Makan-Makan Di Dookki Korean Topokki Buffet, IOI City Mall Putrajaya

"Ucu, Jom pergi Dookki", anak buah yang kerja di Putrajaya tiba-tiba Whatsapp. Kebetulan encik suami off day semalam. Rezeki anak buah dan rezeki kami lah dapat berDOOKKI di Korean Topokki Buffet Restaurant, IOI City Mall Putrajaya.

Kemain jauh lagi kami makan petang merangkap makan malam. Dari Seremban ke Putrajaya nun. Ini kali lah kita makan-makan di Dooki. Sebelum ni dia mengajak kita tak dapat nak pergi. Lepas ambil dia balik kerja, kami terus menuju ke Dookki Korean Topokki Buffet, IOI City Mall Putrajaya.

dookki korean topokki ioi city mall putrajaya

Lega bila tengok dari luar tak ramai orang. Dookki Korean Topokki Buffet ni kalau hari biasa tak ramai orang kata. Hujung minggu jangan haraplah nak nampak meja kosong. Itu yang dia beria ajak pergi makan bila hari bekerja.

Saya kalau jenis kedai makan beratur memang tak rajin nak beratur dan tak selesa sesak ramai orang. Bila tak ramai dan banyak meja kosong. Selesa sikitlah nak makan dan nak lepak lama.

Dookki Korean Topokki Buffet (Authentic Korean Restaurant from Korea)

Dookki Korean Topokki Buffet, sebuah restaurant yang berasaskan makanan Korea yang sangat popular iaitu topokki. Hidangan topokki sedikit berbeza daripada kebiasaan sebab dihidangkan secara buffet. Dookki pula maksudnya dua hidangan dalam bahasa Korea.

Topokki/ Teokbokki/ Tteokbokki (떡볶이)

Topokki/ Teokbokki/ Tteokbokki (떡볶이) juga dikenali sebagai Rice Cake kerana ianya diperbuat daripada beras. Topokki merupakan makanan popular Korea yang menjadi kegemaran orang Korea. Topokki didatangkan dalam pelbagai bentuk dan mempunyai sejarah yang agak panjang ceritanya. 

Nak tahu sejarah topokki, boleh sambung baca dibawah ini.

Sejarah Topokki/ Teokbokki/ Tteokbokki (떡볶이)

Topokki/ Teokbokki/ Tteokbokki (떡볶이) adalah sejenis makanan jalanan (street food0 tradisional Korea yang boleh dibeli dari gerai jalanan juga dipanggil “pojangmacha” dalam bahasa Korea. Sejarah tteokbokki membawa kepada lewat Dinasti Joseon.

Terdapat banyak tekaan dan kontroversi tentang asal usul sebenarnya. Menurut data bibliografi, teokbokki pertama dalam sejarah Korea dikatakan muncul dalam buku masakan bernama “시의정서 (Siui jeongseo)” ditulis ketika lewat zaman Dinasti Joseon.

Walau bagaimanapun, berdasarkan fakta yang tteok (bahan utamanya, juga dikenali sebagai kek beras) diperkenalkan sebelum zaman Tiga Kerajaan, adalah mungkin untuk diandaikan yang sejarahnya adalah lebih lama daripada apa yang dijangka.

Tteokbokki turut dijumpai dalam rekod perubatan: buku yang diberi nama “신뇨찬요 (Shingnyo chanyo)” ditulis oleh Jeon Sunui, pegawai perubatan pada zaman Dinasti Joseon (1460). Tujuan buku ini ditulis adalah untuk merawat pesakit melalui makanan dan tteokbokki adalah sebahagian daripadanya.

Tteokbokki juga adalah sebahagian daripada juadah santapan diraja Korea pada zaman Dinasti Joseon. Sementara tteokbokki versi moden adalah kemerahan dan pedas, versi asalnya adalah perang dan rasa biasa. Ia dikenali sebagai "궁중 떡볶이 (gungjung tteokbokki)", Tteokbokki Istana.

Seperti namanya, gunjeon tteokbokki adalah contoh makanan mewah Korea. Ia terdiri daripada gabungan tteok, daging, sayuran dan pelbagai jenis bahan perasa. Selepas gochujang (pes pedas Korea yang diperbuat daripada cili) diperkenalkan akibat pengaruh Jepun pada zaman Joseon, tteokbokki menjadi merah dan pedas.

Adalah dipercayai yang peralihan utama daripada tteokbokki biasa kepada pedas berlaku sekitar 1950-an selepas kemerdekaan Korea. Pada masa kini, kebanyakan tteokbokki dijual yang di gerai adalah merah dan pedas.

Tteokbokki, kini, sering dianggap sebagai hidangan jalanan yang boleh didapati di gerai tepian jalan (pojangmacha) dan bar snek kecil. Kebelakangan ini, walau bagaimanapun, terdapat usaha menjadikan tteokbokki daripada hidangan jalanan kepada francais makanan.

Ini disebabkan permintaan makanan tersebut secara berterusan di kalangan penduduk Korea. Tteokbokki kini dianggap oleh sesetengah orang mempunyai potensi besar untuk dijadikan perniagaan besar. Maka, banyak restoran rantaian dan pelbagai jenama yang menjual tteokbokki hmuncul sejak 2009.

Tambahan pula, terdapat usaha untuk menjadikan tteokbokki dikenali seluruh dunia di pasar raya makanan antarabangsa. Kerajaan Korean telah mewujudkan makmal tteokbokki pada 2009 dalam usaha mengglobalkan makanan tersebut dan menyediakan sokongan teknikal untuk pemantapannya.

Setiap tahun, lebih kurang satu bilion won Korea dibelanjakan untuk projek kerajaan ini untuk menjadikan tteokbokki menjadi produk antarabangsa. Untuk mencapai hasrat tersebut, terdapat penyelidikan dalam kajian pasaran, pembuatan sos, jenis kek beras dan kaedah masakan untuk menyesuaikannya kepada negara-negara lain.

Ejaan “topokki” diberikan secara rasmi oleh institut ini untuk memudahkan panggilan kepada pasaran antarabangsa. Hari ini, kebanyakan tteokbokki diperbuat oleh tepung tetapi selepas projek kerajaan tersebut, terdapat usaha untuk menggunakan beras.

Hal ini disebabkan beras dianggap lebih sihat berbanding tepung dan membantu dalam menaikkan pasaran beras tempatan.

Begitulah ceritanya tentang sejarah Topokki/ Teokbokki/ Tteokbokki (떡볶이)


Dookki (dua hidangan)

Restoran Dookki memperkenalkan konsep dua hidangan yang berasal dari Korea Selatan dengan konsep buffet. Konsep Dookki buffet, dua hidangan dimulai dengan hidangan topokki buffet dan berakhir dengan nasi goreng kimchi.
 

Dookki IOI City Mall menu

Di pintu masuk sebelah kanan restoren tak silap saya ada hidangan bergoreng, bahagian tengah ada pelbagai bahan dookki dan pelbagai pilihan sos.

Makanan Bergoreng

French fries, nuggets, mandu goreng, kimmari/ kimmari (Korean Deep Fried Seaweed Spring Rolls/김말이) dan ayam goreng.

Ada beberapa jenis ayam goreng dengan pelbagai perisa. Boleh cuba ayam goreng korea pedas tapi kata encik suami dan anak buah, ayam gorengnya kurang sedap. Saya tak cuba kalau dah kata kurang sedap kan.

Sos pelbagai pilihan

Boleh ambil pelbagai pilihan jenis sos mengikut selera dan tahap kepedasan masing-masing. Mula-mula sampai di meja, dia akan tanya pernah datang ke tidak. Disebabkan anak buah dah selalu datang, jadi tak kekoklah. Terus anak buah order sup medium pedas. 

Untuk pertama kali datang kalau rasa janggal atau blur tak tahu nak order, boleh panggil mana-mana krew restoran yang ada untuk bertanya dan membantu.

Kita akan diberikan sarung tangan plastik bertujuaan untuk menjaga kebersihan semasa mengambil hidangan buffet. Di meja dah tersedia segala alatan untuk memasak dan makan. 

dookki korean topokki ioi city mall putrajaya
topokki buffet

Ada beberapa pilihan air, seingat saya ada air ais lemon tea, green tea dan lagi satu apa entah tak ingat.

Pelbagai pilihan topokki

Pada awalnya krew restoran akan bantu sediakan sup. Dan kita pun ambillah segala mak nenek bahan topokki kegemaran masing-masing. Banyak jenis sayur, bebola dan bahan topokki yang lain. Seafood, kami cuma ambil udang dan kepah. Udang tiada dalam senarai ye.

Cara masak topokkki (hidangan pertama)

  1. Tuangkan sup dalam periuk topokki (disediakan dalam jug atas meja)
  2. Masukkan sos pilihan ke dalam periuk 
  3. Masukkan bahan-bahan topokki
  4. Setelah masak, boleh nikmati hidangan topokki 
topokki dookki korean topokki ioi city mall putrajaya
ramyeon topokki

Cara masak nasi goreng (hidangan kedua)

  1. Ambil bahan-bahan buffet untuk membuat nasi goreng
  2. Dengan menggunakan periuk yang sama, tuang minyak bijan dan biarkan panas seketika.
  3. Masukkan sos
  4. Masukkan bahan-bahan yang telah diambil bersama nasi. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati
nasi goreng kimchi dookki korean topokki ioi city mall putrajaya
nasi goreng kimchi, hidangan kedua

Kami cuma ambil bahan-bahan dan krew restoran jadi tukang masak. Kami jadi tukang rakam dan tukang makan je. Peminat cheese, boleh tambah cheese jika mahu tapi ada harga tambahan lah tapi...

Dookki IOI City mall price

Dewasa RM39.80
Kanak-Kanak RM19.80

Harga menu tambahan
Double Cheese Ring RM18.80
Snow Cheese RM9.80

Senarai Dookki Malaysia outlet

  • IOI City Mall, Putrajaya
  • Setia City Mall
  • 1 Utama 
  • Kluang, Johor 
  • R&F Mall, Johor Bahru
Anak buah kata, Uci pegi Dookki kan, nanti esok esok esok nak pergi lagi. Haa memang betullah tu, sekali pergi nak pergi lagi. Bukan setakat sedap. Selesa, banyak pilihan makanan dan harga pun berpatutan. Harga seiring pilihan dan tahap kesedapan gitu.

topokki dookki korean topokki ioi city mall putrajaya
muka ada senyum dapat makan topokki

Marilah kita ulang makan di Dookki Korean Topokki Buffet lagi dan lagi. 맛있게 먹어 (mas-issge meog-eo)!

16 comments:

  1. Kita yang terpaling dekat pun tak pernah masuk mencuba lagi...takpe..peminat korea ramai kat ofis ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya yang terpaling dekat tu kadang terpaling tak rajin nak pergi. hihi..takpelah, ada rezeki boleh jejak sini makan makan.

      Delete
  2. tak pandai betul makan di kedai makanan Korea. kalau ada geng baru pergi. menarik jugak kedai ni. aduh terliur lak petang-petang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pergi dengan geng makan makanan Korea baru syok makan. Menarik sangat Sal. Boleh cuba makan kat sini nanti :) Saya pun jadi lapar balik tengok. hihi...

      Delete
  3. Nak cari makanan Korea yang best payah sangat. Kalau kena dengan selera, memang repeat lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, yang ni macam nice kena dengan selera. Boleh ulang lagi.

      Delete
  4. Harga murah.
    Belum pernah lagi cuba. Hehe sudah ada tukang tunjuk dan boleh ulang lagi makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga berpatutan lagi kan. Sedap pun sedap. Mesti ulang makan sebab sedap!

      Delete
  5. Makanan Korea ni, anak-anaklah paling suka terutama Firdaus.

    ReplyDelete
  6. nampak menarik.. kat penang macam belum ada..

    ReplyDelete
  7. yg lain semua boleh mkn kecuali nasi.. nasi dia lain mcm sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab dicampur kimchi kot. Tapi saya suka, sedap!

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.