Tonton Episod Akhir Drama Aku Tanpa Cintamu
Tonton episod akhir Drama Aku Tanpa Cintamu malam ni Khamis, pukul 10:00 malam di Slot Samarinda TV3. Juga boleh tonton Drama Aku Tanpa Cintamu live streaming online menerusi portal tonton (www.tonton.com.my) atau aplikasi tonton.
TAMAT!
Drama ini boleh bagi kesedaran pada orang ramai betapa pentingnya didikan yang betul, hidup berkasih sayang, jangan sesekali menggunakan kekerasan atau berkata-kata yang tidak elok.
Yang mengikuti drama ni pasti tak sabar nak tahu ending drama Aku Tanpa Cintamu. Menjadi betul watak Adam lakonan Zamarul Hisham yang dibenci ramai. Sama naik dengan watak Datuk Mazlan dalam drama Tiada Maaf Bagimu, gatal miang keladi.
Sakit otak dan sakit mental tengok manusia macam Adam ni. Kesian isteri dia Nuha, lakonan Bella Astilah yang bukan je dipukul didera tapi mental pun terdera sekali. Penderaan fizikal dan mental sekaligus. Tapi tulah Nuha bertahan je sebab cinta.
Depan orang, Adam ni bukan baik lagi macam Malaikat. Pijak semut pun tak mati! Sepak terajang tu dah jadi mainan Adam. Adam jadi begitu disebabkan didikan dari kecil yang diasuh dengan cara yang salah. Hidup tanpa kasih sayang dan bertuhankan duit.
Cerita tentang keganasan rumah tangga ni banyak berlaku dalam kehidupan sebenar. Ramai para isteri yang bertahan sampai tak tertahan baru buat report.
Rumah Adam pun dah disita. Mama Adam pun tak nak Adam duduk dengannya. Dia suruh Adam duduk rumah sewa. Mama Adam samakan Adam dengan ayahnya. Adam memang pantang kalau mama dia samakan dia dengan ayahnya.
Nuha melawat Adam di penjara. Tak sanggup Nuha nak tengok keadaan Adam yang bercakap sorang sorang dalam penjara.
Nak kesian atau nak geram dekat Adam? Dah tentu ramai yang geram dengan Adam. Siapa je tak emosi tengok drama macam ni. Adakah Nuha akan kembali bersama Adam dan memaafkan Adam?
Drama Aku Tanpa Cintmu Episod Akhir
Dengan rasa tak puas hati, Adam serang Nuha di luar mahkamah. Ketika itu Nuha ditemani Syura. Tak dapat pukul Nuha, Syura pun dipukul sekali. Dari dulu aku menyampah tengok kau, kau pengkid ke apa. Kata Adam pada Syura.
Nuha menasihati Syura supaya berhenti bergaduh. Syura tetap pertahankan Nuha. Kau ingat negara ni tak ada undang undang ke, jawab Syura.
Mereka berlalu pergi. Adam berpesan "Abang tak akan lepaskan Nuha, gantung tak bertali okay!
Adam tak nak lepaskan Nuha, beritahu Nuha pada mamanya. Kesian Nuha. Dia terkenangkan semula saat bertemu dan kenangan bersama Adam sehingga jadi begini.
Adam bergaduh teruk dengan mamanya. Mama Adam suruh fight sampai dapat semua harta.
Mama : Itu masalah Adam, Adam selesaikan sendiri!
Adam : Bila anak terduduk, buat buat tak tahu.
Peduli apa aku tengking Adam pada mama. Mama samakan perangai Adam dengan ayahnya.
Nuha nekad taknak kembali semua pada Adam. Tak berbincang apa apa lagi sebab Nuha tahu Adam jenis susah dibawa berbincang. Nuha pun tak berani nak bersemuka dengan Adam.
Mama Adam datang berjumpa dengan Nuha. Boleh pulak dia tuduh Nuha mengandung anak orang lain. Siap suruh buat ujian DNA lagi. Nuha kemurungan dan mabuk teruk alahan mengandung.
6 bulan kemudian...
Perut Nuha dah mula membesar. Papa Nuha berjumpa dengan Adam untuk berbincang hal Nuha dan Adam. Adam nak Nuha kembali padanya dan dia takkan pujuk Nuha. Katanya Nuha yang lari sepatutnya dia kena balik sendiri tanpa saya pujuk dia.
Boleh pula dia kata, kalau Nuha nak minta cerai boleh tapi kena bayar lah. Eh eh...menyirap je dengar kan!
Seronok mama Adam dengar pasal duit.
Akhirnya mereka bercerai dan Adam pun dah dapat cek dengan amaun yang diminta. Tapi bukan itu yang Adam nak sebenarnya. Dia masih sayangkan Nuha katanya.
Nuha bersyukur semua urusan hampir selesai dan Nuha akan sambung belajar.
Nuha pulangkan semula hantaran pada Adam seperti yang Adam minta. Semasa Nuha pulangkan hantaran, Adam buat video live dan tuduh Nuha bukan bukan. Mama Adam pun ikut sama berlakon katanya anak dalam perut Nuha anak lelaki lain.
Adam macam play victim lah salahkan Nuha.
Linda, bekas isteri Adam berjaya menuntut segala harta dari Adam. Skandal Adam yang juga rakan sekerja Adam pun nak tuntut duit dari Adam. Adam naik angin campak buku dan sepak buku. Ish ish..mengamuk Adama bukan boleh buat main, sesiapa pun dia boleh pukul! Dasar kaki pukul!
Rumah Adam pun dah disita. Mama Adam pun tak nak Adam duduk dengannya. Dia suruh Adam duduk rumah sewa. Mama Adam samakan Adam dengan ayahnya. Adam memang pantang kalau mama dia samakan dia dengan ayahnya.
Adam pukul mamanya dengan pasu bunga. Mama Adam koma di Hospital. Adam ditangkap polis dan masuk penjara. Adam jadi gila.
Nuha melawat Adam di penjara. Tak sanggup Nuha nak tengok keadaan Adam yang bercakap sorang sorang dalam penjara.
Nuha susah nak melupakan apa yang telah terjadi dalam usia muda ni. Banyak ujian yang telah dilaluinya.
Hadi melamar Nuha untuk jadi ayah angkat kepada anak yang bakal Nuha lahirkan. Lahh..ingatkan nak kahwin dengan Nuha.
4 tahun kemudian...
Nuha menulis tentang manusia yang Narcissistic Personality Disorder (NPD).Istilah Narcissistic (pemuja diri) lebih diketahui oleh masyarakat umum sebagai gambaran individu yang mempunyai rasa percaya diri yang tinggi. Individu sebegini lebih cenderung mengasingkan diri daripada masyarakat dan mementingkan diri sendiri.
Mereka berasa orang lain tidak setanding dengan mereka dan mereka tidak perlu mendengar pandangan orang lain. Malah, mereka berpendapat mereka sahaja yang betul dan orang lain semua salah. Jenis manusia sebegini tidak asing dalam kalangan pasangan di Malaysia.
Cuma segelintir orang yang tahu apakah sebenarnya orag yang sebegini. Narcissistic (pemuja diri) merujuk kepada individu yang serinng menunjukkan kekaguman berlebihan terhadap diri sendiri atau rupa parasnya, berasa dirinya sentiasa penting, sentiasa mahukana perhatian dan kekurangan empati terhadap orang lain.
Secara ringkasnya, kesemua perkara dalam kehidupan seorang Narcissistic (pemuja diri) adalah berkaitan aku, aku dan aku. Mereka merasakan orang lain tidak lebih penting daripada diri mereka.
TAMAT!
Drama ini boleh bagi kesedaran pada orang ramai betapa pentingnya didikan yang betul, hidup berkasih sayang, jangan sesekali menggunakan kekerasan atau berkata-kata yang tidak elok.
Disebabkan suami mental macam inilah yang buatkan isteri depressed dan anxiety. Baru-baru ni ada banyak kes isteri nak terjun jambatan sebab suami yang pentingkan diri tak prihatin dengan isteri dan anak-anak. Keluarga diabaikan. Kesian...
LAGU TEMA (OST) DRAMA AKU TANPA CINTAMU
Lagu : Menahan Luka
Penyanyi : Azzam Sham & Sheryl Shazwanie
Penyanyi : Azzam Sham & Sheryl Shazwanie
Komposer : Zai Hamzah
Lirik : Achoi Floor 88
Lirik Lagu Menahan Luka - Azzam Sham & Sheryl Shazwanie
Menanti jawapan
Meleraikan simpulan
Hati ku derita
Tiada kesudahan
Sakit di dalam jiwa
Tidak terungkap kata
Sendirian diperlakukan
Tak mampu ku lafazkan
Setelah aku
Mengorbankan jiwa
Menyintai kamu
Sepenuhnya..
Inikah balasan
Yang engkau mahukan
Atau sekadar cuma
Satu persinggahan
Bila hati menahan luka
Tak mampu ku meleraikannya
Air mata tidak mampu ku menahankan
Ku harap engkau
Kan bahagia
Setelah engkau bersamanya
Walau pedih ia terasa
Melepaskan dirinya
Saya belum pernah tengok..Semalam Adah wasap suruh tengok..katanya saya kena tengok sebab dia sakit hati sorang2..🤣🤣🤣Sayangnya saya lena awal
ReplyDeleteHihi..pengaruh mak suruh tengok ye. Taknak sakit hati sorang².. Lena awal bagus tu tak sakit hati tengok :)
DeleteRamai jugak tonton cerita di FB. Semalam vira di FB Adam-Nuha. Rupanya drama. Ceh
ReplyDeleteBila dah masing masing emo dengan drama, begitulah jadinya..hehehe
DeleteSaya tengok sekali-sekala saja, dan episod akhir tengok penuh. Drama begini kalau layan sepenuhnya setiap episod memang sakit hati dibuatnya.
ReplyDeleteItulah tu. emosi betul tengok drama macam ni.
Delete