Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) : Cuti Umum, Tol Percuma, Bayaran Gaji, Pencen dan BKM Awal
Tarikh mengundi 2022 pada hari Sabtu 19 November 2022, Hari Malaysia memangkah. Semak tempat mengundi 2022 dan semak calon pilihan raya sebelum pergi mengundi. Sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), banyak berita baik yang teleh diumumkan seperti dibawah.
sumber : astroawani |
Cuti Umum 18 dan 19 November 2022
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan Jumaat dan Sabtu ini diisytiharkan sebagai hari pelepasan am bagi memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Bayaran pencen pada 14 November 2022
Kerajaan mengumumkan bayaran pencen penjawat awam diawalkan pada 14 November 2022.Bayaran BKM bermula pada 15 November 2022
Tarikh bayaran BKM (Bantuan Keluarga Malaysia) fasa 4 2022 yang sepatutnya dijadualkan pada bulan Disember 2022 diawalkan kerana ingin membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laur (MTL).
Bayaran BKM Fasa 4 akan mula dikreditkan pada hari Selasa, 15 November 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada hari Jumaat, 18 November 2022.
sumber : astroawani
Bayaran BKM Fasa 4 akan mula dikreditkan pada hari Selasa, 15 November 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada hari Jumaat, 18 November 2022.
Bayaran gaji penjawat awam diawalkan pada 17 November 2022
Kerajaan bersetuju dan mengumumkan tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam bagi bulan November diawalkan pada 17 November 2022.Tol percuma pada 18 dan 19 November 2022
Kerajaan mengumumkan tawaran tol percuma oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya pada 18 dan 19 November 2022. Perkhidmatan tol percuma selama dua hari kepada para pengguna sempena PRU15 bermula pada jam 12.01 tengah malam pada 18 November 2022 sehingga jam 11.59 malam 19 November 2022.sumber : astroawani
yeay, gaji masuk awal bulan ni. hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah...untung penjawat awam :)
Deletekalau jumaat cuti, risaunya kamis tu jem pulak... aduhla lemah betul bila layan jem nak balik kampung
ReplyDeleteRasanya Khamis dan Jumaat mesti jem. Memang lemah betul nak layan jem.
DeleteHarap cuti ahad
ReplyDeleteBolehlah sambung cuti kan...
Deletebestnya tol percuma. kalau kena bekerja pun takde masalah. biasalah orang suratkhabar
ReplyDeleteOrang suratkhabar orang penting tu Sal. Saya pun tak lalu tol. Tak merasalah tol percuma :)
Delete