DIY Sticker Label Rempah Ratus Dan Bahan Di Dapur

Seorang Fiza ni kalau ada masa lapang jarang nak berehat. Ada saja kerjanya. Kekok kalau duduk saja. Rasa macam buang masa. Tapi kalau tiba hari malas tu, nak bermalasan sepanjang hari! Sementara tak ada kerja design, kerja review kita buat projek mengemas rumah.

Melihat sticker label rempah ratus yang suram dan ada yang dah comot. Buat design baru alang alang dah mengemas tu kan. Kalau rajin biar rajin terus, jangan nak buat kerja separuh separuh. 

Ikutkan malas nak buat, nak order terus je kat shopee. Tapi apa guna beli kalau boleh buat sendiri kan. Jimat dah duit beli dan duit pos. Dengan menggunakan kepakaran yang ada. Ceh..kepakaran lah sangat. 

Design sticker dan labelkan ikut senarai rempah ratus mana yang ada je. Lepas tu minta encik suami beli kertas sticker (kertas berpelekat) saiz A4 yang berharga RM1 sehelai. Sebelum ni pernah beli. Tapi itulah entah mana humban kertas sticker tu tak tahu. Ke dah habis entah.

Malas banyak fikir, beli baru je lah. Tapi encik suami beli jenis matte bukan glossy. Tak kisahlah, asalkan boleh print dan boleh lekat. 

Sebelum ni pernah DIY sticker transparent dan DIY sticker label dapur biasa. Selepas baru guna kertas sticker. Tapi masa tu tak update dalam blog pula. Saya juga ada kongsikan template label rempah ratus, tahun 2015 entry tu. Kalau nak buat label, bolehlah download dan isikan label rempah ratus yang ada di dapur masing-masing.

Bab nak menggunting ni malas. Gigih jugaklah siapkan. Bukan banyak mana pun kan. Herot berot, don't care!

Persembahkan sticker label rempah ratus edisi baru di dapur saya. Kali ni guna bentuk lonjonglah sikit. Macam comel je guna bentuk macam ni.

diy sticker label dapur

Berseri lah sikit nampak dah label. Bukannya tak tahu nama setiap barang tu. Saja nak tambah seri dan deko deko dapur. Apa salahnya kan...

diy sticker label dapur


12 comments:

  1. Rajinnn!!!! Tapi entry 2025 tu erkk future sgt tu dik haha..

    ReplyDelete
  2. Nampak kemas dan cantik apabila ada sticker label.
    Semangat nak masuk dapur selalu.

    ReplyDelete
  3. Cantik dan kemas. Eh samalah kita tak boleh duduk saja-saja, rasa macam buang masa. Tapi kalau sampai mood malas memang tak nak buat apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Kekok sangat melangok buang masa..Tapi kalau masa malas memang malas betul. hehehe...

      Delete
  4. comel.
    and rajin sgt ni, fiza ha ha ha ha :)
    aida beli stiker kat mr.diy.
    then tulis dgn marker aje.
    rajin tu x menyinggah nak buat mcm fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila rajin tu datang menyapa kak Aida. Kalau tak jumpa rajin tu tak menjadi juga. hehe...pun boleh macam tu. Senang juga.

      Delete
  5. Replies
    1. Alhamdulillah..yang penting sedap mata memandang bila masuk dapur :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.