Semangkuk Mi Maggi Untuk Pencinta Sayur
Asal petang je hujan, asal hujan je petang. Cuaca tak menentu sekarang ni. Bila hujan turun, perut mulalah meminta minta. Terasa nak makan mi maggi lah pulak. Masak mi maggi jenis berkuah sedap hirup panas panas semasa hujan ni.
Apa tunggu lagi. Ke dapurlah kita. Didihkan air, rebuskan mi maggi dan toskan. Panaskan minyak masak sesudu, tumiskan cili api dan bawang putih. Masukkan air dan udang seketul dua. Kemudian masukkan cendawan tiram, white crab mushroom dan sawi bunga.
Masukkan mi maggi yang dah direbus tadi. Akhir sekali baru masukkan perencah mi maggi dan kacau rata. Baru terasa rasa kari tu. Kalau letak awal nanti rasa kari tu kurang sebab rasa cendawan tu take over. Begitulah masak maggi ikut selera saya. Lain mulut, lain selera.
Apa tunggu lagi. Ke dapurlah kita. Didihkan air, rebuskan mi maggi dan toskan. Panaskan minyak masak sesudu, tumiskan cili api dan bawang putih. Masukkan air dan udang seketul dua. Kemudian masukkan cendawan tiram, white crab mushroom dan sawi bunga.
Masukkan mi maggi yang dah direbus tadi. Akhir sekali baru masukkan perencah mi maggi dan kacau rata. Baru terasa rasa kari tu. Kalau letak awal nanti rasa kari tu kurang sebab rasa cendawan tu take over. Begitulah masak maggi ikut selera saya. Lain mulut, lain selera.
Sedap ditambah cendawan banyak. Mulanya nak letak cendawan tiram je tapi ada stok white crab mushroom tu, nak habiskan campur je dalam mi maggi. Sedap pun sedap! Inilah dia semangkuk mi maggi untuk pencinta sayur.
Ikutkan nak tambah taugeh, tauhu dan kobis. Ehhh..dah macam kimchi jjigae lah pulak. Kalau ada kimchi ni lagi sedap campur dalam mi maggi. Dengan rasa masam masam dia tu kan.
Telur bukan lupa letak, saja biarkan mi maggi tanpa telur. Rupa tak berapa nak menawan tapi selera itu tertawan sudah.
perghhh rajin nya dia letak sayur2 heheh... kita slalu buat kosong je.. paling pun just letak telur je :D
ReplyDeleteAda sayur baru sedap makan. Suka sayur lagi daripada telur. Kadang kosong pun layan juga kalau dah takde stok rencah lain :)
DeleteSedapnya maggi ada tambah sayur macam-macam. Mrs. A kalu maggi bodo jer hahaha
ReplyDeleteIni kalau ada stok kak. Kalau takde, kosong bodo gitu pun berselera makan :)
DeleteRupa dah cukup menawan tu Fiza, macam2 ada.
ReplyDeleteSamalah kat utara ni, hampir tiap petang hujan. Ni tadi hujan juga, tapi dah panas balik. Bolehlah sambung jemur baju.
Hihi..letak apa yang kita suka :)
DeleteItulah tu, hujan setiap petang. Kadang kejap kadang lama hujan dengan mendung gelap. Lambat sikit baju kering.
sedapnya mkn maggi time hujan2 ni..
ReplyDeleteKann...dia macam makanan terpaling sedap masa hujan :)
DeleteWah, mi maggi kayangan ni Fizah. Macam-macam ada, udang, cendawan, sawi bunga...memang sedap tu!
ReplyDeleteKayangan bawah sikit kak Amie, nak lagi kayangan kena ada telur sebiji tu. hehehe...
DeleteShedap nmpk 🤩🤩
ReplyDeleteIkut tekak saya kira lulus dah ni :)
DeleteBagi saya habis menawan dah ni. Lapar pulak baca ni dalam bas on the way balik keje
ReplyDeleteHihi..menawan selera. Memang lapar kalau balik kerja nampak makanan. Harap dapat menjamu selera sedap sedap balik kerja :)
DeleteMusim hujan ini kalau makan maggi malam-malam memang best. hehe
ReplyDeleteTahu takpe! Nikmat betul kalau dapat makan maggi masa hujan sejuk kan.
DeleteNi megi cerdik ni..mungkin dah ada stpm..biasanya saya letak telur tu pun dah terrajin haha..
ReplyDeletebarulah macam dekat gambar paket gambar sekadar hiasan...ah kecur liur sudah
Hihi..level up sikit. Dasyat tu! Baru betul masak macam dalam gambar kan.
DeletePasni masuk dapurlah masak mi maggi :p
Saya baca ini saat Jakarta tengah diguyur hujan lebat. Jadi teringin sangat mie rebus macam tuh 😄😄🤤. Saya pun kalo bikin mie instan, selalu pakai sayur kak. Lagi sedap memang. Telur saya tak suka, tapi sayur wajib lah . Daaan irisan cabe rawit pastinyaa biar pedas mantap 👍
ReplyDeleteYa, sama selera kita suka sayur lagi berbanding telur. Rasa pedas tu wajib ada, saya suka tumis daripada hirisan. Hujan hujan memang sedap menikmati maggi berkuah.
DeleteSedapnyaa
ReplyDeleteNk kena beli maggi kari ni
Nanti boleh beli dan masak tambah extra sayur cendawan.
Delete