahdu dan rindu..
ReplyDeleteSelamat bercuti 3 har
Betul, bila menghayati akan ada'rasa' itu.
DeleteSelamat bercuti juga mama cella.
Salam MAulidurasul buat Fizah sekeluarga
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul KakRet dan keluarga :)
DeleteSalam maulidurrasul
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul wak :)
Deleteohhh tema tahun ni ikut slogan PM9 ye
ReplyDeleteYe, tetap ada Keluarga Malaysia.
Delete