Pisau Siang Udang Memudahkan Kerja Pembersihan Udang

Entah dari mana saya tengok pisau udang ni tak tahulah. Rasanya di facebook kot. Lepas tu saya cari di Shopee. Tengok harga murah, saya pun masuk bakul lalu terbeli. Beli dua, satu untuk saya dan satu untuk mak di kampung.

Selalu makan udang galah, memang wajiblah ada pisau khas pembersih udang dan boleh guna untuk potong juga bersihkan perut ikan juga. Lagi mudah ada pisau khas ni sebab saiznya yang lebih praktikal untuk buang usus udang dan bahagian perut udang yang berhampiran dengan otak udang.

gambar udang galah sungai

Untuk memudahkan kerja pembersihan udang, gunakan gunting yang tajam, buang segala sesungut dan kaki serta ekornya sikit. Buang bahagian kulit udang yang ditengah tu.

pisau khas pembersih udang

Udang ni kepala dia besar, otak kecil. Dalam kepala udang yang besar tu terletaknya perut dan sistem perkumuhan udang. Otak udang yang berhampiran dengan perut udang sentiasa terdedah kepada najisnya. 

Jadinya kena buang perut atau tahi yang terdapat dalam kepala udang. Saya buang sekali giginya.

cara bersihkan udang

Bahagian belakang yang dibuang kulitnya tu perlu dipotong bahagian tengah untuk keluarkan usus udang. Usus ke tahi entah. Yang panjang tu hitam tu. Dalam gambar selepas dibuang tahi tu.

Bahagian hujung pisau yang runcing dan bergigi tu sangat memudahkan untuk keluarkan tahi dan perut udang. 

Pisau ni sangat tajam je. Mudah betul nak potong bahagian belakang udang ni. Jangan pisau makan jari tuan sudah lah. Risau juga tu kalau tak berhati hati. Kot lah tiba tiba terberangan...

cara bersihkan udang

Bersih sudah udang galah ni. Sangat memudahkan kerja bersihakan udang berbanding guna pisau bersaiz biasa tu. Sebelum ni nak buang usus belakang tu guna pencungkil gigi yang belum digunakan, tebuk pada ruas ketiga dan tarik keluar. 

Macam tu pun mudah juga tapi lidi tu selalu terpatah lah pula. Dah ada pisau khas ni lebih baik. Untuk bersihkan udang biasa bersaiz kecil pun boleh. Biasanya kalau udang kecil sangat saya cabut terus kepala tinggal buang tahi belakang tu je. 

Belum rasmikan pisau ni untuk potong dan bersihkan perut ikan. Baru guna untuk udang je. Siang ikan lagi mudah guna gunting je untuk semua bahagian. 

Selesai pembersihan udang, lepas tu masak ringkas je. Udang goreng berlada dan kacang botor tumis.

udang goreng berlada dan kacang botor

Kalau nak beli pisau, boleh cari di Shopee...gunakan keyword pisau siang udang atau pisau udang nanti jumpalah. Harga murah seringit lebih je.

8 comments:

  1. Baru tahu ada pisau macam pencungkil. Buat masa ini belum pernah siang udang galah. Nampak mudah buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Saya pun baru tahu lalu terbeli juga. Lebih mudah untuk kerja menyiang udang.

      Delete
  2. Replies
    1. Memang bagus wak. Senang nak siang udang. Tapi kena hati hati sikit. Tajam betul pisaunya.

      Delete
  3. Replies
    1. Kiri kanan dia ada bentuk gigi kak Amie. Dalam gambar ketiga tu. Cuma tak nampak permukaan depan giginya yang bergerigi. Tak tahulah kalau saya silap bukan gigi atau dipanggil dengan nama lain.

      Delete
  4. beli di mana fiza? nampak mudah nk buang tahi udang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Shopee Nina. Ada bagitahu dalam entry :)
      Memang mudah kerja nak bersihkan udang.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.