Header Ads

BTS x Snickers Label Never Mind

Semasa pulang ke kampung minggu lepas, perut meminta minta supaya di isi. Laparlah tu bila hujan. Nak singgah beli malas pula hujan-hujan. Tak boleh jadi ni, perut dah sebu masuk angin. Encik suami singgah 7E nak membeli roti.

Saya kirim beli chocolate snickers. Ada tenaga sikit makan chocolate kan. Masuk kereta, encik suami bagi BTS x Snickers Label Never Mind. Teringat haritu blogger KakSha beli Snickers BTS ada label kata kata motivasi yang berbeza-beza pada setiap pek.

Sejak bila BTS dan Snickers Malaysia berkolaborasi pun tak tahu lah. Rasanya macam dah lama sejak Oktober atau September entah. BTS Army mesti sibuk mengumpul label setiap pek kan. Edisi terhad ni dah tentulah terlajak laris dan trending.

BTS jarang tak trending. BTS x Snickers didatangkan dalam pek warna ungu. Chocolate Snickers yang kaya dengan kacang. Dulu masa gigi muda lagi, syoklah makan jenis chocolate ada kacang banyak.

Sekarang ni gigi dah tua banyak ragam, bila nak makan chocolate yang berkacang rasa bencinta pula. Tambah pula macam manis sikit.

BTS x Snickers Label Never Mind

Rasa sekali cukuplah. Pek BTS x Snickers Label Never Mind ni saya buang terus. Tak kuasa nak simpan. Bukan BTS Army. Minat tu minat tapi nak simpan tu memang taklah. Rajin saya cukup setakat makan je. Nak simpan pek dia tak rajin. Hihi...

BTS x Snickers where to buy? 
Boleh beli di 7E

BTS Snickers chocolate price
Lebih kurang RM3 lebih

هناك 16 تعليقًا:

  1. Kita lagi laaa BTS tu siapa? 😝 Mmg bkn fan laaa hahaha.. Kita tau kdrama je sudah!! Hahaaa

    ردحذف
    الردود
    1. Bangtan Boy yang popular seantero dunia tu KakRet. hehehe...K-Pop, K-Drama kita layannn..

      حذف
  2. Sedap.. Tapi tu lah manis sikit.. Hehehe.. Kak Shapun buang je plastik dia tu.. Abadikan dalam gambar..

    ردحذف
    الردود
    1. A'ah manis sikit. Hihi..tulah tu, kita abadikan dalam gambar je sudahlah.

      حذف
  3. haha sama, eina lepas makan pun buang, xde nak simpan tp bts army mmg akan simpan, sayang katanya

    ردحذف
    الردود
    1. hehe..tak kuasa nak simpan. Kalau ada yang simpan, jual ataupun beli betul betul army BTS tu.

      حذف
  4. pembalutnya aje kan yg lain fiza?dalam still rasa snickers yang biasa tu
    Pia duk minta saya beli saya ckp sama je dgn yg pembalut hitam tapi tak beli2 pun lagi

    ردحذف
    الردود
    1. A'ah..pembalut lain. Dalamnya juga lain, lebih banyak kacang seperti pada label ada gambar kacang. Pek dia tu yang jadi tarikan orang nak membeli :)

      حذف
  5. kalau limited macam mcD dulu bolehlah jual balik. ni macam takde orang heran je

    ردحذف
  6. aritu bli juga ..mmg tktau la ada BTS tu sbb ingt ada perisa baru yg packaging pepel...lpstu ank akak ckp tu BTS , br la prasan ada logo BTS...akak rasa mcm sama je rasa...manis ek...hehe...tp mmg akak fav coklat snickers

    ردحذف
    الردود
    1. Hihi..logonya comel sangat tepi tu. Kalau tak belek memang tak perasan. Lidah saya rasa manis pulak. hihi..sensitif sikit bab manis ni. Mungkin pada orang lain biasa je kot.

      حذف
  7. sy ada bli jg. igt kn dlm tu coklat kaler purple😁

    ردحذف
    الردود
    1. hihi..sekali bukan daa..tetap warna coklat biasa tu. Cuma lebih kacang je

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.