Tempe Goreng Dan Sambal Kicap Berpisah Tiada
Teringat masih ada baki tempe dalam kulkas yang belum dimasak lagi. Tekak terasa nak makan tempe goreng rangup cicah sambal kicap. Mantul (Mantap betul) kalau dapat makan tempe dengan sambal kicap. Itu cara orang Johor makan lah selain pisang goreng cicah sambal kicap.
Kadang kalau malas, buat tempe goreng tepung bestari pun sedap juga. Rangup dan berperisa.
Sambal kicap dah siap sedia ada. Memang buat stok sambal kicap. Senang bila nak makan pisang goreng ke, tauhu goreng ke, sup ke boleh digandingkan dengan sambal kicap. Baru ngam!
Tempe goreng dan sambal kicap mana boleh berpisah! Lalu, jomlah ke kantor oil and gas kita.
Cara masak tempe goreng sedap
Tumbukkan bawang putih seulas bersama sedikit jintan manis dan biji ketumbar. Harum baunya!
Potong tempe dan hiris nipis sikit. Bancuhkan tepung gandum, garam sikit dan serbuk kunyit dengan air. Tak pekat dan tak cair sangat. Masukkan bahan tumbuk, kacau rata. Panaskan minyak dulu. Masukkan tempe dalam bancuhan tepung.
Potong tempe dan hiris nipis sikit. Bancuhkan tepung gandum, garam sikit dan serbuk kunyit dengan air. Tak pekat dan tak cair sangat. Masukkan bahan tumbuk, kacau rata. Panaskan minyak dulu. Masukkan tempe dalam bancuhan tepung.
Minyak dah panas kita masukan satu satu tempe bersalut tepung dalam minyak panas. Tunggu sampai kekuningan dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.
Menu tempe goreng yang mudah, ditambah dengan menggunakan resipi rahsia bertambah tambah sedap dia. Luar biasa sedap! Resipi tempe goreng sedap dan rangup bukan lagi rahsia, perkongsian dari kakak saya.
baca juga : resipi rahsia tempe goreng sedap dan rangup
Saya goreng 1 pek tempe, potong empat. Kemudian setiap satu tu belah dua jadi nipis sikit. Dapatlah 8 keping tempe. Kalau berniaga ni untung banyak. Jangan kira untung je, kesedapan tu kena terjamin juga. Bila sedap barulah orang akan ulang membeli. Kan?
Suka dengan rasa gabungan bawang putih, biji ketumbar dan jintan manis sebagai pelengkap rasa sedap bancuhan tepung tu. Kali ni guna satu jenis tepung je, tepung gandum. Tepung beras tak ada lah pulak. Pun sedap juga guna tepung gandum sahaja. Kalau nak tahu rasa dia sedap ke tidak, kenalah cuba buat.
Suka dengan rasa gabungan bawang putih, biji ketumbar dan jintan manis sebagai pelengkap rasa sedap bancuhan tepung tu. Kali ni guna satu jenis tepung je, tepung gandum. Tepung beras tak ada lah pulak. Pun sedap juga guna tepung gandum sahaja. Kalau nak tahu rasa dia sedap ke tidak, kenalah cuba buat.
Sambal kicap dah siap sedia ada. Memang buat stok sambal kicap. Senang bila nak makan pisang goreng ke, tauhu goreng ke, sup ke boleh digandingkan dengan sambal kicap. Baru ngam!
betul sangat ni
ReplyDeleteSep sikit :)
DeleteEntah berapa kali berangan nak buat tempe goreng sambal kicap sendiri, tapi, selalu tak jadik sebab fikir, makan sorang, nanti sendiri kena perabih, hehe. Mujur kantin Kak Sab tiap hari ada tempe dengan sambal kicap, dapatlah makan bila2 teringin, masuk aje sekeping dalam polisterin nasi campur.
ReplyDeleteOhh ada port tempe goreng dengan sambal kicap, untunglah camtu. Beli je senang. hehehe...
DeleteWah ternyata tempe goreng populer juga di Malaysia ya. Kalo kecapnya ditambah potongan cabe, lebih yummiii tuh
ReplyDeleteYa, sangat popular di kalangan Javanese. Cili dah blend sekali campur kicap. Tambah potongan cili bertambah pedasnya :)
DeleteUish...sedapnya tempe goreng berempah. Tempe memang favourite akak. Cuma sejak pindah utara ni jarang dapat masak tempe sebab jarang jumpa.
ReplyDeleteOrang Johor mesti suka tempe kan kan. Ohh susah nak jumpa ye. Kat Pasar mesti ada orang jual.
DeleteSaya jadi ingat pas masih tinggal Ama parents, mama suka bikin tempe goreng , makan saja dengan nasi , kecap dan cabe rawit hijau. Itupun sudah sedap sangat 😄👍.
ReplyDeleteSayangnya setelah nikah, saya memang jarang beli tempe, Krn suami dan anak2 tak suka. Jadi belinya pun malas dikit 🤣. Setelah baca tulisan ajak, ntah kenapa jadi nak bikin tempe goreng
Begitulah kalau tak ramai yang suka. Makanan kegemaran kita akan jarang jarang kita makan. Lepas ni bolehlah beli tempe dan buat sendiri.
DeleteAda terfikir untuk buat tempe goreng makan begitu sahaja akhir-akhir ini.
ReplyDeleteTq kongsi resipi. Selalu buat yang letak kunyit dan garam sahaja.
Nanti cuba olahkan resipi macam ni pulak. Kalau sedap boleh buat lagi :)
Deletemakan hari2 pun tak jemu
ReplyDeleteSetuju wak. Sedap goreng atau buat masak sambal ke, campur lontong ke kan.
DeleteSedapnya
ReplyDeleteSangatttt...
DeleteSini susah nak dapat tempe. hehe
ReplyDeleteKena cari di pasar mesti ada :)
DeleteWah, Fizah dah pandai sebut kulkas!
ReplyDeleteCerita tentang tempe ni, Kak Amie teringat keenakan tempe mendoan yang dijual di Penanjakan sewaktu kami melihat Gunung Bromo di Surabaya tahun 2017. Menyesal pula sebab beli sekeping sebab sangat sedap. Tahun 2019 sekali lagi datang ke situ, salah satu tujuannya sudah tentulah hendak beli tempe goreng mendoan itu. (Mendoan : setengah masak dan lembik). Sayangnya tempat berniaga sudah berubah, dan tak jumpalah penjual tempe goreng mendoan itu!
Hihi..sesekali guna ganti peti ais. Mesti rasa kecewa sangat bila datang dah tak ada. Kena buat sendiri lah nampaknya tu Kak Amie. Cari resipi asal sana kalau jumpa boleh buat. Mana tahu ada rasa sikit sikit lebih kurang.
Delete