Seusai subuh dan terus bersiap, kami berdua suami isteri gerak ke lokasi pernikahan anak buah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Anak buat pertama, Anak buah terpaling sulung lelaki, anak sulung kepada abang sulung saya yang telah dilangkah bendul oleh adik dan adik sepupu lain.
Alhamdulillah, bertemu jodoh dengan orang dekat. Selangor Kuala Lumpur itu berjiran kan. Kali terakhir jejak Masjlid Wilayah Persekutuan ni masa sepupu encik suami nikah di sini tahun 2015. Tahun 2022 berpeluang menyaksikan akad nikah anak buah pula.
Sebahagian keluarga saya menginap di bilik Inapan dan Asrama Perempuan terletak di aras satu Anjung D/E Masjid Wilayah Persekutuan KL ni. Baru saya tahu ada masjid ni ada tempat bermalam. Saya tak turut menginap disana memandangkan Seremban-KL boleh dikira dekat lagi.
Kami gerak dari Seremban lebih kurang pukul 7:00 pagi dan sampai di lokasi pada pukul 7:45 pagi macam tu. Mujur juga pagi pagi jalan tak sesak walaupun banyak kenderaan. Sementara menunggu majlis dan bakal pengantin bersiap-siap. Kami lepak di bilik inapan sementara.
Sempatlah bersarapan dan mengambil beberapa keping gambar. Baju nikah dengan warna off-white warna putih simbolik hubungan suci dan keikhlasan cinta antara dua mempelai yang bakal menjalani kehidupan sebagai suami isteri.
Berbalik kepada keadaan bilik inap, biliknya selesa ada air condition dan kemudahan yang lain. Taklah saya belek betul-betul, sibuk berbual dan tolong bakal pengantin bersiap. Tapi boleh dikatakan selesa lah.
Anak buah pula ceritalah pak Guard macam tak sangka ada orang menginap di situ. Tempatnya keras katanya. Ahh ghisau...Entah apalah yang pernah berlaku...Kalau seorang dua mungkin ada 'hal' kot. Dah ramai ramai ni agaknya susah nak kena kacau. Mujurlah tak berlaku apa-apa.
Majlis pernikahan pukul 9:30. Tapi kena lah siap sedia awal supaya tak kelam kabut. Tak ramai ahli keluarga yang hadir. Majlis nikah ringkas je dan ada jamuan kecil berdekatan dengan rumah pengantin perempuan.
Majlis kenduri besar nanti bulan depan, Disember. Masa majlisnya nanti barulah ramai yang akan hadir. Majlis nikah ni mana yang ada dan dekat dekat je lah hadir memeriahkan majlis.
Majlis nikah di Masjid besar ni ada SOP dia. Majlis setengah jam je. Ada pasangan lain menunggu lagi. Jadi tak boleh berlamaan di dalam dewan. Nak bergambar bersama pengantin ke memang tak dapat melainkan photographer je yang berkesempatan ambil gambar moment yang indah ni.
Dulang mas kahwin, seutas gelang dan sebentuk cincin sahaja boleh dibawa masuk ke dalam dewan pernikahan.
Hantaran-hantaran lain tak dibenarkan dibawa masuk, jadi terpaksalah letak di luar dewan pernikahan. Mereka memilih
hidden hantaran sama macam adik dia
bertunang sebelum ni. Senang buat hidden hantaran ni, anak buah buat sendiri je. Sesekali orang lelaki berseni, mengapa tidak?
Tema kain pelekat dari pihak pengantin perempuan kepada pihak pengantin lelaki, kain batik dari pihak pengantin perempuan kepada pihak pengantin lelaki. Corak yang pelbagai menarik juga selain yang biasa kita tengok seragam sama semuanya.
Kain batik dan kain pelekat boleh gunapakai nanti selepas kahwin. Tak perlu dah beli kain batik dan kain pelekat lagi. Kan! Tak membazir.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, bertukar status dari bujang menjadi suami isteri yang sah. Automatik anak buah menantu +1 lagi. Kita panggil anak buah menantu eh?
Dah tak boleh bergambar di pelamin dalam dewan, kita bergambar sakan di luar dewan sekitar Masjid Wilayah Persekutuan yang cukup indah ni.
Bergambar bersama pengantin baru. Kita je kemetot kat sini. Masing masing tinggi melangit. Dah macam tangga je gayanya tu kalau ikut ketinggian.
Pengantin lama nak tumpang bergambar juga. Cuaca mendung, tak dapatlah nak gambarkan langit biru dan awan putih.
Alhamdulillah selesai majlis nikah. Maka dengan itu, anak buah menantu yang kelima hadir. Akan bertambah juga cucu-cucu NekCu. Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Menanti majlis kenduri besar pada bulan depan. Ke Selangorlah kita pula nanti.
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ni antara masjid yang cantik dengan design dan seni binanya. Pakej perkahwinan Masjid Wilayah yang mudah untuk berurusan kata anak buah.
Masjid menawarkan pakej perkahwinan yang lengkap dalam dewan tu. Ada pelamin, ada air cond, ada karpet dan juga kerusi. Mudah, tinggal datang je bawa apa yang penting.
wahh..kecik molek orangnya fiza ni ye
ReplyDeleteHihihi..Dah tak boleh membesar dah kecuali menambah lemak tepu..
DeleteHidden hantaran ni memang menariklah! Bungkus jew semua barang, tak perlu dah hendak digubah bagai. Selamat menempuh alam perkahwinan buat kedua-dua mempelai. Moga dipermudahkan majlis kenduri besarnya Disember nanti.
ReplyDeleteSenang sangat kan. Tinggal bungkus dan kemaskan ikatan je. Nak berseri sikit selitkan bunga. Alhamdulillah..Aaamiin...Terima kasih kak Amie untuk doanya.
Deletebarakallahulakuma... selamat pengantin baru... makin besar laa keluarga fiza ya
ReplyDeleteAlhamdulillah..terima kasih. Ye, semakin membesar :)
DeleteTahniah buat mempelai
ReplyDeleteAlhamdulillah... Terima kasih wak.
Deletecantik la hidden hantaran tu wlpn pelbagai corak kainnya,yg biasa kita tengok mesti nak sama semua bungkusannya
ReplyDeleteNampak menarik juga kan macam tu :)
DeleteBagus sediakan penginapan. Senang turun ke dewan tiada kalut jalan sesak.
ReplyDeleteCantik binaan luaran masjid. Harap-harap dapatlah singgah sini untuk tengok orang nikah. Nikah di dewan kawasan masjid perasaannya lain.
Bagus kan macam ni. Mudah untuk yang ada urusan boleh bermalam di sini. Antara Masjid yang cantik di KL ni. Betul, nikah di masjid lain perasaan dia.
DeleteTahniah juga buat kedua mmpelai. Cntik seni reka masjid ni
ReplyDeleteTerima kasih. Seni binaan setiap masjid ada keunikannya tersendiri.
Delete