Udang Galah Sungai Masak Berlada

Udang galah dan ikan baung, dua menu wajib kalau balik kampung. Lepas tu tak masak lemak cili api, masak goreng berlada kunyit. Lauk serba kuning sejak dari zaman dulu. Sampai satu hari tu kakak saya pun dah jemu mak asyik masak lauk kuning.

Tapi lauk kuning kuning itulah sampai sekarang jadi lauk kegemaran. Bukan ikan baung mentah je mak bekalkan bawa balik. Mak bagi juga beberapa ekor udang galah sungai. Saiznya tak berapa nak galah sangat. Cukuplah untuk kami berdua makan. 

Ikan baung masak lemak cili api campur belimbing buluh dah selamat masuk perut. Tak kan nak masak lemak cili api lagi kan. 

Bak kata kak Wina :
Tengok bulan ini tema masakan Fiza banyak masak lemak cili api sahaja
Punyalah seronok masak masakan lemak cili api sampai tak perasan asyik masak tu je. Hehe...Jadi, kita masak lainlah ye. Masakan kuning tapi masak berlada lah campur kunyit.

udang galah goreng berlada

Udang galah sungai masak berlada masakan ringkas dan cepat siap. Sedap pun sedap. Udang ni masak apa pun sedap. Kan?


udang galah goreng berlada

Tambah selera makan bila masakan udang galah sungai masak berlada ni pedas sikit. Baru berselera orang Johor dan Nismilan makan. Tak gitu?

Alhamdulillah...

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Fabiayyi alaa’i rabbi-kumaa tukadzdzibaan
Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang Kamu Dustakan ?
- Surah Ar Rahman ayat 13

14 comments:

  1. lauk yang dah jemu dulu tu lah yang jadi nostalgia sekarang kan..bila dapat makan mengimbau kenangan dulu-dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Sampai sekarang rezeki dapat makan udang galah sungai tu. Alhamdulillah...

      Delete
  2. dari haritu dia belanja gambar udang galah....sakit tau hati kita wak sbb kita tak dapat rasa sesama ngan awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. alalala..jangan majuk Ammi. Hope ada rezeki Ammi nanti. Boleh cuba resipi ni :)

      Delete
  3. VM suka sangat masak lemak yang ada belimbing buluh..

    ReplyDelete
  4. Ya ampuuunnn! Udang galah sungai masak berlada pula....sedapnya! Dapat kuahnya gaul dengan nasi pun dah cukup sedap ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap masak ringkas macam ni kak Amie. Saya makan lauk ni dengan nasi je. Tak ada lauk lain. Betul betul menikmati lauk udang je.

      Delete
  5. Untung Fiza dapat selalu makan udang galah. Hehe tidak kisah selalu makan masak lemak cili api kalau tidak bosan sebab pernah dengar ada makcik ini cakap dia kena juga masak lemak cili api hari-hari sebab suami minta
    Suka juga masak berlada sebab suka sambalnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tak selalu sangat kak. Kalau ada tu, dapatlah merasa. Ye kak Wina, macam arwah uwan sebelah suami dulu suka betul makan masakan lemak cili api tanpa jemu.

      Delete
  6. Replies
    1. Tak mok sangat tapi kalau dah namanya udang galah sungai pasti sedap!

      Delete
  7. kalau kuah byk ni memang banjir pinggan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..masak goreng berlada saya biasa masak kuahnya sikit je. Kalau nak kuah banyak kena masak lemak cili api baru boleh banjir :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.