Pucuk Ubi Kerinting Terpaling Sedap, Lembut Dan Tak Pahit
Balik kampung seronok dapat petik macam-macam jenis sayur yang boleh dibuat ulam. Haritu dapat petik kacang botor. Sebelum ni dapat juga makan pucuk ubi kerinting buat tambah tambah pucuk ubi yang biasa untuk dibuat ulam.
Setakat ni, saya cuma pernah makan pucuk ubi kerinting sahaja. Isinya belum pernah cuba makan lagi. Kena tunggu pokoknya besar ada ubi lah baru dapat merasa.
Ubi kerinting juga ada khasiatnya tersendiri. Itu kena kaji lagi lah. Saya malas nak mengkaji. Kalau nampak pokok ubi kayu kerinting ni bolehlah ambil pucuknya dibuat ulam atau dimasak. Ubi kayu kerinting boleh dimakan.
Pokoknya tak banyak. Yang ada pun ada sebatang dua je. Setakat nak makan sorang tu cukuplah. Mulanya tak sangka ada daun pucuk ubi kerinting dan boleh dimakan. Ingatkan sekadar pucuk ubi hiasan je.
Pucuk ubi di Malaysia ni ada pelbagai jenis pokok ubi kayu. Antaranya :
- ubi putih
- ubi merah
- ubi sawah
- ubi kerinting
- ubi perintis
- ubi gajah
- ubi 95
Ada juga nama nama yang saya baru pertama kali dengar.
Pucuk Ubi Kerinting
Pucuk ubi kerinting bentuknya bulatnya dan seperti kelopak bunga. Dikatakan pucuk ubi kerinting, pucuk ubi terpaling sedap kerana daunnya lebih lembut, kurang pahit dan cepat masak.Menariknya, daun pucuk ubi kerinting tidak perlu direbus dulu sebelum masak atau boleh dimakan begitu sahaja untuk dijadikan ulam.
Antara masakan pucuk ubi kerinting yang sedap dibuat ulam samada direbus atau tidak dan masak lemak cili api.
Isi ubi kerinting berwarna kuning, lebih berlemak rasanya dan ubi yang empuk. Isi ubinya boleh diolah buat kuih boko, kuih bakar, kuih getas, direbus dan macam-macam latgi.
Setakat ni, saya cuma pernah makan pucuk ubi kerinting sahaja. Isinya belum pernah cuba makan lagi. Kena tunggu pokoknya besar ada ubi lah baru dapat merasa.
Ada juga jenis ubi kayu yang tidak boleh dimakan. Kena tanya pada yang pakar. Yang penting, pucuk ubi memang sedap dibuat ulam cicah sambal belacan. Kena rebus dulu lah tapi...Belum pernah lagi makan pucuk ubi kerinting tak direbus walaupun ada yang kata lembut dan tak pahit.
teringin pula nak makan rendang pucuk ubi
ReplyDeleteOhh..buat rendang pun sedap ye. Menarik juga tu.
Deletetak pernah lagi makan pucuk ubi kayi keriting ni...selalu yang daunnya panjang panjang tu je
ReplyDeleteMacam susah juga nak jumpa ubi kerinting ni. Mak saya pun baru tanam rasanya.
Deleteseriously, aida x pernah makan pucuk ubi kerinting ni.
ReplyDelete1st time br tau. nampak sedap! aida ni peminat ulam tau.
any ulam pun makan. best!
Kalau jumpa orang jual kena beli dan cuba nanti kak Aida. Samalah kita pencinta ulam :)
Deletex penah makan sbb sy ni jenis takut nk mkn sayur pahit hehehe
ReplyDeleteHehe..faham faham..tapi yang ni tak pahit. confirm!
Deletekalau saya, tak pandai nak detect sayur tu boleh makan ke tidak unless kalau yang mainstream. huhu
ReplyDeleteSaya pun sama. Kena tanya yang pakar orang lama lama baru yakin nak makan.
DeleteBelum pernah try makan pucuk ubi jenis kerinting ini.
ReplyDeleteNanti kalau kak Amie jumpa, boleh try kak Amie.
Delete