Singgah Membeli Kopi Di Bianglala Cafe, Buana Kita Glamping & Event
Petang semalam sempat jugalah berlanglang ke Rembau, Negeri Sembilan. Hajat dihati nak pergi menyedut secawan kopi sejuk sambil menikmati suasana cafe yang dikelilingi alam flora dan fauna. Dah lama sebenarnya simpan hajat, baru semalam dapat jejak ke Bianglala Cafe, Buana Kita Glamping & Event di Pedas, Rembau, Negeri Sembilan.
Lebih kurang 10 minit menunggu, air kopi yang dipesan pun siap. Ada tempat khas untuk pick up. Tempat order sebelah depan dan tempat ambil tempahan sebelah tepi. Menarik tempat letak kopi beralaskan potongan batang kayu.
Sambil menunggu tu ambillah juga gambar sekitar mana yang tiada orang. Ikutkan kalau tak hujan, nak je duduk duduk lepak bawah payung berkerusi batu ni. Tapi hujan, kita pandang je lah.
Glamping = glamourous camping
Semasa masuk ke sini melalui jambatan ditemani hujan rintik-rintik.
Sebelum sampai ke jambatan tu, nampaklah signbord Buana Kita tempat glamping. Air sungai mengalir deras. Seram pulak kita wak!
Facebook : Buana Kita
Instagram : buanakita.my
Walaupun hujan pejur, tetap juga nak pergi sementara encik suami ada kelapangan. Kalau tidak, bila lagi kan? Sampai di Bianglala Cafe, hujan rintik rintik air bergelora. Jadinya kami singgah membeli kopi di Bianglala Cafe je lah.
Tak sempatlah nak berlamaan lepak disitu sambil menikmati kopi. Sementara menunggu kopi, ambillah gambar mana yang sempat. Ada pelanggan lain saya malas nak menghala kamera ke arah mereka.
Tak sempatlah nak berlamaan lepak disitu sambil menikmati kopi. Sementara menunggu kopi, ambillah gambar mana yang sempat. Ada pelanggan lain saya malas nak menghala kamera ke arah mereka.
Instagrammable hotspot! Wajib ambil gambar kat sini ye. Cantik signboard cafe dengan tulisan 3D.
Lebih kurang 10 minit menunggu, air kopi yang dipesan pun siap. Ada tempat khas untuk pick up. Tempat order sebelah depan dan tempat ambil tempahan sebelah tepi. Menarik tempat letak kopi beralaskan potongan batang kayu.
Sambil menunggu tu ambillah juga gambar sekitar mana yang tiada orang. Ikutkan kalau tak hujan, nak je duduk duduk lepak bawah payung berkerusi batu ni. Tapi hujan, kita pandang je lah.
Perasan tak khemah kat belakang tu? Bianglala Cafe terletak dalam kawasan Buana Kita Glamping & Event. So nampaklah khemah disana sini. Siapa minat glamping bolehlah rasakan pengalaman glamping di Buana Kita Glamping ni. Boleh juga adakan event kat sini macam birthday party ke, wedding ke dan lain-lain yang bersesuaian.
Glamping = glamourous camping
Sementara menunggu kopi tu ternampak ada seekor arnab gebus gebas. Rupanya memang dibiarkan bebas berkeliaran. Nak ambil gambar macam jauh pulak.
Saya order kopi mocha dan macchiato. Rasa dia so so je untuk keduanya. Harga murah sikit dari biasa. Kira okaylah tu buat merasa. Selain kopi order donut 2 biji. Tak sempat nak ambil gambar dah habis dalam kereta.
Donut sedap dengan topping chocolate dan colourful chocolate rice. Donut masih panas dan gebu. Memang sedap! Itu yang habis cepat tu.
Semasa masuk ke sini melalui jambatan ditemani hujan rintik-rintik.
Sebelum sampai ke jambatan tu, nampaklah signbord Buana Kita tempat glamping. Air sungai mengalir deras. Seram pulak kita wak!
Buana Kita Glamping & Event
Alamat: Lot 65, Jalan Kampung Gaing, Pedas, 71400 Rembau, Negeri SembilanFacebook : Buana Kita
Instagram : buanakita.my
bianglala = pelangi
berlanglang = meronda,mengembara
buana = dunia
Wow nampak sedap
ReplyDeleteSedap juga.
DeleteBlk kg blm berkesempatan singgah kt sini..padahal slalu je plan nk camp kt situ.. Sokmo x menjd je😂😂
ReplyDeleteOh ye ke? Tengah cari port glamping lah ni ye. Nanti boleh plan kat sini. Dekat sikit ngan KL kan. Nanti boleh review :)
DeleteBanyak oerkataan baru diperkenalkan.
ReplyDeleteBaru tahu maksud bianglala.
Ya, perkataan baru yang menarik :)
Deleteunik namanya bianglala...kedai org jual kopi sgt byk sgt...kalo view cantik mmg tumpuan ramai
ReplyDeleteYa, pelangi maksudnya. Betul, sekarang banyak kedai kopi. View cantik dan suasana tu yang buat orang tertarik nak datang.
Delete