KFC Spicy Smoky Crunch BAHARU dengan Aroma Salai Dan Pedas
Dah Cuba KFC Spicy Smoky Crunch BAHARU? Baca dari KFC Spicy Smoky Crunch review, semua cakap sedap! Jadi tak nak ketinggalan keretapi, kita cubalah juga KFC Spicy Smoky Crunch ni.
Mulanya encik suami nak beli secara pandu lalu je di KFC Bandar Seremban lebih kurang pukul 8 malam macam tu. Sekali KFC Spicy Smoky Crunch tak ada stok katanya. Pergilah encik suami ke cawangan KFC lain, KFC Centerpoint Seremban Shopping Mall.
Di situlah baru ada stok KFC Spicy Smoky Crunch. Terpaksalah parkir dan membeli secara walk in. Beli satu set kombo 2 ketul dengan harga RM17 lebih tak silap. Jadilah buat raso raso. Satu set lagi beli snack plate macam biasa. Encik suami taknak KFC Spicy Smoky Crunch takut tak sedap katanya.
Nak selamat beli lah satu set snack plate. Lepas tu kita buat sistem barter, dapatlah sorang satu seketul ayam KFC Spicy Smoky Crunch dan seketul ayam KFC hot & spicy. Adil dan saksama gitu dapat merasa dua-dua.
Ayam goreng Hot & Spicy signature KFC memang sedap. Dah lupa dah rasa ayam KFC original tu sebab setiap kali beli mesti pilih ayam Hot& Spicy. Ayam KFC memang tiada tandingan lah. Ingat ayam goreng mesti ingat KFC.
Kini diolah salai dengan inovasi menu terbaharu, KFC Spicy Smoky Crunch! Haruslah kita cuba juga. Sejenis pempedas memang wajib cuba. Pempedas eh? Ada ke istilah pempedas? hehe...
![spicy smoky crunch kfc review spicy smoky crunch kfc](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwLmlAf7Yg04LwYx5F_XGaX3-Wyr4sUdX1o3F7GSUrCOpi88O0ux9kukyIKw1odHARsaAsW0qSTtDKj3tVyDYeVOjzzXxd7KtpvRRYnvaTI87cbIzNEiC6EPYE55aA0hs_radBaqNDWeae8rnl9KprPiMrsNhBFUCKIrM6SwTcZZEEeMy8d1vwl-lIjA/s16000-rw/KFC%20Spicy%20Smoky%20Crunch%20baharu.webp)
Dia punya rupa paras wow sangat. Boleh nampak kepedasan tu. Kan? Tepung bersalut tebal dengan taburan rempah tak nak kalah. Paduuu!
Satu set dengan 2 ketul ayam sama macam set snack plate cuma KFC Spicy Smoky Crunch tak ada roti bun tu je. Biasanya macam tu lah kan. Kalau set baru mesti tak ada roti bun. Kenapa ek? Soalan tak wajib jawab tapi kalau tahu boleh jawabkan.
![spicy smoky crunch kfc review spicy smoky crunch kfc](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdttF_n0LmSvSSDCdVF115hypz40rH0tqcKDUtL6lEomvDIlreqjLz7CqG-zX9S0r1FQ39lcBYsgGlXpBlNvBxEl65SYPTT1VryjwOQ_HSeRLwa32t1GQT8WTpZXDWHktPW4uYibcsLh5qTgTQWVqwWTYKcKqGJ0ZzK2hs4Ag1-DzrQErRjPzMXukhjg/s16000-rw/KFC%20Spicy%20Smoky%20Crunch.webp)
Nampak macam pedas tapi bagi seorang pempedas, rasa dia taklah pedas melampau. Pedas masih boleh bawa bincang. Budak budak yang boleh makan pedas rasanya masih tahan dan boleh makan kot.
Aroma salai dan rempah KFC Spicy Smoky Crunch je tak boleh bawa bincang. Aroma bau dia tu menawan selera betullah. KFC Spicy Smoky Crunch sedap sehingga menjilat jari. Slogan KFC tu dah digunakan semula ke tidak?
![spicy smoky crunch kfc review spicy smoky crunch kfc](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxH7nmup8HLNAsJA6FPBPVIqpMvb6Pn7Va3Zde5wbisPcLJtIrQmk5lxgjoYIir8ExoDeu3AWOmqNH0lUE8DtJDQN_w5pTM3ql56Xd0eBbxFZwNRe1_dMK4DrwKEMHLeyTV1rNbjI808tLfK_IAHxROMn1dmgY3IOFo24Nc_aJ9EOd4zjxS7t-T5ziNQ/s16000-rw/KFC%20Spicy%20Smoky%20Crunch%20Chilli%20Sauces.webp)
Nanti boleh cuba KFC banana chocolate ball. KFC Spicy Smoky Crunch ni pun tak pasti sampai bila. Nak cuba silakan. KFC Spicy Smoky Crunch viral juga agaknya, itu yang cepat sangat habis.
KFC Spicy Smoky Crunch BAHARU
KFC Spicy Smoky Crunch diinspirasikan dari espetadas, iaitu hidangan tradisi Portugis yang terkenal dengan rasa salai yang sempurna. Rasa salai Portugis dengan kehangatan ekstra serta kerangupan yang sedap hingga menjilat jari!Gabungan herba dan rempah ratus Portugis seperti paprika salai, lada benggala merah, bawang putih, lada hitam, dan serbuk tomato bergabung dengan satu-satunya perasa Hot & Spicy ikonik ini memberikan rasa yang sedap dalam setiap gigitan rangup!
Tudiaa dia punya penerangan. Boleh terbayang kepedasan dan kehangatan rasa pedas tu. Encik suami bawa masuk rumah pun dah terbau aroma rempah. Tak sabar nak makan!
Dalam tak sabar sempat juga digambarkan KFC Spicy Smoky Crunch ni. Kerja seorang blogger, kena ambil gambar barulah ada modal untuk content blog. Bukan begitu?
Tudiaa dia punya penerangan. Boleh terbayang kepedasan dan kehangatan rasa pedas tu. Encik suami bawa masuk rumah pun dah terbau aroma rempah. Tak sabar nak makan!
Dalam tak sabar sempat juga digambarkan KFC Spicy Smoky Crunch ni. Kerja seorang blogger, kena ambil gambar barulah ada modal untuk content blog. Bukan begitu?
![spicy smoky crunch kfc review spicy smoky crunch kfc](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwLmlAf7Yg04LwYx5F_XGaX3-Wyr4sUdX1o3F7GSUrCOpi88O0ux9kukyIKw1odHARsaAsW0qSTtDKj3tVyDYeVOjzzXxd7KtpvRRYnvaTI87cbIzNEiC6EPYE55aA0hs_radBaqNDWeae8rnl9KprPiMrsNhBFUCKIrM6SwTcZZEEeMy8d1vwl-lIjA/s16000-rw/KFC%20Spicy%20Smoky%20Crunch%20baharu.webp)
Dia punya rupa paras wow sangat. Boleh nampak kepedasan tu. Kan? Tepung bersalut tebal dengan taburan rempah tak nak kalah. Paduuu!
Satu set dengan 2 ketul ayam sama macam set snack plate cuma KFC Spicy Smoky Crunch tak ada roti bun tu je. Biasanya macam tu lah kan. Kalau set baru mesti tak ada roti bun. Kenapa ek? Soalan tak wajib jawab tapi kalau tahu boleh jawabkan.
![spicy smoky crunch kfc review spicy smoky crunch kfc](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdttF_n0LmSvSSDCdVF115hypz40rH0tqcKDUtL6lEomvDIlreqjLz7CqG-zX9S0r1FQ39lcBYsgGlXpBlNvBxEl65SYPTT1VryjwOQ_HSeRLwa32t1GQT8WTpZXDWHktPW4uYibcsLh5qTgTQWVqwWTYKcKqGJ0ZzK2hs4Ag1-DzrQErRjPzMXukhjg/s16000-rw/KFC%20Spicy%20Smoky%20Crunch.webp)
Nampak macam pedas tapi bagi seorang pempedas, rasa dia taklah pedas melampau. Pedas masih boleh bawa bincang. Budak budak yang boleh makan pedas rasanya masih tahan dan boleh makan kot.
Aroma salai dan rempah KFC Spicy Smoky Crunch je tak boleh bawa bincang. Aroma bau dia tu menawan selera betullah. KFC Spicy Smoky Crunch sedap sehingga menjilat jari. Slogan KFC tu dah digunakan semula ke tidak?
Kentucky Fried Chicken menggantung secara sementara slogan iklan lamanya "sedap sehingga menjilat jari" atau "it's finger lickin' good" dan menyifatkannya tidak sesuai dalam situasi pandemik Covid-19 sekarang di mana kebersihan peribadi telah menjadi keutamaan untuk menghentikan penularan.
Rasa rempah dan kepedasan tu bukan hanya salutan tepung di luar je. Rasa dia sampai ke dalam isi juga. Walaupun tak sepenuhnya terasa tapi terasa jugalah.
Tercari cari sos cili tapi tak jumpa sos cili yang biasa tu. Yang ada sos cili ni, adakah KFC dah tukar pek sos baru atau hanya didatangkan bersama KFC Spicy Smoky Crunch sahaja? Almaklumlah dah lama tak makan KFC kan.
![spicy smoky crunch kfc review spicy smoky crunch kfc](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxH7nmup8HLNAsJA6FPBPVIqpMvb6Pn7Va3Zde5wbisPcLJtIrQmk5lxgjoYIir8ExoDeu3AWOmqNH0lUE8DtJDQN_w5pTM3ql56Xd0eBbxFZwNRe1_dMK4DrwKEMHLeyTV1rNbjI808tLfK_IAHxROMn1dmgY3IOFo24Nc_aJ9EOd4zjxS7t-T5ziNQ/s16000-rw/KFC%20Spicy%20Smoky%20Crunch%20Chilli%20Sauces.webp)
Selain KFC Spicy Smoky Crunch BAHARU, boleh cuba KFC Banana Chocolate Ball pemanis terbaharu KFC.
KFC Banana Chocolate Ball
Kemanisan inti coklat dengan ketulan pisang sebenar disaluti bebola emas rangup. Sesuai dinikmati selepas hidangan salai dan pedas.Nanti boleh cuba KFC banana chocolate ball. KFC Spicy Smoky Crunch ni pun tak pasti sampai bila. Nak cuba silakan. KFC Spicy Smoky Crunch viral juga agaknya, itu yang cepat sangat habis.
sedap saya pun dah terpengaruh tengok kak Amie dan Dana makan cepat2 order juga,pedas yang boleh diterima kan Pia yang tak suka pedas pun boleh makan
ردحذفmemang sedaplah.... cumaaaa...saiz ayamnya tu kecik jew hihihiii.
حذفDah order juga ye. A'ah pedas yang biasa biasa je.
حذفYang saya dapat ni saiz sederhana. Boleh tahan lagi tapi yang lagi satu snack plate tu memang saiz kecil lah. huhu...
حذفlama x makan kfc..nampak pedas tu..emmm
ردحذفSamalah, baru ni nak cuba yang baru :) Dia tak pedas berapi sangat.
حذفFirdaus kata tak pedas, mungkin sebab dia kuat makan pedas. Pedas sikit-sikit jew kan Fizah, menyengat juga rasa rempah dan rasa salainya. Tapi, memang sedaplah. Kalau boleh, nak selalu makan sampai jemu hihihiiiii....!
ردحذفFirdaus hebat makan pedas. Tu yang tak terasa kot. hihi..pedas pedas manja gitu. Rempah dia memang menyengat betul. Sedap tu sedap boleh buat rasa teringin nak makan lagi.
حذفLaris sungguh...sampai ada tempat habis stok ya 😀
ردحذفAkak belum mencuba lagi. Kena beli satu set biasa jugak kot macam Fiza & suami, bimbang rasanya tak menepati selera.
Tak sangka laris betul. Kalau nak rasa, beli 1 set ada dua ketul tu okaylah rasa sorang seketul kak.
حذفAntara kfc spicy dengan yang ni ..mana satu lebih pedas? Dah lama tak makan kfc ni.
ردحذفSpicy smoky crunch ni pedas sikit lah pada saya.
حذفkfc kat indonn ni mesti ada nasi ganti coleslaw dgn kentang putar ., huhuhu
ردحذفOh ye ke wak...Alahaii..mesti wak rindu kentang putar dan coleslaw kan...
حذفDari hari tu lagi terliur tetapi tak yakin nak beli sebab kadang2 menu baru kfc ni ada yang ‘fail’ rasanya. Okey, dah teracun baca review Fiza. Akak pempedas… nak gi belilah 😊
ردحذفBeli 1 set seketul sorang pun jadilah Kak Farrah, buat rasa rasa. Kalau sedap boleh beli lagi..Silakan mencuba kak Farrah :)
حذفDah lama sangat tak makan ni. Sampaintak perasan tagline tu digantung sementara atau pek sos tu dah berubah. Orang Portugis memang suka rempah ye. Patutlah dulu sanggup berlayar ke Melaka
ردحذفAda terbaca pasal tagline tu. Sekarang ni tak tahulah Sal. Orang Portugis suka guna rempah rempah pedas kot agaknya. hihi...
حذفkalau tak pedas sgt bolehlah sy try
ردحذفBiasa biasa je Anies. Boleh cuba nanti.
حذفSedap ya? Kira berjaya KFC kali ini.
ردحذفNantilah kalau terlalu depan KFC. Hehe.
Boleh tahan sedap juga. Boleh makan dan boleh ulang makan. Selamat mencuba :)
حذفseriously, lama sungguh aida x ngap kfc, fiza.
ردحذفlast ari tu time pkp 2.0 kot. last year.
yes yes. beli kat area gangsa tu, drive thru.
ari tu offer snack plate rm10 pun tak join.
sebab kerja kat KL hari tu.
Lepas ni bolehlah cuba yang baharu ni Kak Aida. RM10 haritu saya tak sempat beli, sehari promo memang tak sempatlah cerita dia.
حذفNampak sedap
ردحذفMemang sedap. Cubalah nanti :)
حذفTengok gambar pun. Nampak menyelerakan
ردحذفSangat menyelerakan. Bolehlah cuba nanti Lyana :)
حذف