Cara Masak Ikan Lais Pais Mudah Dan Semestinya Sedap
Balik kampung tak sah kalau tak jamu selera dengan masakan lauk pauk kampung yang sedap. Walaupun bukan dari hasil tangan mak tapi masak sendiri gunakan bahan dan cara tradisional memang luar biasa sedapnya. Sejak abah sakit, mak dah bercuti masak dah.
Selain lauk kebiasaan, udang galah sungai dan ikan baung. Kali ni rezeki makan ikan lais pula. Ikan lais ni sejenis ikan leper tak banyak isi. Sedap digoreng, masak lemak cili api, masak asam atau bakar. Paling suka ikan lais masak pais.
Bahan dia mudah je iaitu garam, cili api, kunyit hidup dan asam. Bahan-bahan saya tumbuk je sebab ikannya sikit. Asam tu boleh guna asam jawa, asam buah belimbing buluh, asam keping atau asam limau. Tak ada stok asam belimbing buluh, saya guna asam jawa je lah.
baca juga : resipi ikan lais pais
Kemudian sapu rata pada ikan lais, bungkus dengan daun kunyit dan daun pisang. Masak dalam kuali dan tutup. Lepas masak sebahagian baru terbalikkan untuk masakkan sebahagian lagi. Disebabkan ikan lais ni sejenis ikan leper, proses masak tu jadi cepat lah sikit.
Bila buka bungkusan ikan lais pais ni, perghh aroma daun pisang dan daun salai tu terus buka selera tak sabar nak makan. Kat kampung masak versi kurang pedas.
Mak bekalkan ikan lais juga, dapatlah masak kat rumah versi pedas sikit. Kami kan pempedas! Versi pedas dan versi blender. Pun sedap! Bawa bekal daun pisang dan daun kunyit sekali dari kampung. Daun pisang payah nak cari kat bandar. Daun kunyit yang tanam pun segan nak membesar.
ikan ni memang banyak di segamat kan fiza..terus ada yg panggil ikan lais segamat
ReplyDeleteTak pasti banyak tu macamana. Ohh..ada orang panggil ikan lais segamat ye. Memang terkenal dan banyak di Segamat lah tu kan.
DeleteDulu-dulu selalu juga beli ikan lais dari Sungai Segama di LD. Dah bertahun juga tak jumpa ikan ni. Banyak hidupan sungai hampir pupus.
ReplyDeleteDi LD namanya ikan lais juga ye Kak Amie. Agaknya ikan rare ni ada di kawasan tertentu sahaja.
DeleteRupa paras macam ikan belida...banyak tulang tak..terliur tengok pais ikan lais ni...
ReplyDeleteYe kak, macam ikan belida bentuk di cuma ikan belida tu bercorak. Tapi ikan belida tu saya tak pernah makan lagi. Jadi, tak boleh nak compare rasanya selain berbeza corak.
Delete