Buah Kecubung Namanya

Eh, buah apa ni? Ambil gambar dulu lah. Boleh buat modal dalam blog kan. Dengan bantuan google, akhirnya saya dapat cari nama buah ni. Namanya buah kecubung. Pertama kali dengar buah kecubung. Pertama kali juga tengok buah kecubung.

Rupa paras buah kecubung berwarna hijau, berbentuk bulat dan berduri yang tidak tajam. Lupa pula saya nak ambil dan belah untuk tengok apa isi dalam buah kecubung ni. Pokok dan daunnya macam pokok terung.

gambar buah kecubung

Dari pembacaan saya, buah kecubung ni bahaya sebab boleh memabukkan dan menyebabkan halusinasi. Tapi buah kecubung ada khasiatnya tersendiri dalam bidang perubatan. Setiap tumbuhan tu mesti ada khasiatnya tersendiri.

22 comments:

  1. selalu nampak buah kecubung ni tapi tak tahu pula nama dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah tahu nama sebenar dia. Saya pun turut tahu juga bila mencari infonya. hehe...

      Delete
  2. bagusnya fiza banyak benda baru yg saya xtau buah ni pun pertama kali tengok kalau buah kecupu saya tau hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana yang pelik kita abadikan dalam blog. Boleh juga ambil tahu..hehe...kalau kecupu tu saya panggil buah cepu :) masam buah tu.

      Delete
  3. Oh.. patutlah ada term mabuk kecubung.. betullah buah ni boleh memabukkan

    ReplyDelete
  4. selalu dengar 'mabuk kecubung' tapi tak pernah pulak terfikir kecubung tu sejenis tanaman. thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tahu buah kecubung ni Sal. Elok pulak terselit dalam tanaman lain. Dapat juga tengok buah dia macamana.

      Delete
  5. Selalu dengar namanya, tapi tak pernah lagi jumpa dia depan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, kita belanja gambar dulu. Mana tahu nanti nanti dapat jumpa dia depan² :)

      Delete
  6. ohhh akak tahu batu kecubung aje..ni first time tengok buah kecubung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah dia rupa buah kecubung. Saya lagilah, baru tahu dan baru tengok. Padahal ada je belakang rumah rupanya. huhu...

      Delete
  7. oo.. mcm ni rupanya buah kecubung. mcm durian pun ada bila ambik gambar close up ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, rupa macam sama tapi bukan. Begitulah rupa buah kecubung :)

      Delete
  8. Buah ini jarang ada di Indonesia, Krn efeknya yg bisa bikin halusinasi tadi, dan berbahaya kalo dimakan dlm jumlah banyak. Tapi ntahlah apa status hukumnya diperbolehkan ditanam atau tidak. Kalo ganja atau mariyuana kan di larang keras. Kecubung nih blm dengar pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, seperti yang saya baca begitulah boleh berhalusinasi. Saya tak pasti info lanjutnya. Pokok ni pun tiba tiba ada di belakang rumah. Mungkin benih yang dibawa burung atau bagaimana saya tak pasti. Kecubung ni spesis yang kurang diperkatakan. Saya pun baru tahu tentang pokok ni.

      Delete
  9. Baru tahu rupa kecubung. Selalu dengar hijau kecubung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beginilah rupa buah kecubung kak. Akak peminat hijau mesti suka hijau kecubung kan.

      Delete
  10. Pertama kali jumpa buah kecubung sewaktu ziarah raya di rumah sepupu di Perak, lebih 10 tahun lalu.
    Subur pokoknya, dan buahnya pun cantik, tapi katanya boleh mabuk kalau dimakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah kak Amie. Dari apa yang saya baca katanya boleh memabukkan. Macamana boleh mabuk tak tahu lah sebab buah ni nampak macam buah liar yang tak boleh dimakan.

      Delete
  11. ms kecik2 main pondok2 buah yg lering selalu jd mangsa kami😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..pepokok memang jadi mangsa kanak kanak main pondok pondok.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.