Drama Aku Seorang Perempuan (TV9) Inspirasi Novel Biografi Siti Nordiana

Tonton Drama Aku Seorang Perempuan mula bersiaran pada 19 November 2022, setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 7:30 malam di TV9 di Astro 149, myFreeview 109 dan secara online menerusi portal Tonton.

Drama Aku Seorang Perempuan yang diinspirasikan dari buku autobiografi Life Goes On dan Bukan Perempuan Biasa yang menceritakan kisah sebenar penyanyi terkenal Siti Nordiana. Drama Aku Seorang Perempuan Dibintangi pelakon Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Adriana Adnan, Hafidz Roshdi dan ramai lagi.

Aku Seorang Perempuan, drama arahan Hashim Rejab, terbitan Brotherhood Studio Siri ini akan memulakan tayangan perdana di TV9, bermula 19 November 2022.

aku seorang perempuan

DRAMA AKU SEORANG PEREMPUAN

Jumlah episod : 13
Mula siran : 19 November 2022
Waktu Siaran : Sabtu & Ahad, pukul 7:30 malam
Siaran TV : TV9 di Astro 149, myFreeview 109 dan Tonton
Penulis skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Brotherhood Studio, FINAS, ISK.TV

PELAKON DAN WATAK

  • Atikah Suhaime sebagai Siti Noraisya
  • Fezrul Khan sebagai Fareez Hidayat
  • Adriana Adnan sebagai Emira
  • Hafidz Roshdi sebagai Hakim Ali
  • Aleza Shadan sebagai Noriah
  • Saidah Kamarudin sebagai Noor
  • Mustaqim Bahadon sebagai Ehsan
  • Fadh Majid sebagai Joe
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Jasmin
  • Amai Kamarudin sebagai Fateh
  • Hasnul Rahmat
  • Jiha Sham
  • Mustaqim Bahadon
  • Sarah Davud
  • Aman Nassim

SINOPSIS AKU SEORANG PEREMPUAN

Mengisahkan tentang Siti Nor Aisya (Atikah Suhaime), seorang penyanyi muda yang sedang mengecapi populariti dan mempunyai ramai peminat yang menjadi sokongan kuat dalam kerjayanya. Siti Nor Aisya bertemu cinta dengan seorang pelakon popular, Fareez (Fezrul Khan). 

Mereka berdua berkahwin atas dasar cinta. Bagi Siti Nor Aisya, dia sanggup mengorbankan kerjayanya yang sedang berada di puncak kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangga.

Adriana (Adriana Adnan) ialah seorang pelakon yang berkawan baik dengan Fareez. Adriana mempunyai masalah dengan kekasihnya, dan sering menemui Fareez untuk meluahkan masalah. Hubungan mereka menjadi semakin akrab dan ia mula menimbulkan rasa tidak senang dalam hati Siti Nor Aisya. 

Mahligai cinta yang dibina mula goyah dan diduga. Akhirnya, Siti Nor Aisya diceraikan ketika anak mereka masih kecil. Dalam saat dia perlu bangkit dan mencari kekuatan untuk menyara anak kecilnya, Siti Nor Aisya diuji lagi dengan kehilangan teman baik sejak kecil iaitu Hakim (Hafidz Roshdi) yang juga teman seperjuangannya dalam bidang nyanyian. 

Bagaimanakah Siti Nor Aisya mencari kekuatan dalam hidupnya untuk terus berjuang?

LAGU PEMBUKAAN DRAMA AKU SEORANG PEREMPUAN

Lagu : Cintaku Masih Berdiri
Penyanyi : Siti Nordiana

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.