Udang Galah Sungai Masak Lemak Cili Api
Selain ikan baung, ada juga rezeki merasa udang galah sungai. Banyak pula mak simpan stok udang galah sungai. Yelah, bila musim cuti ramai yang akan balik kampung. Bila dah ramai-ramai, kenalah masak udang galah masak lemak cili api. Biar banyak kuahnya. Tak dapat merasa udang dapat merasa kuahnya jadilah kan.
Kali ni dapat udang tak berapa nak galah sangat lah. Udang bersaiz sederhana besar tapak tangan macam tu.
Udang galah sungai ni rasanya manis dan sedap dimasak apa saja. Masak udang galah goreng berlada pun sodap! Goreng begitu pun sedap. Apatah lagi masak lemak cili api. Kann...Lepas tu tambah sehelai daun kunyit. Perghh..Sedap ya amat!
resipi udang galah masak lemak cili api
resipi udang galah butter
Mulanya nak campurkan buah belimbing buluh tapi nan hado! Yang ada bunga dia je. Esok esok kalau dah bermusim sampai tak terambil.
Alhamdulillah...Sesekali kita balik kampung dapat merasa masakan kampung yang sedap sedap. Walaupun sendiri masak sendiri makan. Tapi bahan-bahan tu yang jadikan masakan tu bertambah sedap.
kalau masak lomak ni bila tinggal kuah, macam2 boleh dicicah. Cekodok, lempeng, roti...anak bujang ammi makan oats pun letak kuah yang ada
ردحذفKalau kuah udang ni makan dengan nasi sedap. Kalau makan dengan lempeng kena pekat sikit baru ngam.
حذفterliur tengok...
ردحذفKita pun terliur tengok gambar :)
حذفtelan airliur kita wak tengok udang galah ada telur tu sedapnya
ردحذفSedap kan yang ada telur tu. Saya pun suka!
حذفSaya dapat kuah pun cukup dah...ada tolo masin pulak..hihihi
ردحذفSodap tu telur masin makan dengan kuah masak lemak cili api.
حذفMusim hujan ni, musim udang galah sungai
ردحذفKat sungai tempat wak ni yang banyaknya udang kara
Oh ye ke wak. Patutlah banyak stok tersimpan. Ohh sana banyak udang kara ye. Segamat banyak udang galah.
حذفkalau campur nanas dan ada ikan sepat masin.... warrghhhhhhh boleh habis seperiuk ni sy mkn hehehe
ردحذفKalau udang campur nanas okay lagi lah. Campur ikan masin macam pelik pulak. Biasnya lauk ikan masin campur nanas tak campur dengan yang lain. Tapi itulah kan, belum cuba belum tahu rasanya macamana.
حذفBetul bahan dari kampung jarang jumpa masak sendiri puas sebab masak ikut citarasa.
ردحذفEhem tengok bulan ini tema masakan Fiza banyak masak lemak cili api sahaja. Hehe.
Bahan bahan yang segar tu buat penyedap makanan. Hihi..tulah pasal kak, bulan ni banyak betul makan masakan lemak cili api.
حذفUish.. sedapnya.. Manis udang ini.. Tambah ada telur tu..
ردحذفSedap sangat udang galah sungai ni. Ye, rasanya manis dan tambah sedap ada telur :)
حذفJarang dah nak jumpa udang galah sungai.
ردحذفPernah makan udang galah masak rendang. Sedap!
Ada sesetengah tempat mudah nak jumpa. Macam kampung saya ikut musim juga. Bak kata wak musim hujan ni musim udang galah sungai. Macam sedap je tu buat rendang tapi tak pernah lagi masak rendang udang galah sungai.
حذف