Udang Galah Sungai Masak Lemak Cili Api

Selain ikan baung, ada juga rezeki merasa udang galah sungai. Banyak pula mak simpan stok udang galah sungai. Yelah, bila musim cuti ramai yang akan balik kampung. Bila dah ramai-ramai, kenalah masak udang galah masak lemak cili api. Biar banyak kuahnya. Tak dapat merasa udang dapat merasa kuahnya jadilah kan. 

Udang Galah Sungai

Kali ni dapat udang tak berapa nak galah sangat lah. Udang bersaiz sederhana besar tapak tangan macam tu. 

Udang Galah Sungai Masak Lemak Cili Api

Udang galah sungai ni rasanya manis dan sedap dimasak apa saja. Masak udang galah goreng berlada pun sodap! Goreng begitu pun sedap. Apatah lagi masak lemak cili api. Kann...Lepas tu tambah sehelai daun kunyit. Perghh..Sedap ya amat!

baca juga : 
resipi udang galah masak lemak cili api
resipi udang galah butter

Mulanya nak campurkan buah belimbing buluh tapi nan hado! Yang ada bunga dia je.  Esok esok kalau dah bermusim sampai tak terambil. 

bunga belimbing buluh

Alhamdulillah...Sesekali kita balik kampung dapat merasa masakan kampung yang sedap sedap. Walaupun sendiri masak sendiri makan. Tapi bahan-bahan tu yang jadikan masakan tu bertambah sedap.


18 comments:

  1. kalau masak lomak ni bila tinggal kuah, macam2 boleh dicicah. Cekodok, lempeng, roti...anak bujang ammi makan oats pun letak kuah yang ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kuah udang ni makan dengan nasi sedap. Kalau makan dengan lempeng kena pekat sikit baru ngam.

      Delete
  2. telan airliur kita wak tengok udang galah ada telur tu sedapnya

    ReplyDelete
  3. Saya dapat kuah pun cukup dah...ada tolo masin pulak..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sodap tu telur masin makan dengan kuah masak lemak cili api.

      Delete
  4. Musim hujan ni, musim udang galah sungai
    Kat sungai tempat wak ni yang banyaknya udang kara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke wak. Patutlah banyak stok tersimpan. Ohh sana banyak udang kara ye. Segamat banyak udang galah.

      Delete
  5. kalau campur nanas dan ada ikan sepat masin.... warrghhhhhhh boleh habis seperiuk ni sy mkn hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau udang campur nanas okay lagi lah. Campur ikan masin macam pelik pulak. Biasnya lauk ikan masin campur nanas tak campur dengan yang lain. Tapi itulah kan, belum cuba belum tahu rasanya macamana.

      Delete
  6. Betul bahan dari kampung jarang jumpa masak sendiri puas sebab masak ikut citarasa.
    Ehem tengok bulan ini tema masakan Fiza banyak masak lemak cili api sahaja. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahan bahan yang segar tu buat penyedap makanan. Hihi..tulah pasal kak, bulan ni banyak betul makan masakan lemak cili api.

      Delete
  7. Uish.. sedapnya.. Manis udang ini.. Tambah ada telur tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sangat udang galah sungai ni. Ye, rasanya manis dan tambah sedap ada telur :)

      Delete
  8. Jarang dah nak jumpa udang galah sungai.
    Pernah makan udang galah masak rendang. Sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sesetengah tempat mudah nak jumpa. Macam kampung saya ikut musim juga. Bak kata wak musim hujan ni musim udang galah sungai. Macam sedap je tu buat rendang tapi tak pernah lagi masak rendang udang galah sungai.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.