Tarikan Menarik di ATV Kg Jkin Extreme Park Bukit Putus Negeri Sembilan

Sudah terang lagikan bersuluh, bila tiba musim perayaan termasuklah hari Pilihan Raya semua pelusuk jalan akan sesak teruk. Mana mana pun sesak daaa...Sebelum memulakan perjalanan, baiklah kita tengok dulu waze dulu. 

Nampak gaya jalan tak sesak. Sesak atau tidak, saya bercadang nak ajak encik suami singgah ATV Kg Jkin Extreme Park Bukit Putus. Kononnya nak singgah mengopi sebentar lah. Minum petang, alang-alang balik kampung waktu petang. 

Masuk je simpang ke Bukit Putus, beberapa minit kemudian sampailah kami di ATV Kg Jkin Extreme Park Bukit Putus Seremban - Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bukit Putus ni jalan lama yang yang selekoh dia tersangatlah extreme. 

atv kg jkin extreme park

Sejak ada jalan baru, jalan bukit putus lama semakin dilupakan. Dari keadaan jalan, nampak sangat jarang digunakan. Jalan Bukit Putus ni ada banyak kisah misteri. Yang tahu je tahu. Kalau malam-malam lalu sini memang seram. Setakat ni kami berani lalu siang je kalau laluan utama sesak. 

Kami sampai di ATV Kg Jkin Extreme Park cuma ada 2 buah kenderaan je. Kedengaran muzik yang kuat. Entah lagu apa dipasang tak tahu lah. Tak ada pengunjung lansung!. Yang ada cuma pekerja di situ je.

Terjengah jengah kami memanjangkan leher tengok di mana lokasi Dapor Pompuan Chantek yang dikatakan oleh KakRet. Terus encik suami tanyakan pada pekerja di kaunter. Dapor Perempuan Chantek di belakang kaunter je pintu masuknya. Tapi dah tutup pukul 3:00 petang katanya. Kami sampai dah pukul 5 petang! Aiyooo...Tak ada rezeki kamilah mengopi di Dapor Perempuan Chantek.

Lain kalilah ye. Bukan jauh mana, nanti-nanti boleh pergi. Tapi kadang yang dekat tu lah paling lambat nak sampai. Kann...

ATV Kg Jkin price

Alang-alang dah sampai tak kan nak balik dengan kecewa. Kita bergambar lah dulu. Tanya pada kaunter sekali lagi. Kalau nak bergambar di setiap hotspot kena bayar RM5 seorang. Okay, nak! Harga boleh bawa bincang dan berbaloi lah kot.

Kalau nak naik ATV harga lain lah. Dah datang petang macam kurang sesuai pula nak ber ATV. Masuk celah hutan pula tu kan. Risauuu...

Gambar di bawah, pandangan luar tepi Dapor Perempuan Chantek. Tiada penyelerengaraan berlaku disini, maka pokok pokok hidup meninggi diri tanpa dicantas. Kalau kemas bersih mesti cantik ambil gambar disini. 

atv kg jkin extreme park

Kami tak masuk pintu depan Dapor Perempuan Chantek. Ikut dari tepi sebelah kiri dalam gambar di atas. Memandangkan tak ada orang, ambil lah gambar juga. Buat penyeri cerita.

atv kg jkin extreme park

Seronok juga kalau dapat mengopi sambil mata layan suasana kehijauan ni. Ada banner digantungkan dimana bermulanya sejarah pembukaan Kg Jkin Extreme park. Saya baru tahu kewujudannya sebelum COVID melanda lagi. Tapi tak pergi pergi pun. Kalau pergi awal-awal dulu pasti lagi menarik sebab semuanya serba baru.

atv kg jkin extreme park

Dah ambil gambar Dapor Perempuan Chantek, kita pun sakanlah bergambar. Dengan tak ada seorang umat manusia pun di situ kecuali pekerja di kaunter dan beberapa orang pekerja yang lain, kami buat ini extreme park macam kami yang punya.

Ikut suka nak posing lama mana tanpa rasa segan. Segan tu nipis lah sikit tak setebal bilamana ramai orang. Puas lah ambil gambar. Tapi lama lama jadi macam kurang selesa sebab kebahangan cuaca.

Cuaca selepas hujan kan dia macam terasa bahang macam tu. Jadi tak lama sangat kami bergambar di situ. Cukup syarat je lah.

Hotspot pertama, tarikan menarik di ATV Kg Jkin Extreme Park. Tempat wajib bergambar katanya lah. Buatlah gaya acah-acah bawa motor sambil tersenyum.  

atv kg jkin extreme park

Sebelah hotspot di atas, ada tangga tanpa plastform hujungnya. Tak berani sampai ke penghujung. Kita gayat wak! Sejak bila gayat tak tahu lah. Naik gunung Datuk bergambar atas sekali tu tak gayat pula. Entah apa apa lah!

atv kg jkin extreme park

Selepas turun dari tangga ni, saya naik pula tangga papan warna warni ni. Rasa kurang yakin nak melalui tangga ni. Macam kurang stabil je. Tapi berjaya juga melaluinya sampai ke atas.

atv kg jkin extreme park

Naik tangga, kita masuk pula sampan petak ni. Nampak rupa macam sampan dengan lukisan bendera Negeri Sembilan. Masuklah kita posing dalam ni ala ala naik sampai. Gigil juga kepala lutut bila kena naik atas ni. Goyang goyang platformnya pun.

atv kg jkin extreme park

Dah naik sampan, naik kapal pula. Sebelah perahu di atas ni. Ambil juga berkeping keping gambar disini. 

atv kg jkin extreme park

Perasan tak platform ada pintu atas dalam gambar kapal atas ni. Inilah dia pintu ni. Tinggi ye kalau jengah bawah tu walaupun dipenuhi semak samun. Kena berhati hati kalau bergambar di sini. Risau kalau leka terjatuh ke bawah.

atv kg jkin extreme park

Belum habis gayat ambil gambar di pintu ni, sebelah tu ada lagi dasyat gayat dia. Tangga menuju kemana tak tahu. Tangga tiada penghujung. Setakat ni je mampu naik. Lebih dari tu saya tak berani. Sejenis gayat tak boleh bawa berunding dah! Safety first!

atv kg jkin extreme park

Berdekatan dengan tangga ni ada hotspot berbentuk love ni. Bolehlah posing buat mini love ke, big love ke dan macam-macam bentuk love. 

atv kg jkin extreme park

Teringin nak naik buaian extreme acah-acah di Bali tapi nak naik ni kena ada pekerja yang uruskan dan pantau. Seorang pekerja pun tak kelihatan. Kita pendamkan saja hajat tu. Ambil gambar je lah buat kenangan. Baru nak berangan naik extreme swing sambil nyanyi buai laju-laju. Cakap je, buatnya tidak!

atv kg jkin extreme park

Dilarang naik tanpa kebenaran. Jangan pandai pandai nanti berlaku sebarang kecederaan sila tanggung sendiri.

atv kg jkin extreme park

Kecewa tak dapat naik buaian extreme, marilah kita beredar. Sebelum tu, ambil gambar sekali lagi bangku yang cantik diperbuat daripada kayu ni dengan kemasan syelek. Kalau jual mahal ni.

atv kg jkin extreme park

Bersebelahan bangku di atas, ada buaian juga. Buaian biasa-biasa. Tak dapat naik buaian extreme, kita naik buaian ni pun bolehlah. Boleh dikatakan kukuh untuk orang dewasa naik. 

atv kg jkin extreme park

Jika ada peluang buat aktiviti flying fox zipline ni pun best juga. Lain kali lah ye.

atv kg jkin extreme park

Dah puas hati bergambar, jomlah pulang! Sebenarnya banyak lagi tarikan menarik di ATV Kg Jkin Extreme Park Bukit Putus Seremban ni. Banyak lagi hotspot menarik untuk ambil gambar. Selain makan makan di Dapor Perempuan Chantek, boleh juga menginap di Kg Jkin Resort dalam hutan Bukit Putus ni. 

Tak nampak pula resort dia. Masa bergambar di platform atas tu nampak juga laluan bertar di bawah. Laluan ATV sebelum melalui laluan yang lebih mencabar. Menarik tu memang menarik aktiviti di ATV Kg Jkin Extreme Park ni. Cuma kalau buat penyelenggaraan berkala tu lagi bagus lah. Sayang tempat yang menarik ni kalau tak dijaga betul.

Barulah indah khabar indah rupa. Nak ambil gambar pun nampak lebih menarik. Kalau cuaca elok, lighting on point mesti lagi menarik gambar. Effortless nak edit gambar pun. Ini gambar cuaca mendung selepas hujan dia jadi kelam pula. Hentam sajalah labuuu...

Kalau suka buat aktiviti lasak bolehlah ke ATV Kg Jkin Extreme Park. Pastikan pakai baju cerah untuk lebih menonjol dalam gambar. Silap pula saya pakai baju ikut warna tema hutan. Dah nampak tenggelam dalam gambar. 

Lagi satu pakai yang cerah biar tak hurung dek nyamuk. Kalau pakai baju hitam, nyamuk pun mengikut nanti.

Lokasi ATV Kg Jkin Extreme Park

361, Jalan Bukit Putus lama Seremban - Kuala Pilah,
70400 Seremban, Negeri Sembilan
Buka : 9:00 pagi

12 comments:

  1. Pekerja takde kot tu, balik kampung mengundi. Menarik juga tempat ni tapi kalau dah namanya port aktiviti lasak memang kena maintenance tiptop supaya keselamatan terjaga. Lama dah tak lalu bukit putus. Tak sanggup memandu kat situ tapi tu lah option terbaik mengelak jam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekerja ada tapi tu lah kena panggil kat dalam tu kot. Tak ada orang memantau. Mungkin juga yang bekerja tu cuti kan. Betul tu Sal, safety kena tip top baru yakin sikit. Memang tak sanggup tapi kalau nak elak jem, sanggup je ikut situ. Kereta pun tak banyak perjalanan lancar dari hadap jem melekat tak jalan.

      Delete
  2. Sayang kan x jaga dah lps pkp tu.. Kalau tak mmg cantek dah view nak snap gmbr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, rasa tak terurus tempat ni. Ghisau kalau terpijak papan reput atau terjatuh. Semak kalau ditebas, sedap juga mata memandang.

      Delete
    2. K ret soh bdk2 duduk kat buaian tu.. Itupun drg dh takut hahha...

      Delete
  3. alaaaa bestnya.. lama tak main benda2 mcm ni. suka tgk gambar2 selfie fiza. tak ada org boleh posing lama2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil gambar suka suka seronoklah. Lagi best kalau dapat naik buaian extreme tu. Saya tak ambil gambar selfie pun..hihi..Bagus juga tak ada orang, boleh ambil gambar sakan.

      Delete
  4. Replies
    1. Ya, seronok kalau dapat buat aktiviti lasak kat sini. Tapi saya bergambar je la di hotspot menarik ni.

      Delete
  5. kalau tak ada PKP tak ada pandemik tentu tempat ni jadi tumpuan dan terjaga dengan baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, mesti terjaga dengan baik. Kena ada effort juga untuk maintain elok terjaga.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.