Hasil Petik Kacang Botor, Dapat Juga Buat Lauk

Lepas siap mengemas kebun sekakang kera belakang rumah mak tu, dapatlah membelek pokok kacang botor atau kacang botol. Kacang botol in english "winged bean" dan kacang botol in chinese "si-jiao-dou". Selain itu, ada nama lain lagi untuk kacang botor?

Saya tak pasti mak saya tanam atau tumbuh sendiri tak tahu lah. Di kampung ni campak je benih apa pun, menjadi hidup subur je dia. Kann...

Mak tak makan kacang botor, itu yang tak terambil tu. Anak yang sorang ni kalau balik, semua pokok mak dibeleknya. Kalau tak ambil gambar, ambil hasilnya. Tak pun tukang buang-buang semak sikit.

Banyak kacang botor yang dah tua dan keras. Tak boleh dah nak petik buat lauk. Biarkan je sampai dia kering dan nanti bijinya akan jadi benih. 

kacang botor

Dalam banyak yang tua dan keras tu, ada jugalah rezeki yang kacang botor muda budak sekolah rendah dan sekolah menengah. Jadilah kan buat ulam atau lauk. Tapi tak sempat buat ulam. Buat lauk je terus. Dapatlah bawa balik rumah. Extra sedap bila dapat makan sayur fresh from pokok.

kacang botor

Ini hanya sebahagian sahaja. Balik rumah dapatlah buat lauk kacang botor tumis 2 kali hidangan. Teringat dulu dulu mak suka masak kacang botor tumis campur dengan cendawan sisir. Musim musim hujan ni mesti banyak tumbuh.

Kalau dibuat kerabu kacang botor pun sedap. Apa lagi resipi kacang botol yang sedap? Kongsikan di kotak komen dibawah.

22 comments:

  1. Akak suka kacang botol ni, buat ulam jer senang. Tapi kalau kat kedai ikan bakar sambal tu, dia hiris2 masuk dalam lauk sotong bakar sambal, sedap jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka juga buat ulam cicah sambal belacan. Sedap! Ohh ada ye ikan bakar letak kacang botor. Belum jumpa lagi. Tapi boleh cuba buat sendiri. Terima kasih share kak.

      Delete
  2. saya suka campur dalam telur dadar nanti makan ada bunyi krup krup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik juga tu campur buat telur dadar. Terima kasih share :)

      Delete
  3. Rindu plak arwah abah... Ni antara ulam yg paling dia suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ada sesuatu kesukaan orang yang kita sayang, pasti kita akan ingat sampai bila bila walaupun telah tiada. Keep strong KakRet!

      Delete
  4. Saya pernah masak sambal goreng..Gantikan kacang panjang kepada kacang botor ni...
    http://namakucell.blogspot.com/2020/07/sambal-goreng-kacang-botor-pkpp-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Ohh belah sana panggil kecipir ye. Bahasa jawa ke wak?

      Delete
  6. ammi panggil kacang botol..jarang ammi buat ulam sbb ammi tak reti sangat makan ulam. so ammi buat goreng belacan pedas, goreng bercili...janji digoreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Tengok tempat juga. Kalau kat kampuung memang panggil kacang botol. Goreng pedas tu sedap. Kiranya kena masak baru Ammi makan ye.

      Delete
  7. Akak panggil kacang botol. Atau kadang cakap Jawa, kecipir (macam wak kata tu). Tak tau masak lain, biasa tumis dengan cili kisar+belacan tu jelah.

    Seronok Fiza, ronda kebun mak dapat banyak hasil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Kecipir tu jawa ye. Masak tumis tu paling biasa orang buat cuma kadang bahan tu berbeza sikit. Alhamdulillah ada hasilnya membelek tanaman mak :)

      Delete
  8. Sedapnya kacang botol. iena suka makan kacang botol. Kat kampung mak ada tanam, iena suka amek yang muda muda kecik2 tu buat ulam hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau botol sedap rangup. Buat ulam cicah sambal belacan pun sedap.

      Delete
  9. antara feveret ulam aida & husband.
    rangup! best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..sedap kacang botor muda buat ulam cicah sambal belacan.

      Delete
  10. Sedap ni kalau masak tumis dengan belacan, bubuh cili banyak, biar pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cili wajib letak, ada rasa pedas tu yang berselera makan. Tak boring..hehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.