Sesekali Perlu Juga Bersihkan Keyboard Komputer

Ishh..geram pula dengan keyboard ni. Keyboard tidak berfungsi dengan betul, ada yang kena ketuk dua tiga kali baru hurufnya muncul di paparan skrin. Nak kata sangkut, dah dibersihkan sedut habuk guna vacuum. 

Tak boleh jadi macam ni. Minta tolong encik suami bersihkan keyboard. Cara bersihkan keyboard komputer/pc dengan lebih berkesan kena tanggalkan semuanya bersihkan satu persatu. Lagi puas hati. 

Tapi cara bersihkan keyboard komputer/pc/laptop yang biasa orang buat dengan lap guna kain microfiber atau jika ada kesan yang susah tanggal gunakan kapas/kain yang dititiskan dengan alkohol.

Saya guna cara yang susah sikit tapi lebih puas hati dengan hasilnya. Kalau ada banyak masa dan rajin, boleh guna cara bersihkan keyboard macam saya. Gerenti puas hati!

cara bersihkan keyboard komputer mudah

Tanggalkan keyboard dengan menggunakan alatan khas untuk memudahkan proses menangggalkan huruf pada board. Alatan jenis plastik dan juga besi saya dapat percuma semasa membeli keyboard. Selain alatan, dapat juga spare switches keyboard.

Kalau rosak boleh replace. Disebabkan semuanya masih elok berfungsi. Jadi hanya perlu bersihkan dari habuk yang tak diundang sahaja.

cara bersihkan keyboard komputer

Mula-mula bersihkan board, lepas tu barulah bersihkan huruf satu persatu dengan menggunakan kain microfiber. Pastikan sebelum tanggal tu, ambil gambar penuh full keyboard sebagai rujukan untuk pasang semula hurufnya supaya nanti tak silap letak huruf. Silap letak huruf, naya nanti taip lain keluar lain.

spectre pro rgb mechanical keyboard

Dah siap bersihkan, barulah senang hati nak menaip dengan lancar. Bukannya habuk ke apa. Tak tahu lah sebab apa. Saja meminta minta untuk dimanja agaknya. 

Saya guna Spectre Pro RGB Mechanical Keyboard, hadiah dari encik suami beberapa tahun lepas. Masih kuat dan tak banyak ragamannya. Keyboard paling sesuai untuk kerja kerja menaip, main game dan sesuai untuk kegunaan waktu malam sebab ada RGB LED.

Sebelumnya saya guna wireless keyboard yang lebih mesra digunakan tanpa wayar dan juga kurang bunyi menaip. Dah beralih tuan dah keyboard tu. Guna Spectre Pro RGB Mechanical Keyboard lebih mesra jari jemari lagi.


Spectre Pro RGB Mechanical Keyboard
Features
  • 104-Key / Tenkeyless
  • Standard US ANSI Keyboard Layout
  • Volume Wheel w/ RGB LEDs
  • RGB LED Side Underglow
  • Outemu Mechanical Switches
  • 16.8 million RGB Per-key Customization
  • Replaceable Switches w/ Spare Switches & Tools Included
  • Non-Fade Double-shot ABS Keycaps
  • 1.8m Detachable Braided USB-C Cable
  • N-key Rollover, 1000Hz Polling Rate

Software
  • Macro Recording
  • Macro Assignment
  • Custom User Profiles
  • Customizable Per-Key RGB Lighting

Warna RGB LED tu boleh tukar mode warna menggunakan software. Menarik sangat.

14 comments:

  1. hehehe keyboard sy entah brape kurung x cuci. huruf pn dah hilang😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanda tanda kena cuci habis habisan tu Anies. hehe..ke kena tukar baru :p

      Delete
  2. Sambil baca entri Fizah, sambil jeling keyboard sendiri. Hahahaaaa....habuk di celah-celah huruf! Ha... memang nak kena bersihkan juga. Terima kasih Fizah kongsi tips bersihkan keyboard. Harap datanglah mambang rajinnya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..tanda tanda kena bersihkan segera tu kak Amie. Selamat membersihkan keyboard.
      Sama²..harap mambang rajin jumpa jalannya :)

      Delete
  3. ooo..boleh ditanggal satu-persatu ya...tak pernah lg cuci cara tu, selalu lap je...tq for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya semua jenis keyboard boleh kot. Nanti² boleh cuba kalau ada alatannya.
      Sama²

      Delete
  4. Oo.. boleh buka satu² ke hahaha tak pernah tahu pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Mungkin semua jenis keyboard boleh. Lepas ni boleh belek belek model keyboard.

      Delete
  5. Tidak pernah buat cabut huruf-huruf.
    Kira ini pembersihan secara teliti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul. Pembersihan secara besar-besaran dan teliti :)

      Delete
  6. Takut nak buat
    Takut seperti tikus membaiki labu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe wak, kalau berfungsi seperti biasa sapu sapu lap lap pun okay dah.

      Delete
  7. skrg guna wireless keyboard di office. HQ belikan model baru katanya. memang kurang bunyi fiza. itulah sesekali nk dimanja. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wireless keyboard senang nak buat kerja. Tak sarat dengan wire. Bagus kurang bunyi, mesra alam sikit tak menggangu dengan bunyi keyboard.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.