Tatacara 10 Langkah Pengundian Pada Hari Mengundi. Tidak Dibenarkan Membawa Telefon Bimbit

Tarikh mengundi 2022 pada 19 November 2022. Ada yang tak sabar nak memangkah ke tu? Lain macam Pilihan Raya 2022 kali ni. Dapat cuti umum, gaji awal, bayaran pencen awal, BKM awal. Bendera pun meriah dengan warna biru merah pelbagai warna.

Walaupun baru je lagi mengundi masa PRN Johor haritu. Tetap balik kampung juga nak mengundi. Ada yang dah lupa lupa ke nak mengundi macamana? Boleh rujuk pada poster Tatacara 10 Langkah Pengundian pada Hari Mengundi

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak membenarkan pengundi membawa telefon bimbit di tempat mengundi jika melanggar arahan ini akan didakwa di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

SPR telah menetapkan bahawa pengundi yang membawa telefon bimbit ke tempat mengundi perlu meletakkan telefon bimbit di tempat yang telah disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula setelah selesai mengundi.

Nampaknya kena tinggalkan telefon bimbit pada ahli keluarga. Kena bergilir gilir mengundi lah macam tu. Risau kalau tinggalkan telefon bimbit terus hilang dari radar. 

Tatacara 10 Langkah Pengundian Pada Hari Mengundi
sumber : SPR


Tatacara 10 Langkah Pengundian Pada Hari Mengundi
MASUK
Langkah 1
  • Sila masuk apabila dibenarkan oleh Anggota Polis yang mengawal selia pintu masuk.
Langkah 2
  • Serahkan MyKad/Dokumen Pengenalan Diri dan Slip Semakan (Sekiranya ada) kepada Kerani Pengundian Pertama.
  • Tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.
Langkah 3
  • Kerani Pengundian Pertama akan memberikan MyKad/ Dokumen Pengenalan Diri pengundi kepada Kerani Pengundian Kedua untukk pengesahan.
  • Pastikan No. Kad Pengenalan olehKerani Pengundian Pertama adalah TEPAT.
Langkah 4
  • Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua
  • Celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya apabila diminta oleh Kerani Pengundian Kedua.
Langkah 5
  • Terima Kertas Undi daripada Kerani Pengundian Ketiga
Langkah 6
  • Bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit.
Langkah 7
  • Maju ke petak undi dan tandakan”X” pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam Kertas Undi dengan menggunakan pen. PILIH SATU CALON SAHAJA.
Langkah 8
  • Masukkan Kertas Undi dalam Peti Undi yang betul.
Langkah 9
  • Bergerak ke meja KTM sekali lagi untuk mengambil telefon bimbit.
KELUAR
Langkah 10
  • Segera tinggalkan Tempat Mengundi setelah selesai mengundi.

sumber : https://www.spr.gov.my/

6 comments:

  1. Alamak.. camtu lak ea... kdg kaunter ngundi x sama ngn org yg dikenali... tp rasanya risiko dorg tanggung la sebab dorg yg buat tatacara ni kan.. Huhu.. Selamat mengundi!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Walaupun yang masuk mengundi 1-2 macam tu tapi risau jugak lah kan kalau hp terhilang.
      Selamat mengundi juga nona.

      Delete
  2. Tak sabarnyaaa nak rayaaa.. pilihan rayaaaa.. Hahaha

    ReplyDelete
  3. kalau telefon hilang, tertukar siapa nak ganti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe kak. Tinggal sekejap walaupun sorang je pengundi dalam tu tetap tak boleh nak percaya. huhu...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.