Cara Hilangkan Dakwat Mengundi Di Jari Dengan Mudah Dan Cepat

19 November 2022 Hari Malaysia Memangkah. Maka, media sosial akan dibanjiri dengan gambar-gambar jari berdakwat kekal selepas memangkah iaitu mengundi. "Undi is done". Ramai yang tak sabar nak mengundi ke tu?

Dakwat kekal mengundi di jari ni sikit punya lama nak hilang. Bukan sekadar lama nak hilang, kulit jari akan jadi kering dan nampak buruk. Selepas mengundi nanti boleh gunakan cara hilangkan dakwat kekal mengundi di jari dengan mudah dan cepat.

Walaupun caranya tak lah terus hilangkan sekelip mata tapi dakwat akan jadi lebih pudar dan semakin hilang dengan cepat. Daripada dibiarkan dakwat kekal tu berminggu minggu pada jari, lebih baik kita hilangkan segera.

Tujuan jari dicelup dalam dakwat kekal ni untuk mengelakkan sebarang jenis penipuan pilihan raya. Begitulah ceritanya.

Cara Hilangkan Dakwat Mengundi Di Jari Dengan Mudah Dan Cepat

Cara hilangkan dakwat kekal mengundi di jari dengan mudah dan cepat hilang

Ada beberapa cara untuk hilangkan kesan dakwat kekal pada jari selepas mengundi. Yang terpaling popular dan berkesan adalah cara pertama dan kedua.

Cara pertama

Sediakan :
  • Mangkuk kecil
  • Clorox
  • Air suam
  • Buah Lemon
  • Pelembap
Bancuh clorox dan air suam dalam mangkuk. Rendamkan jari dalam bancuhan clorox dan air suam. Ambil potongan buah lemon dan gosok gosok pada jari sehingga kesan dakwat pudar dan hilang. Kemudian sapukan pelembap selepas menghilangkan dakwat untuk mengelakkan kulit jari kering. Untuk kulit sensitif boleh cuba cara lain.

Cara kedua

Cara terbaru yang terpaling cepat hilang dengan menggunakan krim hair remover veet, micellar clenasing water Garnier dan kapas muka. Jika ada produk ni dirumah, bolehlah cuba.

Caranya dengan sapukan krim hair remover veet pada jari yang berdakwat, spray micellar cleansing water pada kapas dan balutkan jari. Sambil tu gosok-gosok sampailah hilang. Kesan dakwat pada jari dan kuku pun boleh hilang terus.

Selain cara pertama, juga boleh guna cara hilangkan dakwat kekal mengundi di jari dengan bahan-bahan yang lain seperti :
  • Ubat gigi
  • Hand sanitizer
  • Penanggal pengilat kuku
Untuk bahagian kuku boleh gunakan nail buffer jenis nano glass. Selain cara di atas, ada cara lain untuk hilangkan dakwat kekal pada jari yang lebih berkesan? Kongsikan dalam kotak komen dibawah.


16 comments:

  1. saya basuh guna floor cleaner hai o tu...dekat kuku tak hilang. tap kat jari pudarlah sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kuku macam lambat sikit kan nak hilangnya. Boleh pudar kira okay juga tu guna kaedah kakYan. Terima kasih share.

      Delete
  2. ada baca juga cara2 nk ilangkan dakwat undi tp masa ngundi PRU14 dlu mmg biar je ilang sendiri..dkt 3 bln lebih juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama betul kan nak hilang kesan hitam ni. Kalau tak kisah, okay je kan :)

      Delete
  3. Oh besok hari mengundi ya kak fizah? Semoga siapapun yg menang, bisa membawa kebaikan untuk seluruh rakyat Malaysia yaaa ❤️

    Kalo di sana, selesai mengundi ada banyak promo dari restoran atau manis2 kafe kah? Kalo di Indonesia, sehabis mengundi, banyak resto atau kafe yang kasih diskon untuk semua orang yg ikutan mengundi. Mereka liat dari jari yg kena tinta tadi 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mengundi 19 Nov 20222. Harap begitulah, semoga banyak memberikan kebaikan kepada rakyat. Betul, ada banyak promo pada pengundi yang dah mengundi. Tapi saya tak sempat nak rebut promo..rasa kepenatan pergi 2 tempat, jadi memilih untuk berehat di rumah je :)

      Delete
  4. Sayang nak buang
    Bukti kita dah laksanakan tanggungjawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham wak. Okay je tak hilangkan. Kenangan 5 tahun sekali. Eh..tapi kita baru PRN awal tahun haritu. 2 kali kenangan kita mengundi tahun ni.

      Delete
  5. Ok akak akan cuba guna hand sanitizer sebab sudah ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang tengok jenis jugak kak. Ada yang boleh dan ada yang kurang berkesan juga. Tapi boleh je cuba. Tetap boleh hilang cuma kena gosok guna tisu basah atau kain kasar sikit.

      Delete
  6. Terima kasih Fizah kongsi cara hilangkan dakwat undi di jari. Nanti Kak Amie cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Kak Amie. Ya, boleh cuba sekurang kurangnya berkesan memudarkan dakwat.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.