Fenomena Gerhana Bulan Penuh Berdarah (Super Flower Blood Moon) 8 November 2022
Fenomena Gerhana Bulan penuh 'Berdarah' kali terakhir berlaku pada 26 Mei 2021. Gerhana Bulan penuh 'Berdarah' atau disebut juga Super Flower Blood Moon akan berlaku lagi pada hari Selasa, 8 November 2022. Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi.
Gerhana bulan adalah tanda keagungan Allah SWT dan tiada kaitan dengan kematian atau kehidupan sesiapa seperti kepercayaan pada zaman Jahiliah. Tindakan apabila fenomena gerhana bulan penuh berlaku, umat Islam digalakkan membaca doa gerhana bulan penuh dan mendirikan solat sunat dua rakaat.
Bilakah gerhana bulan berlaku?
Menurut pakar falak tanah air, Datuk Dr. Azahari Mohamed, Gerhana Bulan penuh mula berlaku pukul 4.03 petang bagi sentuhan P1, gerhana tersebut hanya boleh dilihat ketara mulai 6.59 petang pada 8 November 2022.
Central lunar eclipse merupakan gerhana penuh yang mempunyai nilai magnitud umbra yang tinggi, tempoh yang panjang dan nilai gamma yang rendah. Magnitud umbra pada kali ini ialah 1.3607 dan nilai Gamma adalah 0.2570 dengan tempoh gerhana penuh maksimum adalah selama 85.7 minit.
Masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya mula kelihatan ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 21:56:08.
Pemerhati dinasihatkan untuk berada di kawasan yang tidak mempunyai halangan di arah timur seperti kawasan yang tinggi ataupun pantai yang menghadap ke arah timur supaya dapat menyaksikan gerhana tersebut seawal mungkin.
– 1 November 2022 : Bulan Suku Pertama
اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ
Astaghfirullaahal 'azhiim
Ertinya: "Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung."
Bacaan takbir semasa gerhana bulan.
اللهُ أَكْبَرُ
Allaahu akbar
Ertinya: "Allah Maha Besar"
Bacaan zikir seperti takbir, tasbih, tahlil, dan tahmid selengkapnya adalah Subhanallah, walhamdulillah, wa laa ilaha illallah, wallahu akbar, walahaula wala quwwata illa billahil aliyil adzim
Ertinya: "Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada satu Tuhan pun yang disembah kecuali Allah, dan Allah Maha Besar"
Lafaz niat:
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
"Sahaja aku solat sunat gerhana BULAN dua rakaat kerana Allah Taala."
Kaifiat:
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut :
Rakaat Kedua
Sumber rujukan :
Gerhana bulan adalah tanda keagungan Allah SWT dan tiada kaitan dengan kematian atau kehidupan sesiapa seperti kepercayaan pada zaman Jahiliah. Tindakan apabila fenomena gerhana bulan penuh berlaku, umat Islam digalakkan membaca doa gerhana bulan penuh dan mendirikan solat sunat dua rakaat.
Bilakah gerhana bulan berlaku?
Menurut pakar falak tanah air, Datuk Dr. Azahari Mohamed, Gerhana Bulan penuh mula berlaku pukul 4.03 petang bagi sentuhan P1, gerhana tersebut hanya boleh dilihat ketara mulai 6.59 petang pada 8 November 2022.
sumber : mysa.gov.my |
Gerhana Bulan Penuh 8 November 2022
Fenomena Gerhana Bulan Penuh berlaku pada hari Selasa 8 November 2022 dimana akan berlaku 5.8 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu pada jarak 404,923km.Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan serta sebahagian utara dan timur Eropah.
Maksud gerhana bulan penuh merupakan central lunar eclipse, iaitu gerhana bulan yang berlaku apabila cakera Bulan melalui paksi bayang umbra Bumi yang berada di tengah-tengah bayang umbra Bumi.
Central lunar eclipse merupakan gerhana penuh yang mempunyai nilai magnitud umbra yang tinggi, tempoh yang panjang dan nilai gamma yang rendah. Magnitud umbra pada kali ini ialah 1.3607 dan nilai Gamma adalah 0.2570 dengan tempoh gerhana penuh maksimum adalah selama 85.7 minit.
Gerhana Bulan Penuh 2022 di Malaysia
Di Malaysia, fenomena Gerhana Bulan Penuh ini berlaku mulai jam 16:02 dan berakhir pada jam 21:56 waktu tempatan. Fenomena tersebut tidak dapat dilihat di Malaysia pada permulaan fasa gerhana penumbra dan separa kerana ia berlaku apabila Bulan berada di bawah ufuk.Masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya mula kelihatan ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 21:56:08.
Pemerhati dinasihatkan untuk berada di kawasan yang tidak mempunyai halangan di arah timur seperti kawasan yang tinggi ataupun pantai yang menghadap ke arah timur supaya dapat menyaksikan gerhana tersebut seawal mungkin.
- Magnitud gerhana umbra (Umbral Eclipse Magnitude) ialah pecahan diameter Bulan yang dilitupi oleh bayang umbra Bumi ketika gerhana maksimum. Ia dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50). Magnitud Gerhana Umbra kurang daripada 1.0 untuk gerhana separa, kurang daripada 0.0 untuk gerhana penumbra, dan sama dengan atau lebih besar daripada 1.0 untuk gerhana penuh.
- Gamma ialah jarak (dalam unit jejari khatulistiwa Bumi) antara pusat cakera Bulan dari pusat bayang umbra Bumi ketika gerhana maksimum iaitu apabila Bulan melintas paling dekat dengan paksi bayang umbra Bumi.
- Central Lunar Eclipse berlaku apabila cakera Bulan melalui paksi bayang umbra Bumi ketika gerhana. Ia lazimnya adalah fasa gerhana penuh dan mempunyai magnitud umbra yang besar, tempoh gerhana maksimum yang panjang dan nilai gamma yang rendah.
sumber : mysa.gov.my |
– 1 November 2022 : Bulan Suku Pertama
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada jam 14:37
– 8 November 2022 : Gerhana Bulan Penuh
Gerhana Bulan Penuh berlaku mulai jam 16:02 dan berakhir pada jam 21:56 waktu Malaysia dan dapat dilihat dari tenggara Eropah, Asia, Australia, Pasifik dan Amerika. Di Malaysia, fenomena tersebut tidak dapat kelihatan secara keseluruhan kerana fenomena ini mula berlaku semasa hari masih siang dan Bulan masih berada di bawah ufuk.

Ia dapat dilihat apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur, ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 21:56.
Fasa-fasa Gerhana Bulan Penuh :
• Penumbral bermula: 16:02
• Separa bermula: 17:09
• Maksimum: 19:00
• Separa berakhir: 20:49
• Penumbral Berakhir: 21:56
Fasa-fasa Gerhana Bulan Penuh :
• Penumbral bermula: 16:02
• Separa bermula: 17:09
• Maksimum: 19:00
• Separa berakhir: 20:49
• Penumbral Berakhir: 21:56
Bulan Penuh/ Bulan Purnama
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 19:02
– 16 November 2022 : Bulan Suku Akhir/ Ketiga
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 19:02
– 16 November 2022 : Bulan Suku Akhir/ Ketiga
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada jam 21:27
– 18 November 2022 : Kemuncak Hujan Meteor Leonids
– 18 November 2022 : Kemuncak Hujan Meteor Leonids
Hujan Meteor Leonids boleh dilihat mulai 6 hingga 30 November. Kemuncak Hujan Meteor Leonids berlaku pada awal pagi 18 November 2022 dengan purata 10 meteor per jam dalam keadaan langit gelap. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah kurang bagus kerana gangguan fasa bulan suku ketiga semasa kemuncak berlaku.
– 24 November 2022 : Bulan baru
– 24 November 2022 : Bulan baru
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 06:57
– 30 November 2022 : Bulan Suku Pertama
– 30 November 2022 : Bulan Suku Pertama
Gerhana Matahari Separa berlaku mulai jam 16:58 dan berakhir pada jam 21:02 waktu Malaysia. Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada jam 22:36
Doa Gerhana Bulan penuh
Berikut bacaan doa memohon ampun kepada Allah SWT semasa gerhana bulan.اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ
Astaghfirullaahal 'azhiim
Ertinya: "Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung."
Bacaan takbir semasa gerhana bulan.
اللهُ أَكْبَرُ
Allaahu akbar
Ertinya: "Allah Maha Besar"
Bacaan zikir seperti takbir, tasbih, tahlil, dan tahmid selengkapnya adalah Subhanallah, walhamdulillah, wa laa ilaha illallah, wallahu akbar, walahaula wala quwwata illa billahil aliyil adzim
Ertinya: "Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada satu Tuhan pun yang disembah kecuali Allah, dan Allah Maha Besar"
Cara solat sunat gerhana bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
"Sahaja aku solat sunat gerhana BULAN dua rakaat kerana Allah Taala."
Kaifiat:
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut :
Rakaat Pertama
- Takbiratul Ihram.
- Membaca doa Iftitah.
- Membaca surah al-Fatihah.
- Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
- Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
- lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
- Membaca surah Ali-lmran atau mana-mana surah.
- Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
- Iktidal.
- Sujud dan membaca tasbih.
- Duduk antara dua sujud.
- Sujud kembali.
- Berdiri ke rakaat kedua.
Rakaat Kedua
- Membaca surah al-Fatihah.
- Membaca surah al-Nisa' atau mana-mana surah.
- Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
- lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
- Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
- Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
- Iktidal.
- Sujud dan membaca tasbih.
- Duduk antara dua sujud.
- Sujud kembali.
- Membaca tasyahud akhir.
- Memberi salam.
Sumber rujukan :
1. https://www.mysa.gov.my/category/announcements/
2. https://muftiwp.gov.my/pengumuman-2018/2270-fenomena-gerhana-bulan-penuh-pada-31-januari-2018
3. Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Falak Online (Encik Shahrin bin Ahmad; Ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan) http://falakonline.net/semesta/2018/01/maklumat-lengkap-fenomena-gerhana-bulan-penuh-31-januari-2018/
Falak Online (Encik Shahrin bin Ahmad; Ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan) http://falakonline.net/semesta/2018/01/maklumat-lengkap-fenomena-gerhana-bulan-penuh-31-januari-2018/
Biasanya kalau jadi gerhana bulan, tak boleh tengok, sebab hujan lebat. :)
ReplyDeletePerasan juga tu. Sekarang pun musim hujan.
DeleteTerima kasih atas perkongsian info menarik ini.
ReplyDeleteSama-sama kak :)
DeleteBesok ni... tq infonya fiza
ReplyDeleteYe Kak Mim. Sama sama :)
DeleteBesoklah gerhana bulan penuh kan Fizah.
ReplyDeleteTeringat dulu waktu sekolah menengah rendah, ustaz ajar kami solat gerhana bulan.
Ye kak Amie. Esok kejadiannya :)
DeleteKamu buat solat gerhana selepas maghrib di surau
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteAlhamdulillah.. Info yang bagus..
ReplyDeleteAlhamdulillah...
Delete