Hadir Mesyuarat Projek Juta-Juta Megah Holdings
Yang tengok drama melayu dulu-dulu mesti familiar dengan Megah Holdings. Asal orang kaya je mesti ada babak meeting buat projek juta-juta. Pelakon Mustapha Kamal lah yang selalu bawa watak orang kaya. Papa Kaya projek juta-juta. Kan?
Bermula dari pukul 9 lebih sebenarnya. Biasalah kalau acara begini jarang on time. Sabar je lah menunggu kan. Hampir yang datang adalah golongan warga emas. Golongan muda boleh dikira dengan jari. Mungkin wakil peserta atau peserta baru yang mewarisi.
Alhamdulillah...Selesai satu urusan balik kampung. Banyak lagi urusan nak diuruskan bila balik kampung selain balik kampung jumpa mak abah. Itu yang balik rumah, kena rehat dulu recharge energy barulah dapat buat kerja kerja tertunggak.
Buat pertama kalinya saya menyertai mesyuarat projek juta-juta. Tapi bukan Megah Holdings lah. Projek Felcra Tebing Tinggi 3 Kali ke-8. Pertama kali hadir ke mesyuarat besar macam ni sebab baru jadi peserta Felcra Tebing Tinggi 3 Segamat Berhad.
Sebetulnya saya dah jadi peserta sejak setahun lepas, selepas selesai abah saya tukar nama kepada anak bongsu dia ni. Yang lain dah dapat tanah masing awal-awal lagi. Sayalah orang paling terakhir dapat. begitulah kasihnya seorang abah, dah bahagi siap-siap pada setiap orang anak.

Tapi disebabkan COVID-19, urusan tukar nama jadi lambat dan tak mudah. Mesyuarat Agung pun tak dapat dibuat dalam kumpulan yang ramai. Hampir 1000 orang peserta tu!
Kiranya Mesyuarat kali ni mesyuarat tertangguh selepas 2 tahun tak ada mesyuarat. Tahun lepas dapat surat nak buat mesyuarat online tapi tak jadi pula.
Bermula dari pukul 9 lebih sebenarnya. Biasalah kalau acara begini jarang on time. Sabar je lah menunggu kan. Hampir yang datang adalah golongan warga emas. Golongan muda boleh dikira dengan jari. Mungkin wakil peserta atau peserta baru yang mewarisi.
Satu pengalaman baru untuk saya. Masa pendaftaran dapat lah pek makan pagi (mi goreng dan kuih), makan tengahari (nasi minyak, ayam masak merah dan acara nanas timun) dan juga air mineral sebotol.
Habis kami makan kongsi berdua suami isteri. Lapar punya pasal. Sebelum pergi tak sempat nak jamah makanan. Air pun tak sempat nak minum. Kelam kabut kejar masa. Mujurlah tak jauh sangat dari rumah.
Alhamdulillah...Selesai satu urusan balik kampung. Banyak lagi urusan nak diuruskan bila balik kampung selain balik kampung jumpa mak abah. Itu yang balik rumah, kena rehat dulu recharge energy barulah dapat buat kerja kerja tertunggak.
Hampir 1000 orang...ramai!
ReplyDeleteAlhamdulillah...lega dah selesai satu urusan, terutamanya urusan tukar nama tu.
Ye, ramai. Penuh dewan kak. Alhamdulillah selesai urusan :)
DeleteFiza boleh offer diri jadi photographer mesyuaratlah gini..confirm mantul gambar
ReplyDeleteLebih baik kita perati je Ammi :)
Delete