Pusat Ikan Hiasan Port Dickson, masuk PERCUMA je!
Tujuan ke Port Dickson bukanlah semata-mata JJCM di Medan Ikan Bakar je. Tapi dalam masa yang sama kononnya nak 'healing' sekejap tepi pantai. Kononnya lah! Bawa siap-siap kerusi healing tu. Kami bercadang nak lepak tepi pantai di Tanjung Gemok yang belum pernah kami jejak lagi.
Semasa perjalanan, kami nampak port Kopilah Kopi tepian pantai ada karnival apa entah. Parkir sampai tepi jalan utama pun penuh. Pantai Cahaya dan Pulau Burung tak kurang hebatnya ramai manusia bepiknik tepi pantai. Di teluk Kemang jangan cakaplah dengan khemah merata. Hari cuti kan, begitulah...
Ye, memang bayaran masuk Pusat Ikan Hiasan Port Dickson percuma. Tapi kena mendaftar di kaunter pendaftaran. Kalau pergi ramai-ramai, tulis nama seorang je.
Sebelum sampai ke pintu masuk, boleh bergambar di mural Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ni.
Pintu masuk Pusat Ikan Hiasan. Cuaca panas betul ye di luar ni. Masa sampai, hujan panas rintik-rintik. Payung tak dibenarkan masuk, kena tinggalkan di luar.
Masuk-masuk je mereka akan minta ambil gambar. Hujung-hujung nanti sebelum keluar boleh beli. Tapi kami tak ambil gambar pun. Kebetulan ada sekeluarga depan kami, dapatlah kami mengelat ke tepi dan terus masuk. kita bergambar sendiri-sendiri je.
Ruang utama
Di ruang utama Pusat Ikan hiasan ni banyak juga jenis-jenis ikan yang ada. Aquarium yang menarik tengah-tengah ni banyak ikan berwarna hitam dan saiz comel-comel.
Tapak Sulaiman ada berbagai jenis saiz dan rupa parasnya. Semua melekap je pada cermin.
Beberapa jenis ikan yang dapat ditangkap tepat. Ada yang aktif, memang susah nak betul-betul tangkap rupa parasnya. Struggle juga nak ambil gambar benda bergerak tak reti duduk diam.
Ikan yang comel, eh sombongnya awak!
Ikan ni nampak macam baldu, geram rasa nak pegang je.
Ruang kedua berbentuk bulatan, luarannya seperti dalam gambar dibawah.
Ikan kerapu yang saiznya besar ya amat! Ada bermacam jenis dan rupa paras ikan kerapu.
Ruang ketiga ni nampak dramatik sikit dengan lampu merah. Lorong ni ada pintu masuk yang lain. Hujung sekali bilik pameran batu karang, bahan kajian dan yang lain saya lupa! Hehe...
Clownfish tapi lebih dikenali sebagai ikan nemo gara-gara movie finding nemo yang pernah popular satu masa dulu. Terus melekat nama gelaran ni. Comel!
Kuda laut, cuma ada beberapa je dalam satu Aquarium. Kecil comel je dia.
Perasan tak ikan ni macam kartun Adu Du BoBoiBoy. Adu Du versi ikan.
Sejenis siput yang sangat besar dan unik. Ini kalau boleh makan, boleh buat satu hidangan untuk 10 orang makan ni.
Spesis ikan pari yang comel. Eh eh mata dia tengok orang macam nak makan!
Spesis macam belut. Muka ganas bukan main lagi.
Sejenis ketam...ketam gemuk! Ishhh tak baik body shaming tau! Ketam ni comel kan, sampai kaki pun tak berapa nak nampak tu.
Terpana kejap dengan karang neon yang cantik ni. Tambah lagi tengok dia bergerak gerak ikut alunan air, cantik!
Hujung bilik pameran ada penyu agar yang diawet.
Dah habis dan puas hati, terus kita keluar tengok tempat penyu pula. Banyak juga penyu yang ada.
Penyu yang bersih dan berenang dengan riangnya dalam kolam ni.
Semasa perjalanan, kami nampak port Kopilah Kopi tepian pantai ada karnival apa entah. Parkir sampai tepi jalan utama pun penuh. Pantai Cahaya dan Pulau Burung tak kurang hebatnya ramai manusia bepiknik tepi pantai. Di teluk Kemang jangan cakaplah dengan khemah merata. Hari cuti kan, begitulah...
Nak lepak di Waterfront PD macam panas. Nampak signboard Pusat Ikan Hiasan. Ehhh..jomlah kita pergi Pusat Ikan Hiasan Port Dickson alang-alang tak tahu nak pergi mana. Pernah baca pusat ikan hiasan port dickson entrance fee PERCUMA je!
Ye, memang bayaran masuk Pusat Ikan Hiasan Port Dickson percuma. Tapi kena mendaftar di kaunter pendaftaran. Kalau pergi ramai-ramai, tulis nama seorang je.
Ramai juga yang berkunjung ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ni. Masing-masing ambil peluang datang dengan keluarga. Masuk percuma memang rugi lah kalau tak datang. Kalau bercuti ke Port Dickson, silalah masukkan Pusat Ikan Hiasan dalam senarai places to visit in Port Dickson.
Sebelum sampai ke pintu masuk, boleh bergambar di mural Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ni.
Pintu masuk Pusat Ikan Hiasan. Cuaca panas betul ye di luar ni. Masa sampai, hujan panas rintik-rintik. Payung tak dibenarkan masuk, kena tinggalkan di luar.
Masuk-masuk je mereka akan minta ambil gambar. Hujung-hujung nanti sebelum keluar boleh beli. Tapi kami tak ambil gambar pun. Kebetulan ada sekeluarga depan kami, dapatlah kami mengelat ke tepi dan terus masuk. kita bergambar sendiri-sendiri je.
Ruang utama
Di ruang utama Pusat Ikan hiasan ni banyak juga jenis-jenis ikan yang ada. Aquarium yang menarik tengah-tengah ni banyak ikan berwarna hitam dan saiz comel-comel.
Tapak Sulaiman ada berbagai jenis saiz dan rupa parasnya. Semua melekap je pada cermin.
Beberapa jenis ikan yang dapat ditangkap tepat. Ada yang aktif, memang susah nak betul-betul tangkap rupa parasnya. Struggle juga nak ambil gambar benda bergerak tak reti duduk diam.
Ikan yang comel, eh sombongnya awak!
Ikan ni nampak macam baldu, geram rasa nak pegang je.
Ruang kedua
Ruang kedua berbentuk bulatan, luarannya seperti dalam gambar dibawah.
Nampak macam batu tapi bukan. Ikan rupanya!
Ruang ketiga
Ruang ketiga ni nampak dramatik sikit dengan lampu merah. Lorong ni ada pintu masuk yang lain. Hujung sekali bilik pameran batu karang, bahan kajian dan yang lain saya lupa! Hehe...
Kuda laut, cuma ada beberapa je dalam satu Aquarium. Kecil comel je dia.
Perasan tak ikan ni macam kartun Adu Du BoBoiBoy. Adu Du versi ikan.
Spesis ikan pari yang comel. Eh eh mata dia tengok orang macam nak makan!
Spesis macam belut. Muka ganas bukan main lagi.
Sejenis ketam...ketam gemuk! Ishhh tak baik body shaming tau! Ketam ni comel kan, sampai kaki pun tak berapa nak nampak tu.
Hujung bilik pameran ada penyu agar yang diawet.
Dah habis dan puas hati, terus kita keluar tengok tempat penyu pula. Banyak juga penyu yang ada.
Penyu yang bersih dan berenang dengan riangnya dalam kolam ni.
Sekian cerita Jalan Jalan di Pusat Ikan Hiasan. Tempat yang sangat menarik untuk bawa anak-anak datang tengok pelbagai spesis hidupan laut. Berbaloi datang singgah walaupun sekejap.
menariknya fiza...tak pernah tau pun tempat ni,lain kali dtg PD mesti sampai ke sini
ReplyDeleteSangat menarik walaupun tak besar mana tempatnya tapi banyak jenis hidupan laut yang boleh kita tengok. Lain kali datang kena singgah sini :)
Deleteikan adu du tu hahaha.. betul la tu. siput giant tu tgk lama2 geli pulak.. tgk perut kuda laut tu berisi mcm ada anak dlm kantung dia tu
ReplyDeleteComel kan ikan tu. Mujur dapat snap dari depan, tak reti duduk diam juga tu. Siput tu memang geli tengok. Tak pasti pula kuda laut tu bunting ke apa Nina.
Deleteboleh la masuk dlm list bawa anak nanti
ReplyDeleteDatang PD wajib singgah Pusat Ikan ni Nina. Letak dalam list siap siap, jangan lupa :)
DeleteWah menarik!! Dh mcm mini aquaria... tmpt baru ke ni? Knp dlu x penah pulak masuk dlm list tempat must visit di PD ni?
ReplyDeleteKira bolehlah tu mini aqua. Menarik juga banyak ikan. Tempat lama rasanya KakMim. Saya pun baru jejak padahal dah lama wujud tempat ni. hehe..boleh masuk list siap²
Deletememcm jejis memacam benda hidupan air👍👍👍kalau serabut elok ke sini dpt tenangkan fikiran tgk ikan2 berenang. tak silap sy M3 penah buat liputan kat sini tp pasal penyu
ReplyDeleteOh ye ke? Bagus jugak tu untuk promote tempat menarik ni.
DeleteKenapa akak x pernah tau erk ada pusat ikan hiasan kat sini...kena masuk dalam wishlist ni...menarik...geram tengok ikan kerapu tu...masak 3 rasa sure best tu
ReplyDeleteKurang hype kot tempat ni. Itu yang ramai tak tahu. Padahal tempat ni menarik, masuk percuma pulak tu. Nanti bolehlah pergi kak. Ikan kerapu tu besar gila kak..Sekali masak untuk keluarga besar pun cukup tu seekor.
Delete