Starbucks Iced Caramel Macchiato, Green Tea Cream Frappucino & Dark Mocha Frappucino

Terasa macam nak minum kopi, pesan pada encik suami singgah membeli kopi Starbucks semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Drive thru kan je senang. 

Hari Rabu semalam dapat offer cuma RM10 untuk saiz grande frapp. Maka, encik suami pesanlah green tea cream frappucino dan saya masih setia dengan iced caramel macchiato! 

iced caramel macchiato

Kena pilih susu low fat sebab tak boleh minum full cream nanti mulalah ragaman perut. Pernah cuba soya milk tak silap, ke order tempat lain entah. Macam ingat ingat lupa rasa dia.

iced caramel macchiato

Pertama kali sebenarnya cuba green tea Starbucks. Fahamlah kenapa orang cakap green tea Starbucks juga sedap. Ye, sekarang dah faham. Memang sedap! Creamy nyummy, terasa green tea pekat dan berlemak dengan cream. 

Next time kena cuba green tea latte pulak.

green tea cream frappucino

Starbucks Deal! Every Wednesday in October

  • Get your next grande-sized Starbucks Frappuccino for only RM10
  • 5th – 26th October 2022, Every Wednesday (5:00 pm – 8:00 pm)
  • Applicable at all Starbucks outlets except stores at KLIA, KLIA2, Sunway Lagoon & Genting Highlands
  • Price is inclusive of 6% Service Tax
  • Upsize is chargeable at RM1.50
  • Not valid with any other discounts or promotions
  • Not applicable for Reserve and promotional beverages

Sebelum ni pernah juga cuba dark mocha frappucino. Pun Sedap! Sedap pekat memikat rasa dark mocha tu. Tak silap ada tambah blended biscoff kot, staff Starbucks yang recommend. Lupa dah full name menu dark mocha ni.

dark mocha frappucino

Tak pernah sesekali nak custom minuman Starbucks sebab kita pun sesekali je berStarbucks. Menu yang ada pun dah sedap dah setanding dengan harga dia. Kalau custom pastu tak sedap, harga puluh puluh tak berbaloi juga.

Tapi ye lah kan, lidah lain-lain. Of course tak sama citarasa. 

6 comments:

  1. dap dap...oo, ada promo plak hari rabu yer...emmm

    ReplyDelete
  2. iced karamel machiato favorite kita tu... wajib order kalau gi starbuck hehe

    ReplyDelete
  3. Kak Amie pun sesekali saja berstarbucks. Itu pun sewaktu keluar dengan Abang Farid, sebab dia peminat starbucks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh abang Farid peminat Starbucks ye. Beli bila teringin. Nak beli selalu rabak poket. huhu...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.